26/05/2026
๐จ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐/๐ช๐๐/๐ฃ๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta warga PGA/WCB/PSK di mana jua anda bertugas.
Aidiladha bukan sekadar sambutan ibadah korban, malah menjadi simbol keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah. Nilai-nilai ini amat sinonim dengan perjuangan warga PGA/WCB/PSK yang sentiasa komited menjaga keselamatan negara, memelihara kedaulatan sempadan serta memastikan keamanan rakyat terus terpelihara.
Saya amat menghargai pengorbanan seluruh warga PGA/WCB/PSK yang tetap cekal menjalankan tugas walaupun berjauhan daripada keluarga tercinta demi memastikan keamanan negara sentiasa terjamin. Semangat kebersamaan, disiplin dan integriti yang ditunjukkan menjadi kekuatan utama pasukan ini dalam mendepani cabaran semasa.
Sempena Aidiladha ini, marilah kita terus memperkukuhkan perpaduan, meningkatkan profesionalisme serta menanam semangat pengorbanan yang tinggi dalam setiap penugasan yang dilaksanakan.
Akhir kata, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.
๐๐ ๐๐ก๐๐จ ๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐
๐๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ขโ ๐ ๐ข๐๐๐ ๐๐ ๐ฆ๐จ๐ญ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ก ๐ ๐ข๐๐๐ ๐๐ ๐ฅ๐ข๐๐๐,
๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐/๐ช๐๐/๐ฃ๐ฆ๐