Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di Malaysia.

Mempromosi dan memajukan industri getah Malaysia, membantu dalam pembentukan dasar kebangsaan dan memberi keutamaan kepada pembangunan industri getah Malaysia.

12/09/2026

Hari kedua di Road To OWA Bersama Komoditi meriah dengan gelak tawa dan kreativiti cilik menerusi Pertandingan Mewarna RRIMColor! 🎨✨

RRIMColor merupakan inovasi warna berasaskan susu getah berteknologi LGM yang mesra pengguna. Seramai 30 peserta berusia 4 hingga 12 tahun telah menyerlahkan bakat masing-masing:
Kategori 1: Bawah 6 tahun (3 Pemenang)
Kategori 2: 7 hingga 12 tahun (3 Pemenang)

"Senang sangat guna dan cantik hasilnya!" β€” Itu antara komen jujur daripada para peserta yang teruja mencuba kelainan warna berasaskan cecair semula jadi ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir menyokong! 🌟

Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

12/09/2026

TINGKATKAN ILMU, PERKASA PENGELUARAN LATEKS!

2 September 2026 | Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Selangor
Lembaga Getah Malaysia (LGM) terus memperkukuh usaha meningkatkan keupayaan pekebun kecil melalui Kursus Pengeluaran Lateks dan Townhall Projek Rintis Model Baharu Insentif Pengeluaran Lateks (IPL+) Negeri Selangor.

Menerusi kursus ini, peserta didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengeluaran serta pengendalian lateks berkualiti, pengurusan kebun yang lebih cekap dan amalan terbaik bagi membantu meningkatkan produktiviti serta pendapatan pekebun kecil.

Sesi Townhall p**a membuka ruang komunikasi dua hala antara LGM dan peserta untuk berkongsi pengalaman, membincangkan perkembangan projek, mengenal pasti cabaran di lapangan serta mendapatkan maklum balas dan cadangan secara terus daripada peserta.

Suara dan pengalaman peserta di lapangan amat penting dalam memastikan pelaksanaan Projek Rintis Model Baharu IPL+ terus ditambah baik dan dilaksanakan dengan lebih berkesan. Bersama memperkasa pengeluaran lateks. Bersama meningkatkan produktiviti. Bersama memacu pendapatan pekebun kecil.

12/09/2026

πŸŒ±πŸŽ‰ HARI TERAKHIR! JOM MERIAHKAN RERUAI LGM DI WTC KUALA LUMPUR! πŸ‡²πŸ‡Ύ

✨ Hari ini merupakan hari terakhir Program Salam Agrikomoditi di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur! ✨

Selepas tiga hari berlangsung dengan begitu meriah, reruai Lembaga Getah Malaysia (LGM) di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terus menantikan kehadiran anda! πŸ’š

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk pengunjung mengenali dengan lebih dekat teknologi, inovasi dan produk berasaskan getah Malaysia. 🌱

πŸ›οΈ Kenali Teknologi Lateks melalui produk Lumbar Pillow & Neck Pillow yang mengetengahkan teknologi lateks.

πŸ–ŠοΈ Cuba Aktiviti 3D Pen menggunakan kabel berasaskan getah dan hasilkan kreativiti anda sendiri!

🎨 Jom Mewarna dengan RRIMColor – aktiviti menyeronokkan yang pasti menarik perhatian si kecil.

🌰 Teka Biji Getah & Menang Hadiah! 🎁

Uji pengetahuan anda dan rebut peluang untuk membawa p**ang hadiah-hadiah menarik!

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Jangan datang seorang sahaja!

Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama memeriahkan reruai LGM.
Nikmati pengalaman yang menyeronokkan sambil mengenali keunikan industri getah Malaysia dengan lebih dekat.

πŸ’š Hari ini sahaja! Jangan lepaskan peluang terakhir untuk singgah, mencuba aktiviti menarik dan merasai sendiri keseronokan bersama LGM!

πŸ“ Reruai Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)

🏒 World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur

πŸ“… 9 – 12 September 2026

🎁 Datang beramai-ramai, bawa keluarga dan rebut peluang menikmati pelbagai aktiviti serta hadiah menarik yang menanti anda!

Jom kenali getah Malaysia – daripada inovasi kepada kehidupan! πŸŒ±πŸ‡²πŸ‡Ύ

Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

11/09/2026

Harga SMR 20 minggu ini cecah rekod tertinggi sejak Februari 2017, pada harga RM10.21 sekilogram. Jom pakat turun menoreh ramai-ramai!!!

11/09/2026

Harga SMR 20 minggu ini cecah rekod tertinggi sejak Februari 2017, pada harga RM10.21 sekilogram. Jom pakat turun menoreh ramai-ramai!!!



Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

10/09/2026

It’s a wrap from Lembaga Getah Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Selepas 3 hari berkampung di IRGCE, tirai pameran akhirnya dilabuhkan!

Terima kasih kepada semua pengunjung, rakan industri, dan delegasi yang sempat singgah ke booth kami. Sepanjang 3 hari ini, LGM berpeluang berkongsi pelbagai inovasi teknologi, penemuan penyelidikan, serta perkhidmatan kepakaran terbaharu demi memacu masa depan industri getah negara.

Hubungan dan kerjasama baharu yang terjalin sepanjang acara ini amat bermakna buat kami. Jumpa lagi di edisi IRGCE yang seterusnya! πŸ‘‹

10/09/2026

It’s a wrap from Lembaga Getah Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Selepas 3 hari berkampung di IRGCE, tirai pameran akhirnya dilabuhkan!

