17/02/2026
π£π₯π’ππ₯ππ πππ₯ππ¬ππͺππ₯π & πππͺππ§ππ‘ πππππππππ‘ ππππππππ‘ πππ πππͺππ π£ππ¦ππ₯π π£π’πππ¦ (ππππ£π£) ππ¨πππ§ ππ ππ‘ ππ ππ’ππ’π₯
Johor Bahru, 16 Februari 2026 β Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis (BHEPP) Bukit Aman yang diketuai oleh SAC Alina binti Saad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) telah mengadakan Program Jerayawara Peringkat Zon Selatan di Auditorium (Aras 2), IPK Johor dengan kehadiran seramai (101) orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.
Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman mengenai fungsi, peranan dan hala tuju BHEPP. Selain itu, menyeragamkan tatacara pengurusan kebajikan pesara polis disamping dapat mewujudkan interaksi dua hala bagi perkongsian maklumat antara Bukit Aman dengan kontinjen.
Pada hari yang sama, delegasi BHEPP Bukit Aman bersama HEA/PP IPK Johor dan HEA/PP IPD Johor Bahru Selatan turut mengadakan lawatan pengesahan pesakit terlantar ke atas (3) orang pesara polis di daerah Johor Bahru Selatan iaitu L/Kpl (B) Mohd Nazsafareen Bin Hasan yang mengalami lumpuh sebelah badan, L/Kpl (B) Balasubramaniam A/L Suppiah yang terlantar akibat terjatuh, dan SM (B) Suprumaniam A/L Murugis yang menghidap demensia serta kini terlantar sakit. Lawatan ini bertujuan menilai kelayakan bantuan secara One-Off kepada pesakit terlantar di bawah Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memastikan kebajikan pesara polis sentiasa diberi perhatian sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.