Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, OCC SUHAKAM

Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, OCC SUHAKAM Ditubuhkan pada 27 April 2019, berfungsi bagi pengendalian Hak Kanak-Kanak oleh Kerajaan, Pertubuhan

Bagi sebarang aduan mengenai Hak Kanak-Kanak boleh tekan pautan link ini:

http://aduan.suhakam.org.my/eApps/system/index.do

Juga boleh email ke email rasmi OCC dan melalui kaunter aduan di Ibu Pejabat SUHAKAM, Tingkat 13 Menara TH Perdana Kuala Lumpur.

19/08/2026
31 Julai 2026Mesyuarat Pertama Youth and Child Rights Experts Committee (YCREC) telah berjaya diadakan sebagai langkah p...
31/07/2026

31 Julai 2026

Mesyuarat Pertama Youth and Child Rights Experts Committee (YCREC) telah berjaya diadakan sebagai langkah penting dalam memperkukuh ekosistem perlindungan dan pemajuan hak kanak-kanak di Malaysia.

YCREC menghimpunkan barisan pakar daripada institusi pengajian tinggi serta wakil belia yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan hak kanak-kanak. Melalui platform ini, ahli-ahli jawatankuasa akan menyumbang pandangan, kepakaran dan cadangan strategik bagi menyokong serta memperkasakan peranan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Semoga kerjasama dan komitmen semua pihak dapat terus memperkukuh usaha melindungi, mempromosi dan merealisasikan hak setiap kanak-kanak di Malaysia.

25 Julai 2025Sesi Dialog  Kedua Young People Reseach Advisory Group (YPRAG) telah dijalankan di SUHAKAM dengan kerjasama...
31/07/2026

25 Julai 2025

Sesi Dialog Kedua Young People Reseach Advisory Group (YPRAG) telah dijalankan di SUHAKAM dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) SUHAKAM, UNICEF dan konsultan yang dilantik untuk menjalankan 'Landcape Analysis on the Participation of Young Person in Malaysia'. Tujuan Dialog ini adalah untuk golongan muda terlibat sama dalam membangunkan toolkits dan quetionaires bagi kajian ini agar sesuai dengan usia mereka. Terima kasih kepada ahli-ahli YPRAG atas sumbang saran yang telah diberikan

29/07/2026
25/7/2026, LawasSesi penyampaian cenderamata daripada PPD Lawas kepada Dr Zufar Yadi Brendan, Pesuruhjaya Kanak-Kanak OC...
29/07/2026

25/7/2026, Lawas

Sesi penyampaian cenderamata daripada PPD Lawas kepada Dr Zufar Yadi Brendan, Pesuruhjaya Kanak-Kanak OCC SUHAKAM selepas beliau menyampaikan taklimat tentang Akta Antibuli sempena Karnival Pendidikan Madani KPM PPD Lawas di Stadium Tertutup Lawas.

Taklimat telah disampaikan kepada pegawai-pegawai PPD Lawas, pengetua dan gurubesar, guru-guru, PIBG, murid-murid, dan pelajar-pelajar yang mewakili Daerah Lawas.

🚫 Hentikan Buli!  Buli bukan gurauan. Katakan “JANGAN BULI!”, sokong mangsa, dan sebarkan kebaikan. 💙
20/07/2026

🚫 Hentikan Buli!
Buli bukan gurauan. Katakan “JANGAN BULI!”, sokong mangsa, dan sebarkan kebaikan. 💙

Taklimat Undang-Undang Berkaitan Kanak-Kanak di MalaysiaPUTRAJAYA, 17 Julai 2026 - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysi...
19/07/2026

Taklimat Undang-Undang Berkaitan Kanak-Kanak di Malaysia
PUTRAJAYA, 17 Julai 2026 - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) melalui Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) dengan kerjasama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan satu taklimat penting bertajuk “Undang-Undang Berkaitan Kanak-Kanak di Malaysia”
Taklimat yang disampaikan oleh Dr. Farah Nini Dusuki, Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib Samuri, Pesuruhjaya Kanak-Kanak (Semenanjung) ini memberi pencerahan menyeluruh mengenai:

• 📘 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC)
• ⚖️ Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]
• 🚫 Akta Antibuli 2026 [Akta 876]
• 🛡️ Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak [Akta 792]

Program ini menyasarkan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuannya memperkukuh kefahaman kepimpinan pendidikan mengenai kerangka undang-undang perlindungan kanak-kanak di Malaysia sekaligus mempertingkat peranan mereka dalam membina persekitaran sekolah yang selamat, inklusif dan bebas daripada sebarang bentuk penderaan atau diskriminasi.

SUHAKAM komited untuk terus mempertingkat lagi usaha advokasi demi masa depan kanak-kanak Malaysia.

16/07/2026

Sekolah Selamat :
Pembelajaran Berkualiti, Membentuk Insan Sejahtera.

Tahun Ini, Tahun Kita
Guru Bitara Nadi Negara







13/7/2026, Kota Kinabalu Dr Zufar Yadi Brendan, Children's Commissioner OCC SUHAKAM and Cik Dafflonia from SUHAKAM Sabah...
13/07/2026

13/7/2026, Kota Kinabalu

Dr Zufar Yadi Brendan, Children's Commissioner OCC SUHAKAM and Cik Dafflonia from SUHAKAM Sabah are attending the 2-day Community Leadership Workshop (Sabah) organized by The Asian Pacific Resource and Research Centre for Women (ARROW) on Strengthening health information, safety, and access to services in Sabah.

The workshop explores:
•⁠ ⁠Sexual & Reproductive Health and Rights (SRHR)
•⁠ ⁠Gender-Based Violence (GBV)
•⁠ ⁠Comprehensive Sexuality Education (CSE)
•⁠ ⁠Community advocacy using the SRHR Toolkit

Attending are NGOs/Civil Society Organizations/Healthcare providers/Academics based in Sabah working on Health / SRHR, Gender equality, Youth engagement, Community work.

11 Julai 2026 Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM. Berpeluang memberikan taklimat berkenaan Hak Kanak-Kanak di Karni...
13/07/2026

11 Julai 2026

Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM. Berpeluang memberikan taklimat berkenaan Hak Kanak-Kanak di Karnival Pendidikan Madani di Pejabat Pendidikan Daerah Rembau.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60326125600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, OCC SUHAKAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, OCC SUHAKAM:

Shortcuts

Share