18/05/2026
ππππππ πππππππ πππππ πππππ πππππππππ ππππ/πππππ
Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 2026/1447H bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaksanakan pada 17 Mei 2026 (Ahad) bersamaan 29 Zulkaedah 1447H. Cerapan ini diadakan bagi menentukan tarikh permulaan awal Zulhijjah 1447H.
Bagi JUPEM WPKL/Putrajaya, lokasi cerapan telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bersama-sama 29 lokasi cerapan rasmi lain di seluruh Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Pejabat M***i Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Azman Mohd Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), serta diiringi oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan WPKL/Putrajaya, LSr Haji Mohamad Azmar bin Che Mat.
Pengumuman rasmi tarikh 1 Zulhijjah 1447H telah dibuat oleh Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja pada malam 17 Mei 2026 dan diperkenankan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan ketetapan tersebut, 1 Zulhijjah 1447H jatuh pada 18 Mei 2026 (Isnin).
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM
Jabatan Ukur dan Pemetaan WPKL/Putrajaya
Pejabat M***i Wilayah Persekutuan