Muzium Polis Diraja Malaysia

Muzium Polis Diraja Malaysia Muzium PDRM menjadi lambang pencapaian dan kemegahan PDRM dari dahulu hingga kini
(1)

09/06/2026

MAKNA DATARAN PERWIRA MUZIUM PDRM

Bulan dan bintang
BULAN DAN BINTANG mencerminkan kehidupan beragama di Malaysia, khasnya agama Islam yang dijadikan agama Persekutuan. Ini selari dengan prinsip Rukun Negara yang pertama, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Simbol keris
SIMBOL KERIS mencerminkan keberanian, kepahlawanan, jati diri dan kesetiaan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara demi keamanan dan perpaduan negara Malaysia.

Lingkaran warkah
LINGKARAN WARKAH secara kronologi sangat sesuai dan informatif kerana terdapat susunan nama yang dipahat atau diukur merentasi masa. Ini mencerminkan pengiktirafan dan kebanggaan negara kerana keperwiraan, keberanian dan kesetiaan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia.

08/06/2026

Galeri A di Muzium PDRM menyediakan pameran, diorama, ilustrasi dan model berkaitan insititusi kepolisan daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris sehingga tahun 1994.

Terdapat dua lagi galeri pameran yang ditawarkan kepada pengunjung dengan pengisian berkaitan sejarah-sejarah penting di dalam PDRM. Inginkan cerita yang lebih lanjut?

Muzium PDRM dibuka kepada umum bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali pada hari Isnin dan cuti umum Muzium PDRM ditutup kepada umum.


26/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ ๐—›๐—œ๐—๐—ฅ๐—”๐—› / ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pengarah Muzium Polis Diraja Malaysia, ACP Mohammad Sabri bin Hj. Abd Kadir turut bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Muzium PDRM Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / Tahun 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga Aidiladha ini mengeratkan silaturahim, menyuburkan kasih sayang, serta menghadirkan ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.

โ€œPengorbanan itu bukan tentang kehilangan, tetapi tentang keikhlasan dalam memberi demi sesuatu yang lebih bermakna.โ€ Insha Allah ๐Ÿคฒ

Ikuti Media Sosial Rasmi Muzium Polis Diraja Malaysia

๐ŸŒ ๐‘ญ๐’‚๐’„๐’†๐’ƒ๐’๐’๐’Œ : Muzium Polis Diraja Malaysia
https://www.facebook.com/share/1J76MkKvhN/?mibextid=wwXIfr

๐ŸŒ ๐‘ป๐’Š๐’Œ๐‘ป๐’๐’Œ : Muzium Polis Diraja Malaysia
https://www.tiktok.com/.pdrm?_r=1&_t=ZS-96g947Issfo

๐ŸŒ๐‘ฐ๐’๐’”๐’•๐’‚๐’ˆ๐’“๐’‚๐’Ž : royalmalaysiapolicemuseum
https://www.instagram.com/royalmalaysiapolicemuseum?igsh=NG0yend2Zjlxc3Vz



22/05/2026

21 Mei 2026, Jumaat - Lawatan daripada Tadika Little Caliphs Bandar Mahkota Cheras, Little Caliphs Taman Mesra Kajang serta Little Caliphs Pinggiran Putra.

Gabungan Beberapa Tadika Little Caliphs, Kuala Lumpur telah membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Polis Diraja Malaysia, melibatkan seramai 92 pelajar dan 16 orang guru.

Menerusi sesi lawatan berpandu, taklimat diberikan bagi menambah pengetahuan sejarah dan memahami perkembangan pasukan polis di Malaysia dari zaman dahulu hingga kini. Disamping dapat mengenali peranan PDRM dalam bidang tugas, tanggungjawab dan sumbangan polis dalam menjaga keselamatan negara, Pelajar dapat melihat pameran bersejarah seperti senjata lama, kenderaan, dokumen dan artifak penting.

