Wawasan Negara

Wawasan Negara Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wawasan Negara, Political Party, Kuala Lumpur.

Infografik Rumusan Kenyataan Ketua Penerangan Nasional, YB Wan Ahmad Fayhsal berkenaan isu "SST & GST — Jangan Jadikan R...
19/08/2026

Infografik Rumusan Kenyataan Ketua Penerangan Nasional, YB Wan Ahmad Fayhsal berkenaan isu "SST & GST — Jangan Jadikan Rakyat & Peniaga Bahan Eksperimen Cukai Madani".

Infografik rumusan wawancara khas Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam Sinar Harian bertajuk “BN-PN Mampu Perintah Negara & ...
19/08/2026

Infografik rumusan wawancara khas Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam Sinar Harian bertajuk “BN-PN Mampu Perintah Negara & Mahu Ulang Formula Penyatuan Tun Razak”.

𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍: 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍1. Saya mengalu-alukan keberanian Ahli Parlimen DAP daripada dalam Ke...
19/08/2026

𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍: 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍

1. Saya mengalu-alukan keberanian Ahli Parlimen DAP daripada dalam Kerajaan Pimpinan Pakatan Harapan yang menyatakan pendirian mereka berhubung isu peruntukan Ahli Parlimen. Kelmarin, Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo, yang juga merupakan Anggota Jemaah Menteri Kabinet, dan hari ini Ahli Parlimen Bangi, YB Syahredzan Johan, telah menyuarakan pandangan mereka mengenai perkara ini.

2. ⁠Isu ini bukanlah isu baharu. Pihak Pembangkang telah menuntut agar peruntukan yang adil diberikan kepada semua Ahli Parlimen sejak empat tahun lalu.

3. Saya sendiri bersama rakan-rakan Ahli Parlimen Pembangkang daripada Perikatan Nasional telah membawa perkara ini ke Parlimen dan mendesak supaya penyaluran peruntukan ini diinstitusikan melalui satu mekanisme yang adil, jelas dan telus, serta tidak bergantung kepada budi bicara kerajaan atau pertimbangan kepentingan politik semata-mata.

4. Prinsipnya mudah. Peruntukan kepada kawasan Parlimen bukanlah milik peribadi seseorang Ahli Parlimen. Ia adalah wang rakyat yang mesti digunakan untuk kepentingan rakyat dan disalurkan dengan penuh integriti, ketelusan dan keadilan kepada semua kawasan Parlimen tanpa mengira parti atau kedudukan politik wakil rakyat.

5. Namun, tuntutan dan desakan Ahli Parlimen Pembangkang daripada Perikatan Nasional sebelum ini bukan sahaja tidak diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan, malah perkara ini dibiarkan berlarutan selama empat tahun dan disambut dengan pelbagai tohmahan serta retorik politik.

6. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana tuntutan yang sama akhirnya kini datang daripada Ahli Parlimen Kerajaan sendiri, termasuk seorang Anggota Jemaah Menteri dalam Kabinet pimpinan YAB Perdana Menteri Tambun.

7. Kini, Kerajaan tidak lagi boleh mengatakan bahawa tuntutan ini hanya datang daripada pihak Pembangkang. Apabila suara yang sama datang daripada dalam Kerajaan sendiri, maka ia seharusnya diterjemahkan kepada satu keputusan dan tindakan yang nyata.

8. Sekiranya suara Ahli Parlimen Kerajaan sendiri ini juga tidak berhasil membawa perubahan, maka rakyat berhak menilai sama ada agenda reformasi yang sering dilaungkan benar-benar berasaskan prinsip, atau sekadar slogan yang berubah mengikut kedudukan politik.

9. Saya dengan ini mengulangi tuntutan yang telah saya kemukakan sejak beberapa tahun lalu agar Kerajaan menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang secara adil dengan menginstitusikan mekanisme dan ketetapannya melalui satu Rang Undang-Undang (RUU).

10. Peruntukan Ahli Parlimen tidak seharusnya menjadi instrumen politik kerajaan yang boleh diberi atau dinafikan berdasarkan siapa yang memerintah dan siapa yang menjadi pembangkang. Ia perlu menjadi satu hak yang tertakluk kepada peraturan yang jelas, telus dan terpakai secara sama rata kepada semua Ahli Parlimen.

