01/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
GEMAS, 28 Mei 26 โ Pasukan 94 Depot Pangkalan Peluru (DPP) telah melaksanakan Majlis Ibadah Korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha dalam suasana penuh harmoni, semangat kebersamaan dan penghayatan nilai pengorbanan bertempat di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Pegawai Memerintah 94 DPP, Kolonel Haji Zawawi bin Haji Ahmad bersama pegawai, anggota serta warga pasukan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan, kesejahteraan dan kelancaran sepanjang pelaksanaan program. Acara diteruskan dengan penyerahan pisau sembelih sebagai simbolik pelaksanaan ibadah korban pasukan bagi tahun 2026, sekali gus menzahirkan komitmen warga 94 DPP dalam menghayati tuntutan ibadah korban.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 37:
โDaging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.โ
Ayat tersebut menegaskan bahawa ibadah korban menuntut keikhlasan, ketakwaan dan pengorbanan yang sebenar dalam setiap amalan yang dilaksanakan.
Sebagai manifestasi keprihatinan terhadap kebajikan warga pasukan, Pegawai Memerintah turut menyempurnakan penyampaian sumbangan daging korban kepada seluruh warga 94 DPP. Inisiatif tersebut bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan dan perpaduan, malah turut memperkukuhkan hubungan silaturahim serta budaya saling membantu dalam kalangan warga pasukan.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan Majlis Ibadah Korban ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidiladha, malah berjaya menyuburkan semangat ukhuwah, nilai pengorbanan dan kebersamaan dalam kalangan warga 94 DPP. Program seumpama ini juga selari dengan aspirasi Panglima Tentera Darat Ke-31 dalam memperkasakan warga Tentera Darat yang berintegriti, profesional dan sentiasa mengutamakan nilai kebajikan serta kesejahteraan organisasi bertepatan dengan motto pasukan, โBiar Bakti Jadi Kenangan.โ
Oleh : Lt Muhammad Khairul Anam bin Che Ahmad