Terima kasih kepada semua pengunjung, rakan industri, dan delegasi yang sempat singgah ke booth kami. Sepanjang 3 hari ini, LGM berpeluang berkongsi pelbagai inovasi teknologi, penemuan penyelidikan, serta perkhidmatan kepakaran terbaharu demi memacu masa depan industri getah negara.

Hubungan dan kerjasama baharu yang terjalin sepanjang acara ini amat bermakna buat kami. Jumpa lagi di edisi IRGCE yang seterusnya! πŸ‘‹



Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

08/09/2026

8 September 2026 | Putrajaya β€” Lembaga Getah Malaysia (LGM) menyertai Majlis Amanat YAB Perdana Menteri kepada warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), yang menegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam membela nasib dan meningkatkan kesejahteraan pekebun kecil sektor agrikomoditi.

LGM hadir diwakili oleh Dr Fauzi Mohd Som, Pegawai Menanggung Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi).

Penglibatan LGM ditonjolkan menerusi pembukaan booth pameran khas yang mempamerkan pelbagai produk serta teknologi pemprosesan getah berimpak tinggi, antaranya:

High Damping Rubber Bearing (HDRB): Teknologi galas getah redaman tinggi untuk perlindungan struktur dan seismik.
Rubber Foam: Inovasi busa getah semula jadi berkualiti tinggi.
Natural Rubber Adhesive: Pelekat berasaskan getah semula jadi mesra alam.
RRIMColor: Teknologi warna berasaskan getah.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) turut sempat melawat booth pameran LGM dan mendengar secara langsung penerangan mengenai teknologi-teknologi berimpak tinggi yang telah dibangunkan oleh LGM. Komitmen ini membuktikan peranan teras LGM dalam memacu inovasi sains dan penyejahteraan ekonomi pekebun kecil getah di Malaysia.

08/09/2026

LAMAN GETAH MAHA 2026: LANGKAH SULUNG, 12,903 PENGUNJUNG, SATU KEJAYAAN BESAR!

SERDANG, 6 September 2026 – Setelah 10 hari berlangsung, Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2026 di MAEPS Serdang, Selangor akhirnya melabuhkan tirainya pada 6 September 2026. Bagi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Wilayah Utara, penyertaan kali pertama menerusi Laman Getah menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna, penuh cabaran, kegembiraan dan semangat kerja berpasukan.

Berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026, Laman Getah berjaya menarik seramai 12,903 orang pengunjung, sekali gus membuktikan sambutan yang amat menggalakkan terhadap pameran dan aktiviti berkaitan industri getah yang diketengahkan oleh LGM.

Lebih membanggakan, Laman Getah turut menerima kunjungan tetamu kenamaan sepanjang MAHA 2026.

Pada 28 Ogos 2026, Laman Getah menerima kunjung hormat sempena Majlis Soft Launch Pavilion Perak MAHA 2026 oleh YB Dato’ Zulkafly bin Hj Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak.

Pada 29 Ogos 2026, sempena Majlis Perasmian MAHA 2026, Laman Getah turut menerima kunjungan YB Dato’ Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, selain kunjungan pihak MOQIS.

Seterusnya pada 1 September 2026, Laman Getah turut menerima kunjungan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Saarani Mohamad.

Kemuncak kunjungan tetamu kenamaan diteruskan pada 2 September 2026 apabila Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkesempatan mencemar duli berkunjung ke Laman Getah selain turut menerima kunjungan daripada Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Raja DiHilir Negeri Perak pada 4 September 2026.

Tidak kurang penting, pada 3 September 2026, seluruh pasukan memberi tumpuan kepada penilaian Rumah Negeri Terbaik, sebelum akhirnya pada 5 September 2026 diumumkan bahawa Pavilion Perak berjaya dinobatkan sebagai Rumah Negeri Kedua Terbaik, di belakang Sarawak yang meraih tempat pertama.

πŸ† Satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi Negeri Perak!

Bagi LGM Wilayah Utara Perak, kejayaan Laman Getah bukan sekadar diukur melalui jumlah pengunjung, tetapi juga melalui hubungan, jaringan kerjasama dan peluang memperkenalkan industri getah kepada masyarakat dengan lebih dekat.

Penyertaan sulung ini turut menjadi platform penting dalam merapatkan hubungan antara Pertanian Negeri Perak dengan LGM Wilayah Utara, selain memperlihatkan bahawa industri getah terus mempunyai tempat dan peranan penting dalam landskap pertanian negara.
Kejayaan ini pastinya tidak akan tercapai tanpa semangat, komitmen dan kerjasama seluruh warga kerja LGM Wilayah Utara.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang persiapan dan pelaksanaan program, semuanya berjaya ditempuhi dengan semangat β€œsatu pasukan, satu matlamat”.

Sebagai penutup tirai MAHA 2026, Laman Getah turut menerima kunjung hormat daripada Ketua Pengarah LGM, YBhg. Dato’ Dr. Zairossani Mohd Nor, yang menjadi antara detik bermakna buat seluruh pasukan LGM yang bertugas.

πŸ’š Dari langkah pertama kepada satu kejayaan yang membanggakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pertanian Negeri Perak kerana memberi peluang, kepercayaan dan ruang kepada LGM Wilayah Utara Perak untuk bersama-sama menjayakan MAHA 2026.

Terima kasih juga kepada seluruh warga LGM yang telah memberikan tenaga, masa, komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.
12,903 pengunjung. 10 hari perjuangan. 1 pasukan. 1 kejayaan yang akan dikenang.

🌿🀝
LGM Wilayah Utara – Bersama Mengangkat Industri Getah ke Persada Pertanian Negara.



Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

04/09/2026

Address

Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60392062000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share