Muzium PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Tadika Little Caliphs Bandar Mahkota Cheras, Little Caliphs Taman Mesra Kajang serta Little Caliphs Pinggiran Putra atas kesudian memilih muzium kami sebagai destinasi lawatan. Semoga kunjungan ini memberikan inspirasi, manfaat, dan pengalaman bermakna kepada semua yang hadir.

Sehingga bertemu lagi!




๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‘ฎโ€โ™€๏ธ

Selamat Menyambut Hari Muzium Antarabangsa Tahun 2026
19/05/2026

Selamat Menyambut Hari Muzium Antarabangsa Tahun 2026


Tanggal 18 Mei setiap tahun, seluruh muzium di dunia akan menyambut Hari Muzium Antarabangsa. Tahun ini, International Council of Museums (ICOM) membawakan tema "Muzium Menyatukan Dunia Yang Terpisah".

SELAMAT MENYAMBUT HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2026

Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Muzium Malaysia

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara






KUALA LUMPUR, 17 Mei 2026 - Reruai Pameran dari Muzium PDRM Sempena Sambutan Minggu Perpaduan Zon Tengah Muzium Negara T...
17/05/2026

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2026 - Reruai Pameran dari Muzium PDRM Sempena Sambutan Minggu Perpaduan Zon Tengah Muzium Negara Tahun 2026 bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Sambutan ini merupakan manifestasi komitmen berterusan kerajaan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh jalinan keharmonian serta membina negara bangsa Malaysia yang lebih inklusif, progresif dan bersatu padu.

Penganjuran Sambutan Minggu Perpaduan Zon Tengah 2026 amat signifikan kerana bertepatan dengan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2026 yang bakal diraikan di seluruh dunia pada 18 Mei ini dengan mengangkat tema โ€œMuseums Uniting a Divided Worldโ€ atau
โ€œMuzium sebagai Wadah Penyatuan Dunia yang Terpisahโ€.




17/05/2026

RERUAI PAMERAN DARI MUZIUM PDRM SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN ZON TENGAH MUZIUM NEGARA TAHUN 2026 ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ—“๏ธ 15 - 17 Mei 2026 (Jumaat - Ahad)
๐Ÿ•™ 10 pagi - 10 malam
๐Ÿ“ Muzium Negara, Kuala Lumpur
๐ŸŽŸ๏ธ MASUK ADALAH PERCUMA!

Bawa family/kawan/jiran dan mari kita meriahkan suasana dengan pelbagai reruai dan aktiviti menarik, antaranya:
๐Ÿด Food Unites (Makan-makan!)
๐ŸŽฏ Rumah KAMI & Sukan Rakyat
๐Ÿ’ƒ Persembahan Colors of Malaysia.. dan banyak lagi!

Jom turun ramai-ramai!




16/05/2026

Pocket Show Kumpulan Ghazal PDRM

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2026 kepada ...
16/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik di Malaysia yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik serta membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia.

Buat para pensyarah, jurulatih dan tenaga pengajar di semua Maktab serta Pusat Latihan Polis, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala bimbingan, ketegasan, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan dalam membentuk pegawai serta anggota polis yang berdisiplin, berintegriti dan teguh memikul amanah pasukan.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru amat besar nilainya dalam melahirkan insan berguna demi agama, bangsa dan negara.

'Guru Bitara Nadi Negara'






SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik di Malaysia yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik serta membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia.

Buat para pensyarah, jurulatih dan tenaga pengajar di semua Maktab serta Pusat Latihan Polis, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala bimbingan, ketegasan, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan dalam membentuk pegawai serta anggota polis yang berdisiplin, berintegriti dan teguh memikul amanah pasukan.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru amat besar nilainya dalam melahirkan insan berguna demi agama, bangsa dan negara.

'Guru Bitara Nadi Negara'






#16052026

16/05/2026

Terima kasih Admin Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) shared video dari Muzium Polis Diraja Malaysia..

Address

Muzium PDRM No 5 Jalan Perdana Bukit Persekutuan
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60322725689

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium Polis Diraja Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muzium Polis Diraja Malaysia:

Share