Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Bahasa Jiwa Bangsa
(922)

Peranan DBP adalah bersamaan dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan at

au penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

15/06/2026

LANTUN PANTUN

Diumumkan tiga pemenang Lantun Pantun siaran 9:
- Sufrie Lauser
- ⁠Idris Jelani Mem
- ⁠Norazlinda Saad

Tahniah!
Ayuh, teruskan berpantun dengan kami!

-70


15/06/2026

Miri - Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke-70, program Festival Puisi Dunia Niah 2026 telah diadakan dengan menghimpunkan

15/06/2026

2026-06-13T14:38:56+08:00 Jun 13, 2026, Sabtu - 2:38pm Chiew (empat kiri) bersama tetamu kehormat pada majlis makan malam pelancaran Festival Puisi Dunia Niah 2026 di Miri, malam Jumaat. MIRI: Festival Puisi Dunia Niah 2026 berpotensi menjadi platform penting dalam memperkukuh perkembangan industri....

14/06/2026

KIRA DETIK 9 HARI: ASAS KUKUH, MATLAMAT JELAS!

Sistem ejaan, istilah, dan penyelarasan bahasa yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada dedikasi para pejuang bahasa dalam siri Konvensyen Bahasa terdahulu. Merekalah yang mempersiapkan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa rasmi dan bahasa ilmu negara.

Kini, legasi 70 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka bakal diraikan tidak lama lagi!

Teruskan setia bersama kami dalam siri hitung detik ini. Tekan butang 'S**a' ❤️, kongsi video ini, dan nyatakan sokongan anda kepada kelestarian bahasa kebangsaan kita! 🎬✨

14/06/2026

Sempena Hari Arkib Antarabangsa 2026, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah bekerjasama dengan Perpustakaan Al-Bukhari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Jengka, Pahang menganjurkan Program Lestari Khazanah Warisan, yang berlangsung pada 11 dan 12 Jun 2026 di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka, Pahang.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP pada 11 Jun 2026.

Tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis perasmian ialah Hajah Rosnita Ja'afar, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM, Puan Nurul Julia Alani Henry, Pengarah DBP Wilayah Tengah, Prof. Madya Dr. Norhapizah Mohd. Burhan, Koordinator Prasiswazah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Dr. Nurul Diyana Sanudin, Koordinator Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, UiTM dan Puan Nurfarawahidah Badruesham, Pengarah Program Lestari Khazanah Warisan sempena Hari Arkib Antarabangsa 2026.

Program yang bertemakan "Merakam Sejarah, Memahat Peradaban" diisi dengan pelbagai aktiviti seperti wacana Sasterawan Negara, wacana interaktif Jawi, pertandingan khat Jawi dan kuiz istilah DBP menggunakan aplikasi Kahoot.

Turut diadakan pameran tentang sejarah arkib, sejarah UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, dan pameran mengenal Sasterawan Negara serta demonstrasi kerja penjilidan bahan dan penghasilan kraf tangan khat Jawi.




12 Jun 2026, MIRI – Festival Puisi Dunia Niah 2026 merupakan program kerjasama strategik antara Dewan Bahasa dan Pustaka...
13/06/2026

12 Jun 2026, MIRI – Festival Puisi Dunia Niah 2026 merupakan program kerjasama strategik antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dan DBP Cawangan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) dan Nusa Centre. Festival ini dianjurkan bagi memartabatkan kesusasteraan, memperkasakan bahasa Melayu dan membina jaringan global dalam kalangan karyawan sastera. Penggiat sastera antarabangsa dan tempatan berkumpul dalam festival ini untuk mengangkat warisan sejarah, berkongsi pengalaman penulisan sastera dan menjalin hubungan antara negara.

Majlis perasmian festival ini telah diadakan di Hotel Mega Miri, Sarawak, dan disempurnakan oleh YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut hadir YBhg. Dato' Dr. Jeniri Amir dan YBrs. Dr. Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy, Ahli Lembaga Pengelola DBP; YBrs. Encik Abang Haliman Abang Julai, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP; YBrs. Encik Zainal Abidin Suhaili,
Ketua 1, PUTERA; YBrs. Tuan Syed Mohd Zakir Syed Othman, Pengarah, Nusa Centre dan YM Awang Suip Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah, DBP Brunei Darussalam.

Selain peserta dari Malaysia, peserta festival ini juga terdiri daripada penyair dan penulis dari Amerika Syarikat, Uzbekistan, Korea, Jepun dan Brunei Darussalam.

13/06/2026

Saksikan Majlis Perasmian Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Zon C 2026 menerusi Laman Media Sosial DBP pada 13 Jun 2026 (Sabtu), 3.30 petang.



DBP Masuk Desa: Karnival Mini Lestari Bahasa 2026 akan menemui anda pada tarikh 14 Jun 2026 (Ahad) di SMK Ipoh, Tanah Me...
13/06/2026

DBP Masuk Desa: Karnival Mini Lestari Bahasa 2026 akan menemui anda pada tarikh 14 Jun 2026 (Ahad) di SMK Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Jualan Buku DBP, Perpustakaan Bergerak Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Senam Seni dan Didik Hibur Bahasa, Pertandingan Mewarna, Majalah Dalam Kelas, Program Interaktif Kenegaraan "Jati Diri dan Harapan Generasi MADANI", Kem Bahasa Melayu dan Pertandingan Pantas Jawi Sekolah Menengah. Datanglah beramai-ramai!


13/06/2026

KIRA DETIK 10 HARI: MEMARTABATKAN BAHASA, MENERUSKAN LEGASI BANGSA

Sejarah membuktikan bahawa penubuhan Asas 50 pada tahun 1950 telah meletakkan batu asas yang kukuh bagi mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai jiwa dan identiti sebuah negara yang merdeka.

Kini, selepas tujuh dekad, tanggungjawab memelihara gagasan murni ini terletak di bahu kita semua. 10 hari lagi menuju Sambutan Ulang Tahun DBP ke-70!

Sama-sama kita kekalkan momentum ini dan pastikan anda tidak terlepas video seterusnya. Tekan butang 'S**a' ❤️, tinggalkan ulasan anda, dan kongsi video ini demi kecintaan pada bahasa watan! 🎬🔗

12/06/2026

Address

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa
Kuala Lumpur
50460

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share