Surau Al Tholabah Kolej Profesional MAIWP

Surau Al Tholabah Kolej Profesional MAIWP Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al Tholabah Kolej Profesional MAIWP, Kuala Lumpur.

Semalam telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat yang penuh keberkatan di Surau Al-Tholabah, KPMAIWP 🤲✨Majlis...
15/04/2026

Semalam telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat yang penuh keberkatan di Surau Al-Tholabah, KPMAIWP 🤲✨

Majlis ini diadakan khusus sempena meraikan dan mendoakan kesejahteraan 6 orang warga KPMAIWP yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) bersama barisan pengurusan tertinggi yang turut sama memeriahkan majlis.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut memberikan nasihat kepada bakal jemaah haji agar sentiasa memperbetulkan niat, menjaga hati serta memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.

Suasana hening dan penuh khusyuk jelas terasa sepanjang bacaan Yasin dan doa dipanjatkan agar mereka dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta memperoleh haji yang mabrur.

Semoga perjalanan ibadah mereka dilindungi dan diberkati, serta pulang dengan membawa keberkatan buat diri, keluarga dan warga KPMAIWP seluruhnya.

Doakan kami juga dari Tanah Suci nanti 🤍

IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

Alhamdulillah, bermulanya 1 Syawal, kita dapat kembali kepada fitrah asal kita. Semoga segala amal ibadah kita diterima ...
20/03/2026

Alhamdulillah, bermulanya 1 Syawal, kita dapat kembali kepada fitrah asal kita. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan buat kita di dunia serta akhirat. Dalam kegembiraan kita meraikan kemenangan ini, marilah kita istiqamah dalam ibadah, yakni menjalinkan hubungan erat dengan saudara se-Islam kita yang jauh mahupun dekat.

Jadikanlah Hari Raya ini sebagai satu kemenangan besar buat umat Islam setelah menempuh segala cabaran dan ujian sepanjang bulan Ramadan. Akhir kata, berhati-hatilah ketika berada di jalan raya. Sayangi nyawa anda dan selamat menjamu selera dengan juadah raya.

Kami di sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ucapan ini ikhlas daripada Ahli Jawatankuasa Surau Altholabah KPMAIWP.

📢 *JEMPUTAN SOLAT SUNAT GERHANA* 🌕Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan kepada semua pelajar kolej baha...
03/03/2026

📢 *JEMPUTAN SOLAT SUNAT GERHANA* 🌕

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan kepada semua pelajar kolej bahawa AJK surau akan mengadakan Solat Sunat Gerhana Bulan Penuh selepas Maghrib

Sehubungan dengan itu, semua pelajar dijemput hadir untuk bersama-sama menunaikan solat sunat ini serta menghayati kebesaran dan tanda kekuasaan Allah SWT melalui fenomena gerhana. Kehadiran anda bukan sahaja dapat mengimarahkan surau, malah menjadi peluang menambah pahala dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Wallahualam

Pada hari Khamis,18 Disember 2025, telah berlangsung majlis bacaan Surah Yasin dan Solat Hajat sempena persiapan kemasuk...
25/12/2025

Pada hari Khamis,18 Disember 2025, telah berlangsung majlis bacaan Surah Yasin dan Solat Hajat sempena persiapan kemasukan para pelajar Institut Kemahiran Baitulmal ke asrama Kolej Profesional MAIWP. Majlis ini diadakan sebagai langkah memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah SWT agar urusan penginapan, pembelajaran serta perjalanan kehidupan para pelajar di asrama dipermudahkan. Seterusnya diteruskan dengan pengagihan al-Quran sebagai usaha menyemai kecintaan terhadap kalam Allah. Semoga majlis yang sederhana namun penuh makna ini menjadi titik permulaan yang baik dalam membentuk sahsiah terpuji, kekuatan rohani serta kesatuan hati dalam kalangan pelajar.

Alhamdulillah, pada 18 Disember 2025, buat pertama kalinya ahli JASAT telah mengadakan sesi usrah bersama para pelajar S...
25/12/2025

Alhamdulillah, pada 18 Disember 2025, buat pertama kalinya ahli JASAT telah mengadakan sesi usrah bersama para pelajar Semester 1. Usrah ini dianjurkan sebagai platform untuk membina hubungan yang lebih erat antara ahli serta mahasiswa KPMAIWP, di samping menjadi ruang perkongsian ilmu, nasihat, dan pengukuhan nilai ukhuwah. Melalui sesi ini, para peserta bukan sahaja berpeluang bertukar pandangan dan pengalaman, malah dapat memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam membentuk sahsiah yang lebih baik. Semoga usaha kecil ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program bermanfaat pada masa akan datang.

Address

Kuala Lumpur
59100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Tholabah Kolej Profesional MAIWP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share