Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI

Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI

15/09/2026
JASA DIKENANG, BUDI DISANJUNGSelamat Bersara buat insan yang amat kami hargai,Puan Sharidah binti Zainal Abidin, KPPK BP...
13/09/2026

JASA DIKENANG, BUDI DISANJUNG

Selamat Bersara buat insan yang amat kami hargai,
Puan Sharidah binti Zainal Abidin, KPPK BPM.

Segala jasa, bakti, pimpinan dan bimbingan yang telah dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan serta menjadi inspirasi buat kami semua.

Terima kasih atas setiap pengorbanan dan khidmat yang telah diberikan sepanjang bersama kami. Semoga Allah SWT mengurniakan Puan kehidupan yang penuh keberkatan, kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang melimpah serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta dalam meniti fasa baharu kehidupan.

Bunga melati di tepi laman,
Harum mewangi di waktu pagi;
Jasa diingati sepanjang zaman,
Budi disanjung kekal di hati.

Ikhlas daripada:
Seluruh Pegawai & Kakitangan
Pejabat Pentadbiran Masjid/Surau Zon 2
BPM, JAWI.

12 September 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon 2 JAWI (1448H/2026M)  ...
12/09/2026

12 September 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon 2 JAWI (1448H/2026M) bertempat di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI.

Turut hadir di dalam Majlis tersebut, Ustaz Mohd Arif bin Abdul Samat (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid) Ustaz Zakaria bin Yahya, (Pegawai Tadbir Agama Zon 2) dan pengerusi-pengerusi masjid/surau Jumaat Zon 2.

​Atur cara program dimulakan dengan perarakan selawat, disusuli pengisian ilmu menerusi Ceramah Muslimat dan Kuliah Dhuha, serta disemarakkan lagi dengan penglibatan generasi muda melalui Pertandingan Mewarna dan Mimbar Belia Challenge.

​Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada barisan jawatankuasa, pihak masjid, penceramah, rakan kerjasama, agensi-agensi serta semua kontijen masjid dan surau Jumaat yang menjayakan serta mengimarahkan Sambutan Maulidur Rasul ini.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat terus memperkukuh ukhuwah sesama masyarakat, di samping menyemai rasa cinta yang mendalam terhadap Rasulullah SAW.

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA KONTINJEN PERARAKAN ZON 2 JAWISetinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Kontinjen Perarak...
08/09/2026

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA KONTINJEN PERARAKAN ZON 2 JAWI

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Kontinjen Perarakan Zon 2 JAWI yang diwakili oleh Masjid Amru Al-‘As dan Surau Raudatul Jannah atas kejayaan memenangi Tempat Ketiga bagi Kategori Bukan Kerajaan dalam Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M yang telah berlangsung pada 5 September 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat kerjasama, komitmen dan kesungguhan seluruh kontinjen dengan penuh semangat dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memperkukuhkan ukhuwah, menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta meningkatkan lagi penglibatan masyarakat dalam program-program keagamaan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen! 🥉🏆👏

FESTIVAL NASYID DAN KHAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026MAlhamdulillah, telah berlangsung Festival Nasyid dan...
25/08/2026

FESTIVAL NASYID DAN KHAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

Alhamdulillah, telah berlangsung Festival Nasyid dan Khat Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M yang dianjurkan oleh Masjid Zaid bin Haritsah dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 JAWI, MAIWP, serta JPWPKL. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan ukhuwah ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI.

Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat iaitu YB Zahir bin Hasan (Ahli Parlimen Wangsa Maju), YBrs. Tuan Haji Yaakob bin Zakaria (KPPK Sektor Pendidikan Islam JPWPKL), YBrs. Ustaz Zakaria bin Yahya (PTAZ 2 JAWI), YBrs. Tuan Haji Mohd Aizul bin Adnan (Pengerusi Masjid Zaid bin Haritsah), serta pengerusi-pengerusi masjid dan surau Zon 2.

Penganjuran festival ini menjadi wadah berkesan untuk mencungkil bakat baharu serta menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap seni Islam dan al-Quran sempena memperingati kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, urus setia, jawatankuasa, dan seluruh hadirin atas sokongan padu yang diberikan. Semoga penganjuran ini terus memperkasa pengimarahan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

LAWATAN KERJA PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) KE MASJID BILAL BIN RABAH, KUALA LUMPUR19 Ogos 20...
21/08/2026

LAWATAN KERJA PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) KE MASJID BILAL BIN RABAH, KUALA LUMPUR

19 Ogos 2026 (Rabu) – Pejabat Pentadbiran Masjid/Surau Zon 2 berkesempatan menyambut lawatan kerja YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Bilal bin Rabah, Taman Koperasi Polis Fasa 1.

