08/06/2023
Tajuk : Jenis-Jenis Vandalism
Disediakan Oleh : Abbas Ali Bin Meera Hussain
No. Matrik : 290551
Jenis-Jenis Vandalism
Merujuk kepada Utusan Malaysia oleh Puan Aqilah Mior Kamarulbai pada 12 Januari 2022 iaitu berdasarkan kajian, 80 peratus gejala vandalisme dilakukan oleh golongan remaja dalam lingkungan umur 15 hingga 20 tahun dan 70 peratus ke atas terdiri daripada mereka yang berpendidikan rendah atau tercicir dari segi akademik sementara kebanyakan dilakukan secara berkumpulan. Sehubungan dengan itu, jenis-jenis vandalism adalah seperti berikut:
1. Perlakuan
Perlakuan atau perbuatan adalah melibatkan seseorang individu atau secara berkumpulan dengan sengaja merosakkan harta benda awam. Tujuan perlakuan ini dilakukan semata-mata untuk menunjukkan keberanian atau hanya sekadar suka-suka sahaja dan tiada langsung mempunyai perasaan bersalah. Terdapat juga segelintir yang merosakkan harta benda awam bagi tujuan untuk mendapatkan hasil daripada jualan. Sebagai contoh merosakkan taman permainan awam dengan menanggalkan barang-barang seperti besi di buaian dan lain-lain lagi.
2. Dendam
Perasaan dendam ini wujud apabila seseorang individu yang tidak berpuas hati, marah atau geram terhadap pihak tertentu. Sebagai contohnya seseorang yang tidak berpuas hati atau dendam dengan Pengerusi Persatuan Penduduk dan bagi melepaskan geramnya dia sanggup merosakkan harta benda kawasan taman perumahan tersebut supaya dapat menjatuhkan reputasi pengurusan Pengerusi Persatuan Penduduk tersebut.
3. Conteng atau Graffiti
Perlakuan menconteng atau graffiti ini adalah kehendak seseorang individu atau secara berkumpulan menyampaikan sesuatu mesej kepada orang awam atau kepada pihak kerajaan/ swasta mengenai perkara-perkara samada baik mahupun kurang baik, ketidakpuasaan hati, perjuangan dan lain-lain lagi. Perbuatan ini juga untuk memberitahu kewujudan mereka bagi tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contohnya perlakuan menconteng ini dilakukan di taman permainan, dinding-dinding bangunan, tandas awam dan lain-lain tempat lagi.