Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM Lain-lain akaun Facebook

1. Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police
(3)

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) adalah salah satu jabatan di bawah PDRM yang menjalankan penyiasatan, penangkapan, pendakwaan dan mengadakan aktiviti pencegahan dan kesedaran jenayah komersil bagi mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa. Fungsi utama JSJK adalah menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah j

enayah, pemalsuan, jenayah siber dan lain-lain lagi sama ada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.

15/06/2026
Salam Jumaat kepada semua Followers Page Facebook Rasmi  Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM. 🧠UJI IQ SCAM AND...
11/06/2026

Salam Jumaat kepada semua Followers Page Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM.

🧠UJI IQ SCAM ANDA! 🧠

Adakah anda cukup bijak untuk mengenal pasti modus operandi (MO) scam yang semakin licik?

Cuba jawab soalan-soalan dalam poster ini dan lihat tahap kesedaran anda terhadap jenayah komersil.

✅ 10 – 12 Betul : Tahap “Scam Hunter”
✅ 7 – 9 Betul : Tahap “Scam Aware”
⚠️ 4 – 6 Betul : Berisiko Menjadi Mangsa
🚨 0 – 3 Betul : Sasaran Mudah Scammer

Ingat, scammer sentiasa mencari mangsa yang leka dan kurang peka terhadap taktik penipuan terkini.

🔎 SEMAK sebelum bertindak
✔️ SAHKAN sebelum mempercayai
🧠 BERFIKIR sebelum klik
⚠️ BERWASPADA setiap masa

Kongsikan skor anda di ruangan komen dan cabar ahli keluarga serta rakan-rakan untuk menguji tahap IQ Scam mereka‼️‼️‼️‼️

Marilah sama- sama Test IQ kita👍
Anda boleh memberikan jawapan di ruangan komen‼️

Jawapan yang tepat akan diberikan pada Jam 2359 hrs‼️









ARTIKEL PILIHAN: HARGA MURAH, TIDAK MASUK AKAL JADI MODUS OPERANDI PENIPUAN DALAM TALIAN - PENGARAH JSJKKuala Lumpur, 8 ...
11/06/2026

ARTIKEL PILIHAN: HARGA MURAH, TIDAK MASUK AKAL JADI MODUS OPERANDI PENIPUAN DALAM TALIAN - PENGARAH JSJK

Kuala Lumpur, 8 Jun 2026 - Polis mengesan peningkatan bagi kes penipuan belian dalam talian (online scam) yang semakin licik memperdayakan mangsa menggunakan platform media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, taktik yang digunakan sindiket itu mempunyai corak pergerakan atau modus operandi yang sangat teratur bagi menjerat pembeli yang mencari barangan di bawah harga pasaran.

"Sindiket penipuan ini dikesan memulakan jerat mereka dengan memaparkan iklan yang sangat menarik di pelbagai media sosial dan platform dalam talian.

"Mereka menawarkan harga yang terlalu murah dan tidak masuk akal bersama tawaran-tawaran menarik lain semata-mata untuk memancing perhatian mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/06/1367171/harga-murah-tidak-masuk-akal-jadi-modus-operandi-penipuan-dalam-talian

Sumber: Harian Metro





ARTIKEL PILIHAN: HARGA MURAH, TIDAK MASUK AKAL JADI MODUS OPERANDI PENIPUAN DALAM TALIAN - PENGARAH JSJK

Kuala Lumpur, 8 Jun 2026 - Polis mengesan peningkatan bagi kes penipuan belian dalam talian (online scam) yang semakin licik memperdayakan mangsa menggunakan platform media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, taktik yang digunakan sindiket itu mempunyai corak pergerakan atau modus operandi yang sangat teratur bagi menjerat pembeli yang mencari barangan di bawah harga pasaran.

"Sindiket penipuan ini dikesan memulakan jerat mereka dengan memaparkan iklan yang sangat menarik di pelbagai media sosial dan platform dalam talian.

"Mereka menawarkan harga yang terlalu murah dan tidak masuk akal bersama tawaran-tawaran menarik lain semata-mata untuk memancing perhatian mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/06/1367171/harga-murah-tidak-masuk-akal-jadi-modus-operandi-penipuan-dalam-talian

Sumber: Harian Metro

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KEWANGAN KE NATIONAL SCAM RESPONSE CENTRE (NSRC)CYBERJAYA, 11 Jun 2026 - NSRC menerima de...
11/06/2026

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KEWANGAN KE NATIONAL SCAM RESPONSE CENTRE (NSRC)

CYBERJAYA, 11 Jun 2026 - NSRC menerima delegasi lawatan kerja daripada YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan.

Sesi taklimat ringkas mengenai peranan, fungsi dan data panggilan NSRC dikongsikan serta lawatan ke pusat operasi NSRC turut ditunjukkan bagi melihat proses pengendalian penerimaan panggilan mangsa secara langsung.

YB Timbalan Menteri Kewangan amat mendukung sepenuhnya usaha kerajaan dalam menangani isu scam melalui pelaksanaan NSRC dan akan meneliti keperluan dan berusaha mendapatkan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan fungsi NSRC.

🚨 WASPADA PELABURAN TIDAK WUJUD: PESARA RUGI HAMPIR RM1.2 JUTA 🚨Seorang wanita warga emas berusia 68 tahun telah mengala...
07/06/2026

🚨 WASPADA PELABURAN TIDAK WUJUD: PESARA RUGI HAMPIR RM1.2 JUTA 🚨

Seorang wanita warga emas berusia 68 tahun telah mengalami kerugian sebanyak RM1,197,820.08 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan saham IPO yang diiklankan melalui Facebook.

