Balai Polis TTDI KL

Balai Polis TTDI  KL Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada

PROGRAM PENYERAHAN VEST SRS RT PROGESIF BERSAMA SRS, KAMPUNG SG PENCHALA, KUALA LUMPUR.IPD Brickfields, 22 Februari 2025...
24/02/2025

PROGRAM PENYERAHAN VEST SRS RT PROGESIF BERSAMA SRS, KAMPUNG SG PENCHALA, KUALA LUMPUR.

IPD Brickfields, 22 Februari 2025 @ 2100 - Sjn Mohd Faisal Bin Hamdi (Sjn Aktiviti BP TTDI) bersama Kpl Mohd Hadri bin Ismail dari Balai Polis TTDI telah menghadiri Program Penyerahan Vest SRS Rt Progresif di Kabin KRT Kampung Sg Penchala, Kuala Lumpur.

Turut hadir En. Shahrin wakil dari Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional WPKL. Objektif utama program untuk penyerahan vest yang baharu bagi kegunaan anggota SRS Sg Penchala. Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang terjalin antara Pihak PDRM khususnya Balai Polis TTDI dengan masyarakat setempat terutama anggota SRS di kawasan Kampung Sg. Penchala, Kuala Lumpur, serta memperkasakan SRS di kawasan KRT Sg Penchala dalam usaha bersama mencegah kegiatan jenayah di kawasan tersebut.

PDRM amat menyokong dan menghargai peranan SRS yang menjadi mata dan telinga (Rakan Polis) bagi menyalurkan sebarang maklumat kegiatan pencegahan jenayah di kawasan Sg. Penchala Kuala Lumpur.

Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya.

Sekian Terima kasih.

Address

Balai Polis Taman Tun Drive Ismail, Jalan Burhanuddin Helmi
Kuala Lumpur
60000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis TTDI KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category