11. Pada masa yang sama, saya menyeru Ahli Parlimen Kerajaan daripada PKR dan PAN untuk turut menyatakan pendirian mereka secara terbuka.

12. Jika benar reformasi yang dibawa adalah berasaskan prinsip dan bukan kepentingan politik, maka inilah masanya Kerajaan mengambil langkah tuntas untuk memastikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen disalurkan secara adil, telus dan berasaskan undang-undang.

“Jangan jadikan peruntukan rakyat sebagai alat politik. Institusikan mekanismenya melalui undang-undang supaya keadilan tidak bergantung kepada siapa yang menjadi kerajaan dan siapa yang menjadi pembangkang.”

𝐃𝐫 𝐑𝐨𝐧𝐚𝐥𝐝 𝐊𝐢𝐚𝐧𝐝𝐞𝐞
𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧
𝟏𝟗 𝐎𝐠𝐨𝐬, 𝟐𝟎𝟐𝟔

PERUNTUKAN AHLI PARLIMEN: SUARA DARI DALAM KERAJAAN

Dr Ronald Kiandee
Ahli Parlimen Beluran
19 Ogos, 2026

“Apa yang saya maksudkan dalam temu bual berkenaan ialah penubuhan Parti Wawasan Negara bertujuan melengkapi dan memperk...
19/08/2026

“Apa yang saya maksudkan dalam temu bual berkenaan ialah penubuhan Parti Wawasan Negara bertujuan melengkapi dan memperkukuh usaha Perikatan Nasional (PN) bersama Pas, khususnya dalam memperluaskan penerimaan PN dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum." — Wan Ahmad Fayhsal

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan beliau mengeluarkan kenyataan seperti digambarkan...

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀𝐒𝐒𝐓 + 𝐆𝐒𝐓 — 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐄𝐑𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈Perdana Menteri merangkap Ment...
19/08/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

𝐒𝐒𝐓 + 𝐆𝐒𝐓 — 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐄𝐑𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kerajaan sedang meneliti sistem percukaian baharu yang menggabungkan elemen SST dan GST bagi mewujudkan sistem yang dikatakan lebih progresif dan efisien.

Namun, kerajaan perlu menjelaskan dengan terang apakah sebenarnya bentuk sistem “hibrid” ini.

Pada Januari 2026, kerajaan masih menegaskan GST tidak akan dikembalikan dan SST akan dikekalkan. Kini, hanya beberapa bulan kemudian, kerajaan bercakap tentang menggabungkan kedua-duanya. Perubahan dasar sebesar ini tidak boleh dibuat secara cuba-cuba kerana kesannya akan ditanggung oleh jutaan pengguna dan peniaga.

Kerajaan tidak boleh sekadar berkata mahu mengambil “kelebihan kedua-dua sistem”. GST dan SST mempunyai struktur yang berbeza. Jika mahu digabungkan, rakyat dan dunia perniagaan berhak mengetahui mekanismenya, kadar cukai, skop barangan dan perkhidmatan, threshold pendaftaran serta bagaimana kredit cukai input akan dikendalikan.

Peniaga perlukan kepastian, bukan eksperimen fiskal.

PKS hari ini sudah berdepan pelbagai perubahan serentak. Mereka sedang menyesuaikan sistem perakaunan dan operasi kepada e-Invois, sambil menanggung peningkatan kos bahan mentah, utiliti, tenaga, logistik dan upah.

Sebarang sistem cukai baharu akan membawa kos tambahan — daripada perubahan perisian dan latihan kakitangan kepada yuran perakaunan serta penyusunan semula proses invois dan tuntutan.

Sebab itu kerajaan wajib membentangkan kajian impak dan kos pematuhan sebelum mengumumkan arah dasar baharu. Jangan umumkan slogan dahulu, kemudian baru fikir bagaimana sistem hendak dilaksanakan.

Lebih penting, kos kepada perniagaan akhirnya tidak berhenti pada perniagaan. Apabila kos operasi meningkat, sebahagiannya akan dipindahkan kepada harga barang dan perkhidmatan.

Yang akhirnya membayar ialah pengguna.

Jika kerajaan mendakwa sistem hibrid ini lebih progresif dan tidak membebankan golongan berpendapatan rendah, tunjukkan buktinya dengan angka.