Mangsa yang merupakan seorang pesara telah dihubungi oleh individu tidak dikenali melalui WhatsApp dan dijanjikan pulangan keuntungan sehingga 180%.

Mangsa kemudiannya diberikan akses kepada satu platform pelaburan yang memaparkan kononnya keuntungan pelaburan yang semakin meningkat.

Percaya dengan tawaran tersebut, mangsa telah membuat beberapa transaksi ke akaun yang diberikan. Namun apabila cuba mengeluarkan keuntungan yang dipaparkan, mangsa diminta membuat bayaran tambahan. Selepas itu, suspek gagal dihubungi dan mangsa tidak dapat mengeluarkan sebarang keuntungan mahupun mendapatkan semula modal pelaburannya.

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TAKTIK LICIK SINDIKET PEMBANTU RUMAHSindiket penipuan pembantu rumah kini menggunakan modus oper...
07/06/2026

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TAKTIK LICIK SINDIKET PEMBANTU RUMAH

Sindiket penipuan pembantu rumah kini menggunakan modus operandi baharu dengan menghantar pembantu rumah yang benar-benar bekerja selama beberapa hari bagi meyakinkan mangsa. Selepas menerima bayaran, pembantu rumah tersebut akan menghilangkan diri dan ejen tidak lagi dapat dihubungi.

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan latar belakang agensi, memastikan agensi berdaftar dengan pihak berkuasa serta tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang terlalu murah atau proses yang terlalu mudah.

Ingat! Jika sesuatu tawaran kelihatan terlalu baik untuk dipercayai, kemungkinan besar ia adalah penipuan.







KERATAN AKHBAR PILIHAN: JSJK DEDAH TAKTIK LICIK SINDIKET PEMBANTU RUMAH

Kuala Lumpur, 7 Jun 2026 - Sindiket penipuan pembantu rumah dikesan menggunakan taktik semakin licik apabila menghantar pembantu rumah yang benar-benar bekerja selama beberapa hari sebelum menghilangkan diri bagi memperdaya mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, sindiket terbabit menawarkan perkhidmatan pembantu rumah dengan proses yang cepat selain bayaran deposit yang menarik dan dokumen yang kelihatan sah bagi meyakinkan mangsa.

Katanya, taktik itu antara modus operandi yang dikesan digunakan sindiket penipuan khidmat pembantu rumah ketika ini.

“Lebih membimbangkan, pembantu rumah yang dihantar benar-benar hadir dan bekerja selama beberapa hari bagi meyakinkan mangsa.

“Namun selepas beberapa hari, pembantu rumah terbabit menghilangkan diri, manakala ejen tidak lagi dapat dihubungi," katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

06/06/2026

Pokok kelapa tinggi menjulang
Nira disadap waktu petang
Jika ditipu jangan berlengah
Hubungi 997 sebelum wang melayang.

PENIPUAN PEMBANTU RUMAH‼️‼️‼️Sindiket penipuan kini menggunakan taktik yang lebih licik. Mereka menawarkan pembantu ruma...
06/06/2026

PENIPUAN PEMBANTU RUMAH‼️‼️‼️

Sindiket penipuan kini menggunakan taktik yang lebih licik. Mereka menawarkan pembantu rumah dengan bayaran deposit yang menarik dan dokumen yang kelihatan sah.

Lebih membimbangkan, pembantu rumah yang dihantar benar-benar hadir dan bekerja selama beberapa hari bagi meyakinkan mangsa. Namun selepas beberapa hari, pembantu rumah tersebut menghilangkan diri, manakala ejen tidak lagi dapat dihubungi. Mangsa bukan sahaja kehilangan wang deposit dan bayaran tambahan, malah berdepan kerugian yang besar.

🚨 Jangan biarkan penipu mengambil kesempatan atas kepercayaan anda. Sentiasa semak, sentiasa waspada, dan laporkan segera jika menjadi mangsa. Bersama-sama kita perangi jenayah scam!

⚠️ Modus Operandi:
✅ Menawarkan pembantu rumah dengan proses cepat.
✅ Meminta deposit dan bayaran tambahan atas pelbagai alasan.
✅ Pembantu rumah bekerja beberapa hari untuk mendapatkan kepercayaan mangsa.
✅ Pembantu rumah menghilangkan diri.
✅ Ejen dan agensi gagal dihubungi.

✔️ Semak lesen agensi terlebih dahulu.
✔️ Jangan membuat bayaran ke akaun peribadi.
✔️ Semak nombor telefon dan akaun bank melalui Semak Mule.
✔️ Simpan semua bukti transaksi dan perbualan.

📞 Jika menjadi mangsa penipuan, segera hubungi NSRC 997.




Sambil membeli bahan bacaan, sama sama kita dengar perkongsian terkini berkaitan trend dan pencegahan jenayah komersial
05/06/2026

Sambil membeli bahan bacaan, sama sama kita dengar perkongsian terkini berkaitan trend dan pencegahan jenayah komersial

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Persatuan Pengguna Siber Malaysia dan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menjayakan Forum Pengguna Bijak: Memahami Keresahan Digital.

Ayuh, tingkatkan literasi digital dan kefahaman kita tentang cabaran serta realiti dunia digital yang semakin mempengaruhi kehidupan harian!

Semua diundang hadir.

Address

JSJK Bukit Aman, Menara KPJ, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share