24/03/2026
Dunia kini berhadapan dengan situasi yang semakin tidak menentu. Faktor perubahan iklim, politik dan kestabilan ekonomi telah sedikit sebanyak mempengaruhi ketidaktentuan keperluan harian kini. Dalam menghadapi situasi ini, Kesiapsiagaan merupakan salah satu penyelesaian dan ikhtihar bagi kelangsungan sejagat.
Perkongsian dari Public Health Malaysia kali ini telah membuka semua mata dan hati kita, agar sentiasa siap-siaga terutama dari segi persediaan komunikasi.
Bak kata orang terdahulu, “sediakan payung sebelum hujan”…
73 de 9M2RPN.
Sedih bila dengar rakyat Iran terputus komunikasi Internet. Kita sebenarnya tak perlu tunggu perang, sebab kita memang menghadapi bencana setiap tahun seperti banjir dan tanah runtuh.
Kalau line tumbang masa bencana, satu taman patut ada sekurang-kurangnya satu satelit internet sendiri. Boleh pancarkan wifi ke orang ramai.
Bukan untuk nampak canggih.
Bukan untuk berlumba jadi prepper.
Tetapi untuk satu benda yang sangat asas:
supaya komuniti masih boleh berhubung.
Bila internet biasa hilang, orang bukan panik sebab tak boleh scroll.
Orang panik sebab tak boleh WhatsApp anak.
Tak boleh call mak ayah.
Tak boleh semak info betul.
Tak boleh hantar lokasi.
Tak tahu nak percaya siapa.
Internet sudah jadi perkara asas kepada kehidupan. Tidak perlu tunggu kerajaan sediakan.
Sebab itu, komuniti patut mula fikir benda ini sekarang.
Harganya pun murah. Seperti subscribe Internet fibre di rumah juga. Bukan setiap rumah kena beli.
Tak perlu.
Cukup satu set yang betul-betul siap.
Letak di rumah orang/balai komuniti yang dipersetujui.
Atau di satu titik komuniti yang mudah dicapai.
Yang penting, bila line biasa jatuh, masih ada satu pusat komunikasi yang hidup.
Dan kalau nak buat, jangan beli dish sahaja.
Satelit internet seperti Starlink/CONNECTme perlu digandingkan dengan benda yang memang jalan sekali dengannya:
Power station
Power bank 100W yang betul-betul mampu
Bateri backup
Solar panel untuk cas semula
Kabel yang cukup
Dan tempat simpan yang kalis cuaca
Kalau tidak, anda bukan ada sistem kecemasan.
Anda cuma ada kotak mahal yang cantik dipandang.
Yang bagus tentang Starlink Mini ialah ia kecil, lebih mudah alih, lebih masuk akal untuk komuniti, dan lebih senang dihidupkan berbanding sistem yang lebih besar.
Maksudnya, untuk satu taman, satu Starlink Mini yang betul-betul siap jauh lebih berguna daripada seratus orang cakap,
“Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?”
Jangan tunggu bencana ajar kita nilai komunikasi.
Kadang-kadang yang paling menyelamatkan bukan stok paling banyak.
Tetapi satu sambungan internet yang masih hidup masa semua benda lain gelap.