Berapa hasil tambahan kepada kerajaan? Berapa kos kepada PKS? Apa kesannya kepada inflasi dan harga barang? Siapa yang akan membayar lebih dan siapa yang akan membayar kurang?

Ini sepatutnya dijawab sebelum sistem baharu diumumkan, bukannya selepas rakyat dan peniaga diminta menyesuaikan diri.

Kerajaan juga perlu menjelaskan mengapa SST yang selama ini dipertahankan sebagai lebih bersasar kini dianggap perlu mengambil elemen GST. Jika GST dahulu dikatakan terlalu membebankan rakyat, elemen manakah daripada GST yang kini mahu diperkenalkan?

Rakyat tidak memerlukan satu lagi nama baharu untuk cukai.

Mereka memerlukan kestabilan dasar, kepastian kadar, sistem yang mudah dipatuhi dan jaminan bahawa perubahan percukaian tidak akhirnya menaikkan kos sara hidup.

Jika kerajaan benar-benar mahu memperkenalkan sistem hibrid SST-GST, maka:

Terangkan sistemnya. Nyatakan kadarnya. Bentangkan kajian impaknya.

Jika tidak, rakyat mempunyai sebab untuk melihatnya sebagai satu lagi “Cukai MADANI” — nama mungkin baharu, tetapi bebannya tetap sampai kepada rakyat.

𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐅𝐀𝐘𝐇𝐒𝐀𝐋 𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐋
Ketua Penerangan Nasional
Parti Wawasan Negara

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2026.

18/08/2026

Alhamdulillah. Rahsia tuhan.

Siapa sangka dalam tempoh hanya 1 bulan dari tarikh diluluskan ROS, Parti Wawasan Negara ini kini mempunyai 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan.

Tahniah YB Datuk Razali Abu Samah (ADUN Sikamat), YB Hj. Ridzuan Ahmad (ADUN Gemas) dan YB Danni Rais (ADUN Klawang).

Galas amanah dan tanggungjawab ini sebaik-baiknya.

Jangan hampakan pengundi Negeri Sembilan.

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua.

Penjelasan Ketua Penerangan Wawasan Negara berhubung artikel di Malaysiakini BM.
18/08/2026

Penjelasan Ketua Penerangan Wawasan Negara berhubung artikel di Malaysiakini BM.

PENJELASAN BERHUBUNG LAPORAN MALAYSIAKINI

Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk “Wawasan berhasrat capai apa PAS gagal lakukan, pikat bukan Melayu untuk PN” yang diterbitkan pada 18 Ogos 2026.

Untuk rekod, laporan tersebut adalah berdasarkan kenyataan saya dalam Temu Bual Audiosiar “Kekal Tenang”, yang boleh dirujuk pada minit ke-31 menerusi pautan berikut: https://youtu.be/03JbDCdfwhc?t=1856&si=ulLol2Cpz87CKSy9

Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang digambarkan dalam tajuk laporan tersebut.

Apa yang saya maksudkan dalam temu bual berkenaan ialah penubuhan Parti Wawasan Negara bertujuan melengkapi dan memperkukuh usaha Perikatan Nasional (PN) bersama PAS, khususnya dalam memperluaskan penerimaan PN dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Ia sama sekali bukan bermaksud Wawasan mahu menggantikan PAS, apatah lagi mendakwa PAS telah “gagal” dalam usaha tersebut.

Penggunaan gambar saya pada tajuk berita berkenaan pada peringkat awal turut menimbulkan kekeliruan terhadap maksud sebenar kenyataan saya. Namun, saya menghargai tindakan pihak Malaysiakini yang kemudiannya menukar gambar tersebut kepada imej yang lebih sesuai selepas teguran dibuat.

Saya berharap rakan-rakan media terus memelihara etika dan ketepatan dalam pelaporan, khususnya memastikan tajuk berita benar-benar mencerminkan konteks serta maksud kenyataan asal, supaya tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Perbezaan tafsiran boleh berlaku, tetapi jangan sampai tajuk yang dipilih membawa maksud yang tidak pernah disebut oleh sumber asal.

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐈𝐅𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀;𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐅𝐎𝐋𝐈𝐎 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀...
18/08/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐈𝐅𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇
𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀;
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐅𝐎𝐋𝐈𝐎 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋
𝟏𝟕 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐀𝐔𝐊𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐃𝐈𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐑𝐄𝐇𝐄𝐍𝐒𝐈𝐅

Merujuk cadangan PMX untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), saya berpendapat perkara ini memerlukan perbincangan yang serius dan teliti.

