01/09/2025
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN TAHUNAN KE 45 PERAYAAN YEE LAN 2025 DI PEKAN LUCKY GARDEN, BANGSAR, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 01 September 2025 jam 5.00 Petang - ACP Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Brickfields bersama
ASP Khairulnizam bin Ramle, Ketua Polis Balai Pantai serta 20 orang Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis dari IPD Brickfields dan Balai Polis Pantai telah menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Tahunan Ke 45 Perayaan Yee Lan 2025 di Pekan Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur.
Turut bersama sepanjang program ini adalah Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi, Encik Hazrul Fahmi bin Ahmad, Pegawai Tugas Khas Pejabat Parlimen Lembah Pantai, Datuk Ng Chu Hing, Mantan Pengerusi Persatuan Perayaan Yee Lan Bangsar, Encik Loh Boon Chuan, Penasihat Persatuan Perayaan Yee Lan Bangsar, Puan Anna Chan, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Lembah Pantai, Encik Faiz bin Yaakob, Pengerusi Komuniti MADANI Lembah Pantai Zon 2 serta 300 orang ahli AJK Persatuan Perayaan Lee Yan dan penduduk setempat.
Kehadiran Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai telah disambut oleh ACP Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Brickfields serta diiringi bersama Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai Pantai dalam Majlis Makan Malam Perayaan Yee Lan, Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur.
Perayaan Yee Lan, yang juga dikenali sebagai Perayaan Hantu Lapar, merupakan salah satu perayaan penting yang disambut oleh masyarakat Cina, terutamanya penganut Buddha dan Taoisme. Perayaan ini disambut pada bulan ketujuh dalam kalendar Cina, yang dipercayai sebagai tempoh di mana pintu alam ghaib dibuka dan roh-roh bebas berkeliaran di bumi.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah nyanyian lagu Negaraku dan lagu Maju dan Sejahtera. Majlis diteruskan dengan perasmian Majlis Makan Malam Perayaan Yee Lan oleh Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil. Beliau juga menerima cenderahati yang disampaikan oleh Encik Loh Boon Chuan, Penasihat Persatuan Perayaan Yee Lan Bangsar.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat mengukuhkan lagi hubungan di kalangan komuniti setempat bersama dengan pihak PDRM khususnya IPD Brickfields dan Balai Polis Pantai. Majlis ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 8.00 Malam.