08/04/2026
UJIAN KECERGASAN TEMPUR (UKT) 93 REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
KUALA LUMPUR : Seramai 3 Pegawai dan 64 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah melaksanakan Ujian Kecergasan Tempur (UKT) Komponen 1 dan 3 pada 7 dan 8 Apr 25 bertempat di 1 RAMD, Kem Perdana, Sungai Besi.
UKT ini merupakan salah satu Latihan Ketenteraan yang harus dilaksanakan oleh semua anggota dalam kitaran latihan 12 bulan yang bertujuan untuk meningkatkan kecergasan mental dan fizikal.
Sebelum ujian UKT dilaksanakan, pegawai dan anggota diberi taklimat ringkas oleh Jurulatih Jasmani berkenaan pelaksanaan ujian dan keselamatan semasa melaksanakan ujian ini.
UKT Komponen 1 (Ujian Ketangkasan) merangkumi 4 jenis ujian iaitu memikul pasangan sejauh 100m bersama peralatan webbing dan senjata persendirian, merangkak di bawah dawai berduri sejauh 20m, melepasi monkey rack dan melompat lubang sejauh 5 kaki dengan menggunakan Pakaian Lengkap Medan.
UKT Komponen 3 (Ujian Abseiling dan Rappelling) bertujuan menguji keyakinan diri setiap anggota. Sebelum pelaksanaan latihan, Anggota diberikan taklimat telah diberikan keselamatan yang komprehensif serta demontrasi tatacara pemakaian dan pemeriksaan peralatan abseiling dengan betul mengikut prosedur operasi standart yang telah ditetapkan, latihan ini dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman bagi memastikan setiap anggota memahami teknik turun tebing dengan selamat, terkawal dan berdisiplin.
Objektif utama ujian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membentuk sebuah pasukan yang mempunyai anggota yang sihat dan cergas. Selain itu, ianya dapat melahirkan semangat setiakawan dan kerjasama antara anggota apabila melaksanakan sesuatu tugas.
Sumber: Mata Bola Studio, 93 RSD.