01/07/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra
Salam Malaysia Madani
1/7/2026 (Rabu) Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil telah menerima lawatan kerja daripada Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mukhtar diiringi oleh PgKB II Vijayan a/l Marimuthu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Balai.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Balai iaitu TPgB II Letchumanan a/l Mariappen dan anggota balai.
Seluruh warga kerja BBP Bukit Jalil akan sentiasa mengekalkan disiplin dan komitmen dalam melaksanakan tugas serta akan mengambil berat setiap amanat yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Operasi Negeri. Terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat.