14/06/2026
SSM SUMBANG CSR BERJUMLAH RM10,800 KEPADA JABATAN PENJARA MALAYSIA SABAH
Kota Kinabalu, 14 Jun 2026 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyalurkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM berjumlah RM10,800 kepada Jabatan Penjara Malaysia Sabah sempena Program Kolaborasi Lawatan Pemerkasaan Seni Batik di Penjara Lelaki dan Wanita Kota Kinabalu anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) pada 13 Jun 2026.
Sumbangan berupa peralatan dan kelengkapan seperti pendingin hawa mudah alih, kerusi roda dan tongkat empat kaki ini disampaikan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pemerkasaan seni batik yang dikendalikan oleh pihak penjara.
Majlis penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Datin Dr. Rafidah @ Malissa Salleh, Penaung PUSPANITA Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diiringi Datin Seri Zuraida Dahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPDN.
Mewakili Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM adalah Puan Zaileen Eileena Hashim, Pengurus Kanan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat merangkap Setiausaha JPZCSR SSM bersama Puan Ng Ling Chee, Pengurus Seksyen Operasi SSM Sabah.