Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Malaysia Productivity Corporation (MPC) MPC is in the business of productivity and competitiveness improvement focusing at national, sectoral, and enterprise levels.
(1)

Sertai kami di platform media sosial rasmi untuk maklumat terkini:
► Like kami di Facebook: MPC Productivity
► Follow kami di Instagram:
► Follow kami di X:
► Subscribe kami di YouTube: MPC Productivity
► Follow kami di TikTok:
► Follow kami di LinkedIn: MPCProductivity

🇲🇾 𝐌𝐏𝐂 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Majlis Aman...
30/08/2026

🇲🇾 𝐌𝐏𝐂 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam amanatnya, YAB Perdana Menteri menekankan usaha memperkukuh tatakelola, melaksanakan pembaharuan struktur serta menstruktur semula ekonomi bagi menarik pelaburan berkualiti, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan membina keupayaan tempatan. Aspirasi ini selari dengan agenda produktiviti negara yang menekankan kecekapan, inovasi, pendigitalan dan penciptaan nilai sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang mampan

Penyertaan warga MPC mencerminkan komitmen dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta mendukung aspirasi Malaysia MADANI ke arah negara yang lebih maju, produktif dan sejahtera.

Anwar Ibrahim
Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾Semangat kemerdekaan menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah maju, mempe...
30/08/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾

Semangat kemerdekaan menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah maju, memperkukuh perpaduan dan membina negara yang lebih berdaya saing. Dengan jiwa merdeka, marilah kita menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui komitmen berterusan untuk melonjakkan produktiviti Malaysia agar rakyat lebih sejahtera, makmur dan bahagia

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

Ikhlas daripada warga Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia

29/08/2026

Insya-Allah, saya akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang esok.

Hampir tujuh dekad berlalu sejak negara mencapai kemerdekaan. Kita mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang merintisnya dengan keringat, darah dan air mata, sebelum kita bermuhasabah tentang tanggungjawab generasi hari ini dalam mengisi serta memaknakan kemerdekaan.

Saya juga akan mengumumkan beberapa ikhtiar penting dalam amanat ini yang menyentuh kebimbangan serta kehidupan rakyat. Ikuti amanat ini secara langsung menerusi semua saluran media tempatan.

Ayuh kita semarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan membugar semangat perpaduan dan menolak segala hasutan kebencian antara kaum dan agama demi keamanan negara serta kesejahteraan rakyat.



27/08/2026

Program Transformasi Digital Ke Arah Kelestarian Persekitaran Mampan Untuk Meningkatkan Produktiviti Firma: Sesi Penyerahan Sijil QE 5.0 – Kilang Sawit Maokil, FGV Palm Industries Sdn Bhd, Segamat, Johor | 27 Ogos 2026

Kilang Sawit Maokil, Johor milik FGV Palm Industries Sdn. Bhd. terus memperkukuh kecemerlangan operasi apabila berjaya menjalani Audit Pembaharuan Pensijilan QE5.0 pada 13 Ogos 2026.

Antara tiga pencapaian utama yang mencuri tumpuan:
✅ 147 projek Proof of Concept (PoC) Kaizen dan inovasi yang meningkatkan kecekapan pemprosesan, mengurangkan downtime serta losses, dan menjimatkan tenaga serta sumber.
✅ Penggunaan AI dalam pelaporan CEMS dan ESIMS, membolehkan data serta maklumat operasi dipantau secara masa nyata bagi menyokong keputusan yang lebih pantas dan tepat.
✅ Pelaksanaan inisiatif ESG melalui pemasangan bumbung solar, yang membantu mengurangkan penggunaan elektrik dan kos operasi kilang.

Syabas dan tahniah kepada Kilang Sawit Maokil, FGVPI atas kejayaan memperoleh *Pensijilan QE5.0 Tahap 5 Bintang!* Pencapaian ini membuktikan kecemerlangan operasi yang tinggi, aplikasi digital dan real data yang signifikan, serta komitmen kukuh dalam menjadikan ESG sebagai keutamaan syarikat. Bila operasi mantap, data bercakap dan ESG jadi budaya—5 bintang memang memang PADU💕💕💕

Tahniah, Kilang Sawit Maokil!

.0

27/08/2026

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐓𝐔𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Nexus Produktiviti Agro-Makanan (AFPN) dan Nexus Produktiviti Logistik (LPN) bersama pemain industri serta agensi pengawalseliaan telah menjayakan bengkel khas bagi memperkemas ekosistem perlesenan vesel, pendaratan, pemprosesan, dan eksport tuna negara.

Sebagai langkah seterusnya, fokus penambahbaikan ini akan menerokai peluang kerjasama strategik bersama Negeri Perlis, Chuping Valley Industrial Area (CVIA) dan Perlis Inland Port (PIP) bagi membangunkan aktiviti hiliran tuna.

Usaha ini komited dalam menjadikan Perlis sebagai hab strategik industri tuna serta memacu pertumbuhan ekonomi wilayah utara!

Logistics Productivity Nexus

26/08/2026

𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) terus memperkukuh ekosistem produktiviti dengan menghubungkan industri kepada penyelesaian teknologi yang meningkatkan kecekapan, keselamatan dan daya saing.

Kerjasama strategik melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Reliva Technology Sdn Bhd dan BASF Malaysia Sdn Bhd, disaksikan oleh YBrs. Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah MPC dalam memperkukuh inisiatif di bawah Chemical Productivity Nexus (CPN) ke arah pengurusan pengangkutan industri kimia yang lebih cekap, selamat dan berasaskan data.

