06/03/2026
πΏ Kisah Inspirasi Pasar Pintu: Umi Kalsom
Umi Kalsom dari PPR Batu Muda menyertai Pasar Pintu pada tahun 2023 dengan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Selepas menamatkan latihan dan menerima sijil, beliau mendapat berita gembira apabila disahkan hamil. Namun, dengan semangat yang kuat, beliau tetap meneruskan aktiviti jualan dari rumah ke rumah.
Pada mulanya Umi Kalsom agak kurang bergaul kerana kurang keyakinan diri. Tetapi melalui Pasar Pintu, beliau mula membina keyakinan, mendapat ramai kawan baru dan pelanggan sendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual juga dibeli untuk keluarganya, membuatkan anak-anaknya semakin gemar makan buah dan sayur.
Pada tahun 2025, beliau kembali menyertai Pasar Pintu 2.0, kali ini berniaga di unit kedai yang lebih selesa bersama bayi yang telah selamat dilahirkan, yang kami gelarkan sebagai βBaby of Pasar Pintu.β πΆ
β¨ Kisah beliau membuktikan bahawa peluang dan sokongan mampu membawa perubahan kepada individu, keluarga dan komuniti.
-----------------------
πΏ Inspiring Story from Pasar Pintu: Umi Kalsom
Umi Kalsom from PPR Batu Muda joined Pasar Pintu in 2023 with a strong passion for business. After completing the training and receiving her certificate, she discovered she was pregnant. Despite this, she continued her door-to-door sales with determination.
Initially, Umi Kalsom was quite reserved and lacked confidence. Through Pasar Pintu, she gradually built confidence, formed new friendships and gained her own customers. The fruits and vegetables she sold also became part of her familyβs daily meals, encouraging her children to enjoy healthier food.
In 2025, she returned to join Pasar Pintu 2.0, this time selling from a comfortable shop unit together with her newborn baby, lovingly known among us as the βBaby of Pasar Pintu.β πΆ
β¨ Her journey shows how opportunity and support can create positive change for individuals, families and communities.
For more information or to support the Pasar Pintu initiative, please email us at [email protected]