Dari segi kebebasan mahasiswa, AUKU telah dipinda beberapa kali. Contohnya, pada tahun 2012, iaitu semasa saya Timbalan Menteri KPT. Pada masa itu, saya dapat meyakinkan kerajaan agar Seksyen 15 yang menyekat kebebasan mahasiswa dipinda. Dengan pindaan itu, mahasiswa diizinkan menyertai politik, termasuk bertanding dalam pilihan raya umum. Ini kemudiannya membolehkan mahasiswa Universiti Malaya (UM) Prabakaran Parameswaran bertanding dalam PRU14 di kawasan Parlimen Batu dan menang.

Kebebasan mahasiswa perlu dilihat dari sudut yang tepat. Dari satu segi, terdapat ruang kebebasan mahasiswa yang perlu diperluaskan. Dari segi yang lain, dalam ruang kebebasan mahasiswa yang telah wujud hari ini, iaitu melalui siri pindaan AUKU sebelum ini, yang masih boleh diperbaiki itu, terdapat juga masalah pengurusan sesetengah universiti yang bersifat drakonian yang menyalahguna AUKU untuk membendung kebebasan mahasiswa.

Jadi, ruang kebebasan mahasiswa perlu diperbaiki. Ini melibatkan pindaan AUKU. Manakala pengurusan universiti yang negatif perlu diperbetulkan. Ini tidak melibatkan pindaan AUKU.

Namun kebebasan bukannya melibatkan mahasiswa sahaja. Ia juga melibatkan kebebasan ahli akademik.

Sebenarnya, soal kebebasan ini bukannya terhad hanya pada kebebasan bersuara dan berpersatuan. Ia melibatkan soal yang lebih luas. Iaitu soal roh universiti. Soal kecemerlangan akademik yang punya roh. Sebahagian daripada kandungan dan proses mencapai kecemerlangan akademik yang punya roh ini melibatkan soal kebebasan mahasiswa dan ahli akademik.

Tetapi AUKU bukannya undang-undang yang hanya menguruskan ehwal kebebasan dan disiplin mahasiswa semata-mata. Bagi ahli akademik, mereka ditadbir oleh undang-undang lain juga.

Barang diingat bahawa AUKU adalah akta induk yang menguruskan universiti dan kolej universiti, iaitu dari segi penubuhan dan pentadbirannya. Maknanya, jika AUKU dimansuhkan, ia perlu ada penggantinya. Sebab itu, dalam Cadangan Reformasi Pendidikan PN (diterbit 21 September 2024) dari aspek perundangan dan governans, kami mencadangkan supaya ‘Menggantikan AUKU dengan perundangan baru yang lebih baik dan komprehensif’.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen tentang Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia (JKPK), saya telah mendapat kesefahaman ahli-ahli JKPK supaya mengundang YB Menteri KPT ke mesyuarat kami untuk membincangkan perkara ini dengan mendalam. Sekretariat JKPK sedang menghubungi pejabat Menteri KPT.

Kuala Lumpur

𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐈𝐃𝐄𝐍𝐓𝐈𝐓𝐈 𝐕𝐒 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈Selepas keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan, muncul hari ini kecenderungan untuk...
18/08/2026

𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐈𝐃𝐄𝐍𝐓𝐈𝐓𝐈 𝐕𝐒 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈

Selepas keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan, muncul hari ini kecenderungan untuk meletakkan politik identiti dan politik prestasi sebagai dua kutub yang bertentangan. Politik identiti dilabel sebagai politik lama, sempit dan emosional, manakala politik prestasi p**a dipersembahkan sebagai politik baharu yang lebih matang, rasional dan berpaksikan hasil.

Hujah ini sedap didengar. Tetapi politik tidak pernah sesederhana slogan.

Dalam masyarakat majmuk, identiti bukan sekadar soal kaum, agama atau bahasa. Dalam sosiologi politik, identiti berkait rapat dengan collective identity, iaitu bagaimana sesuatu kelompok memahami kedudukan, kepentingan, hak dan masa depan mereka dalam sebuah negara.

