23/08/2026
AKTIVITI MAULIDUR RASUL
Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)
Penglibatan: Kanak Kanak 7 - 12 tahun
Pengisian Aktiviti
1. Jom Selawat!
Penghuni berselawat ke atas Rasulullah SAW dalam kumpulan masing-masing.
2. Pokok Cinta Rasulullah
Penghuni melengkapkan biodata Nabi Muhammad SAW dengan maklumat yang telah disediakan.
3. Letup & Jawab!
Penghuni meletupkan belon dan menjawab soalan kuiz berkaitan Rasulullah SAW yang terdapat di dalam belon.
Objektif
• Menyemai kecintaan penghuni kepada Rasulullah SAW.
• Menguji pengetahuan asas penghuni berkaitan Rasulullah SAW.
• Memberi pendedahan kepada penghuni tentang sirah dan kehidupan Rasulullah SAW.
• Mewujudkan aktiviti keagamaan yang menyeronokkan dan interaktif.
Hasil Aktiviti
Aktiviti berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada penghuni. Penghuni menunjukkan penglibatan yang aktif dan bersemangat sepanjang aktiviti dijalankan.