Jabatan Arah Armor - KAD

Jabatan Arah Armor - KAD Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Arah Armor - KAD, Armed forces, MINDEF, Kuala Lumpur.
(1)

MAJLIS SIMBOLIK PEMBUBARAN JABATANARAH ARMOR19 Jun 2026, Kor Armor Diraja – Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, te...
06/07/2026

MAJLIS SIMBOLIK PEMBUBARAN JABATANARAH ARMOR

19 Jun 2026, Kor Armor Diraja – Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, telah berlangsung Majlis Simbolik Pembubaran Jabatanarah Armor dalam suasana penuh tertib dan bermakna sebagai penutup kepada satu era bersejarah dalam perjalanan Kor Armor Diraja.

Sejak penubuhannya pada tahun 1972, Jabatanarah Armor telah memainkan peranan penting dalam pembangunan organisasi, penyelarasan keupayaan dan memperkukuhkan identiti serta kecemerlangan Kor Armor Diraja di bawah Tentera Darat Malaysia.

Selaras dengan pelaksanaan pembubaran ini, segala persiapan dan penyelarasan melibatkan pengurusan, pengasingan, dokumentasi serta dan barang-barang telah mula dilaksanakan secara berperingkat sejak bulan Mei 2026. Proses tersebut dilaksanakan secara teratur dan sistematik bagi memastikan setiap urusan pentadbiran, pengurusan inventori serta pemindahan berkaitan dapat diselesaikan dengan kemas dan terancang tanpa menjejaskan kelancaran tugasan serta kesinambungan fungsi organisasi.

Majlis turut dihadiri oleh Mej Jen Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin selaku Pengerusi Kor Armor Diraja, Mej Jen Dato' Mohammad Razeif bin Che Ahmad, Brig Jeneral Mohd Nasir Bin Aziz serta semua Staf Jabatanarah Armor.

Majlis dimulakan dengan kehadiran seluruh staf dan diteruskan dengan ucapan Pengerusi dan Pengarah Kor sebelum kemuncak acara simbolik pembubaran yang melibatkan penurunan Tombak Kuasa Pengarah Armor, Ledder Board Pengerusi/Pengarah serta Board Jabatanarah Armor sebagai lambang berakhirnya satu legasi yang telah berkhidmat selama lebih lima dekad.

Detik tersebut menjadi simbol penghargaan terhadap segala jasa, pengorbanan dan komitmen seluruh warga yang telah menyumbang sepanjang perjalanan Jabatanarah Armor. Walaupun tirai ditutup, legasi, semangat juang dan budaya kerja cemerlang yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada generasi penerus.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan sebagai tanda penghargaan serta mengukuhkan semangat kebersamaan seluruh warga. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang sepanjang berkhidmat di Jabatanarah Armor.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI STAF 1 GERAK/ LATIH & DOKTRIN JABATANARAH KOR ARMOR DIRAJA16 Mac 2026, Jabatanarah Kor...
16/03/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI STAF 1 GERAK/ LATIH & DOKTRIN JABATANARAH KOR ARMOR DIRAJA

16 Mac 2026, Jabatanarah Kor Armor Diraja – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Gerak/Latih & Doktrin Jabatanarah KAD telah berlangsung melibatkan Kolonel Suresh a/l Subramaniam dan Mejar Ponselvan a/l Sivalingam. Majlis ini telah disaksikan oleh Pengarah Armor, Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Fazly bin Mat Said dan seluruh warga jabatanarah KAD.

Untuk makluman Kolonel Suresh a/l Subramaniam telah dinaikan pangkat kepada Kolonel pada 12 Mac 26 dan bakal menjawat jawatan sebagai Pengarah Dasar dan Pembangunan di Markas Tentera Darat - G1.

Seluruh warga Jabatanarah KAD mengucapkan semoga Kolonel Suresh a/l Subramaniam terus dikurniakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap amanah serta penugasan baharu yang bakal digalas.

MESYUARAT PENGARAH ARMOR SIRI 1/202613 Mac 2026, Sungai Besi – Mesyuarat Pengarah Armor Siri 1/2026 telah dilaksanakan d...
13/03/2026

MESYUARAT PENGARAH ARMOR SIRI 1/2026

13 Mac 2026, Sungai Besi – Mesyuarat Pengarah Armor Siri 1/2026 telah dilaksanakan di Dewan Hashim Ali, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Fazly bin Mat Said.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah dan Pemerintah daripada setiap unit Kor Armor Diraja (KAD) serta Pegawai Staf dari Jabatanarah KAD.

Tujuan mesyuarat ini dilaksanakan adalah bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan aspek pentadbiran, gerakan dan logistik KAD, di samping menyelaras perancangan serta memperkukuhkan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan.

Selesai mesyuarat, program diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah diikuti dengan majlis berbuka puasa yang berlangsung dalam suasana penuh kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan ahli mesyuarat.

23/02/2026
Dengan penuh rasa simpati, seluruh warga Kor Armor Diraja mengucapkan takziah atas pemergian mendiang. Kehilangannya mer...
21/02/2026

Dengan penuh rasa simpati, seluruh warga Kor Armor Diraja mengucapkan takziah atas pemergian mendiang. Kehilangannya merupakan satu kehilangan yang besar, dan sumbangannya akan sentiasa dikenang. Semoga keluarga beliau diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik yang sukar ini.

13/02/2026
SEMBAH MENGADAP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KOLONEL YANG DI PERTUA KOR ARMOR DIRAJAKUALA TERENGGANU, 26 Januari 2026: K...
28/01/2026

SEMBAH MENGADAP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KOLONEL YANG DI PERTUA KOR ARMOR DIRAJA

KUALA TERENGGANU, 26 Januari 2026: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu yang juga merupakan Kolonel Yang Di-Pertua (YDP) Kor Armor Diraja (KAD) berkenan menerima sembah mengadap oleh Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Pengerusi KAD dan Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Fazly bin Mat Said, Pengarah KAD serta ahli Jawatankuasa Tertinggi (JKT) KAD di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Sembah Mengadap ini bertujuan untuk untuk memperkenalkan barisan JKT KAD dan menyampaikan perancangan serta perkembangan aktiviti terkini KAD. Pengerusi KAD turut menyerahkan cendera kenangan kepada Kol YDP Kor.

Baginda berkenan meluangkan masa untuk berkongsi pendapat serta pandangan bagi memantapkan lagi organisasi KAD. Pengerusi dan seluruh warga KAD merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan Kol YDP Kor.

Address

MINDEF
Kuala Lumpur
53400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Arah Armor - KAD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category