Ia menyentuh soal representasi, pendidikan, peluang ekonomi, mobiliti sosial dan akses kepada kuasa. Justeru, apabila sesuatu komuniti mempertahankan kepentingannya, ia tidak semestinya bermaksud memusuhi kelompok lain. Ia juga boleh menjadi bentuk interest-based politics, sesuatu yang normal dalam demokrasi.

Begitu juga dengan politik prestasi. Prestasi kerajaan bukan sekadar angka pertumbuhan, jumlah pelaburan, projek yang diumumkan atau statistik ekonomi yang dipamerkan.

Persoalan rakyat jauh lebih asas: Prestasi untuk siapa? Siapa yang mendapat manfaat? Siapa yang mendapat peluang? Dan siapa yang masih tertinggal?

Di sinilah politik identiti dan politik prestasi sebenarnya bersilang.

Kerajaan boleh membina jalan, menarik pelaburan dan mencatat pertumbuhan ekonomi. Tetapi jika sebahagian masyarakat masih merasakan mereka tidak diwakili, tidak mendapat peluang yang adil atau tidak mempunyai tempat yang sewajarnya dalam struktur kuasa, maka persoalan politik itu belum selesai.

Lebih membimbangkan apabila pemerintah menentukan sendiri apa yang dianggap sebagai “politik prestasi”, sedangkan persoalan berkaitan identiti, representasi, agama atau ketidakseimbangan sosial dengan mudah dilabel sebagai “politik identiti”.

Di sinilah berlaku proses depoliticisation. Persoalan tentang kuasa, kepentingan, representasi dan pengagihan sumber boleh dikecilkan menjadi sekadar angka, statistik dan pencapaian pentadbiran.

Politik identiti memang berbahaya apabila kaum atau agama dieksploitasi untuk membina kebencian, ketakutan dan permusuhan. Politik seperti ini mesti ditolak.

Tetapi jangan p**a setiap tuntutan yang berpandukan Perlembagaan Persekutuan terhadap hak, kepentingan dan kedudukan sesuatu komuniti terus dicop sebagai politik identiti. Tidak semua politik identiti adalah politik kebencian, sebagaimana tidak semua politik prestasi menjamin keadilan.

Dalam masyarakat majmuk, pemerintah perlu “ukur baju di badan sendiri”. Ukuran kejayaan tidak boleh hanya berdasarkan apa yang tercatat dalam laporan kerajaan, tetapi mesti berdasarkan apa yang dirasai rakyat di lapangan.

Lebih penting, mengurus kepelbagaian memerlukan kebijaksanaan “bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.” Terlalu keras mengurus identiti boleh memecahkan masyarakat, terlalu longgar p**a boleh membuka ruang kepada politik perkauman dan eksklusivisme.

Hakikatnya, demokrasi bukan pertandingan antara identiti dengan prestasi.

Prestasi tanpa keadilan boleh melahirkan rasa terpinggir. Identiti tanpa inklusiviti p**a boleh melahirkan perpecahan.

Politik yang matang ialah politik yang mampu menggabungkan kedua-duanya: menghasilkan prestasi yang boleh dirasai rakyat, sambil mengurus identiti dengan adil, inklusif dan bertanggungjawab.

Akhirnya, ukuran sebenar sebuah kerajaan bukan hanya berapa banyak yang dibina, tetapi berapa ramai yang merasa mereka turut dibina bersama negara ini.

Angka boleh menunjukkan pencapaian, tetapi keadilan membina kepercayaan. Identiti membentuk rasa memiliki manakala prestasi mengukur sejauh mana pemerintah benar-benar bekerja.

𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐑. 𝐑𝐎𝐍𝐀𝐋𝐃 𝐊𝐈𝐀𝐍𝐃𝐄𝐄
𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍
𝟏𝟖 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔

POLITIK IDENTITI VS POLITIK PRESTASI

Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa DAP tidak akan meninggalkan Kerajaan Perpaduan seperti ya...
18/08/2026

Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa DAP tidak akan meninggalkan Kerajaan Perpaduan seperti yang hangat diperkatakan ketika ini, sebaliknya parti itu dijangka kekal sertai Kabinet sehingga tamat penggal.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa DAP tidak akan meninggalkan Kerajaan Perpaduan seperti yang hangat diperkatakan...

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wawasan Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share