Program Transformasi Digital Ke Arah Kelestarian Persekitaran Mampan Untuk Meningkatkan Produktiviti Firma: Sesi Penyera...
26/08/2026

Program Transformasi Digital Ke Arah Kelestarian Persekitaran Mampan Untuk Meningkatkan Produktiviti Firma: Sesi Penyerahan Sijil QE 5.0 – Jabatan Farmasi, Hospital Sultan Ismail , Johor Bahru

🏆 LIGHTHOUSE PERTAMA – JABATAN FARMASI HOSPITAL KERAJAAN DI MALAYSIA DIPERSIJILKAN QE 5.0 | PENCAPAIAN 4 BINTANG

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Jabatan Farmasi, Hospital Sultan Ismail atas kejayaan memperoleh Pensijilan QE 5.0 dengan pencapaian 4 Bintang.Pencapaian 4 Bintang QE 5.0 ini mencerminkan komitmen tinggi Jabatan Farmasi, Hospital Sultan Ismail dalam membangunkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berteraskan Quality, Operational Excellence, RealDATA, Digitalisation dan ESG.

Antara impak utama:
• Produktiviti meningkat sehingga 20% melalui penambahbaikan aliran kerja, pengoptimuman proses dan pengurangan aktiviti tidak bernilai tambah.
• Produktiviti & OpEx meningkat sehingga 20% melalui pengoptimuman aliran kerja, amalan Lean dan pengurangan aktiviti tidak bernilai tambah bagi meningkatkan kecekapan operasi.
• Kecekapan Proses & OpEx meningkat sehingga 30% melalui digitalisasi dan penambahbaikan proses kerja yang lebih sistematik, pantas dan responsif.
• ESG & Kelestarian: Amalan kerja yang lebih cekap dan penggunaan sumber secara optimum menyokong operasi yang lebih hijau dan mampan.

Tahniah kepada seluruh pasukan Jabatan Farmasi, Hospital Sultan Ismail atas pencapaian membanggakan ini. Semoga kejayaan sebagai lighthouse pertama Jabatan Farmasi hospital kerajaan di Malaysia yang dipersijilkan QE 5.0 menjadi penanda aras dan inspirasi kepada jabatan farmasi serta institusi kesihatan lain dalam mempercepat transformasi produktiviti dan kelestarian.





Teknologi, Memelihara Kelestarian, Memacu Produktiviti

Salam Maulidur Rasul 1448H 🌙Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita hidupkan samb...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H 🌙

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita hidupkan sambutan Maulidur Rasul dengan memperbanyak selawat, sentiasa bersedekah dan memperbaiki amalan diri dengan melaksanakan sunnah Rasullullah SAW.

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik untukmu" - Al-Ahzab: 21

Semoga semangat “𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐃𝐢𝐡𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢, 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐢” terus menyatukan kita dalam melonjakkan produktiviti dan daya saing yang mampan.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada warga Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia

24/08/2026

𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐌 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈. 𝐊𝐈𝐍𝐈, 𝐁𝐈𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊.

Anda sudah turun ke lapangan.
Anda sudah mencari fakta, merakam realiti dan menyampaikan cerita yang perlu diketahui masyarakat.

Sekarang, tiba masanya karya itu membawa anda lebih jauh.

Anugerah Media Akademi Dalam Industri 2026 membuka peluang kepada karyawan media untuk mengetengahkan karya terbaik berkaitan pekerjaan, gaji, kemahiran dan masa depan tenaga kerja Malaysia.

🏆 Peluang memenangi RM10,000
📜 Berserta plak dan sijil pengiktirafan
✨ Bukan sekadar hadiah tetapi pengiktirafan terhadap idea, keberanian dan impak karya anda.

3 kategori pertandingan

📰 Media Cetak & Portal Berita
🎙️ Televisyen, Radio & Portal Video
📱 Media Sosial – Video Pendek

Penyertaan terbuka kepada karyawan media tetap, sambilan dan stringer bagi karya yang diterbitkan dalam tempoh:

📅 1 Ogos 2025 – 3 September 2026

⏰ Tarikh tutup:
3 September 2026 | 11:59 malam

Jangan biarkan karya terbaik anda tenggelam selepas diterbitkan.

Cerita anda mungkin pernah membuka mata masyarakat. Kini, biarkan cerita itu membuka pintu kemenangan untuk anda.

📩 Emelkan butiran lengkap dan pautan karya kepada:
[email protected]

HANTAR KARYA ANDA SEKARANG.

Kerana karya yang hebat bukan sekadar mendapat perhatian ia layak mendapat pengiktirafan.




📢 NOTIS PEMBERITAHUAN: GANGGUAN TEKNIKAL BERULANG DI IBU PEJABAT (HQ) PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)Dimaklumkan ...
24/08/2026

📢 NOTIS PEMBERITAHUAN: GANGGUAN TEKNIKAL BERULANG DI IBU PEJABAT (HQ) PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)

Dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat (HQ) MPC sedang mengalami gangguan teknikal berulang yang menjejaskan beberapa sistem komunikasi dan operasi utama.

Kerja-kerja pembaikan, pemantauan dan naik taraf sedang dilaksanakan dan dijangka berterusan sehingga 𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Sepanjang tempoh ini, pelanggan dan rakan strategik boleh menghubungi kami pada 7:30 pagi – 4:30 petang melalui:

📧Emel: [email protected]
📞 010-449 3848 – Encik Aizulhisham Mat Menan
📞 010-420 9531 – Puan Puteri Nabila Husna Zulkeflee

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda sepanjang tempoh ini.

Address

Aras 1, Aras 9-15 (East Wing), Aras 21, Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60379557266

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Productivity Corporation (MPC) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share