Sesi lawatan kerja ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan (Pengarah JAWI), YBrs. Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan (Timbalan Pengarah Operasi JAWI), Ustaz Mohd Arif bin Abdul Samat (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI), YBrs. Encik Abdul Hafidz bin Abdul Manas (Pengerusi Masjid Bilal bin Rabah), dan YBrs. Ustaz Ahmad Yusri bin Abdul Manap (Pegawai Tadbir Agama Zon 2), bersama-sama barisan pegawai kanan MAIWP dan JAWI.

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Masjid dan perutusan khas oleh YBhg. Pengerusi MAIWP. Sesi kemudiannya diteruskan dengan pembentangan komprehensif mengenai pengurusan masjid yang merangkumi profil ringkas, senarai program berimpak tinggi, data kehadiran jemaah, laporan kewangan, serta perbincangan mendalam berkaitan isu dan cabaran semasa pengurusan masjid.

Delegasi yang hadir turut mengadakan sesi dialog dan perbincangan pelbagai hala sebelum dibawa membuat lawatan tapak di sekitar kawasan masjid. Langkah berterusan ini membuktikan komitmen padu MAIWP dan JAWI dalam memastikan institusi masjid sentiasa dimakmurkan, diuruskan secara efisien, serta memberikan impak positif yang maksima kepada komuniti kariah setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Pengerusi MAIWP, barisan kepimpinan tertinggi JAWI, serta seluruh delegasi atas sokongan berterusan dalam memperkukuh syiar Islam di Wilayah Persekutuan.

PEJABAT PENTADBIRAN ZON 25 OGOS – Mesyuarat Pegawai dan Kakitangan Zon 2 Bilangan 4 Bagi Tahun 2026 telah berjaya diadak...
05/08/2026

PEJABAT PENTADBIRAN ZON 2
5 OGOS – Mesyuarat Pegawai dan Kakitangan Zon 2 Bilangan 4 Bagi Tahun 2026 telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Masjid Salahuddin Al-Ayyubi pada pagi ini.

​Mesyuarat yang bermula seawal jam 10.00 pagi melibatkan kehadiran seluruh pegawai dan kakitangan Zon 2 bagi membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan pengurusan, pentadbiran, serta penyelarasan program zon.

​Komitmen dan kehadiran penuh para pegawai serta kakitangan mencerminkan kesungguhan dalam memastikan perancangan aktiviti dan penyampaian perkhidmatan di Zon 2 berjalan dengan lancar dan berkesan.

​Pejabat Pentadbiran Zon 2 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang hadir atas kerjasama serta sumbangan idea sepanjang mesyuarat berlangsung.

PERJUMPAAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN ZON 2 BERSAMA KETUA PENOLONG PENGARAH, BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID (BPM), JAWI📍 Masjid ...
30/07/2026

PERJUMPAAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN ZON 2 BERSAMA KETUA PENOLONG PENGARAH, BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID (BPM), JAWI

📍 Masjid Salahuddin Al-Ayyubi
📅 28 Julai 2026 (Selasa)

Telah berlangsung Perjumpaan Pegawai dan Kakitangan Pejabat Pentadbiran Zon 2 bersama YBrs. Ustaz Mohd Arif bin Abdul Samat, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid (BPM), JAWI. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Pegawai Tadbir Agama Zon 2 (PTAZ 2) serta seluruh pegawai dan kakitangan Pejabat Pentadbiran Zon 2.

Perjumpaan ini menjadi platform komunikasi dua hala bagi membincangkan isu-isu semasa, menyampaikan maklumat terkini serta menyelaras hala tuju pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pentadbiran Zon 2.

Dalam sesi tersebut, YBrs. Ustaz Mohd Arif bin Abdul Samat turut menyampaikan amanat yang menekankan kepentingan integriti, akauntabiliti dan komitmen warga kerja dalam melaksanakan amanah. Beliau juga berkongsi perkembangan semasa berkaitan pengurusan dan pentadbiran, termasuk perancangan penstrukturan semula Pejabat Pentadbiran Zon, Audit Kewangan Masjid dan Surau, pelaksanaan kubur bertingkat serta Audit Aset ke arah memperkukuh tadbir urus yang lebih sistematik dan berkesan.

Semoga perjumpaan ini dapat memperkukuh kerjasama, meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat serta memperkasakan budaya kerja yang berintegriti, profesional dan cemerlang dalam kalangan warga Zon 2.

Kenyataan MediaJPM (HAL EHWAL AGAMA) MENYOKONG PENUH TITAH DYMM SULTAN NAZRIN: MANTAPKAN TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN INK...
22/07/2026

Kenyataan Media

JPM (HAL EHWAL AGAMA) MENYOKONG PENUH TITAH DYMM SULTAN NAZRIN: MANTAPKAN TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN INKLUSIF BERTERASKAN MAQASID SYARIAH

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sempena Persidangan Dunia Ke-8 Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT 2026). Seruan Baginda agar negara Islam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan inklusif berasaskan prinsip 'Everyone Matters' amat bertepatan dengan aspirasi Islam. Prinsip ini sejajar dengan tuntutan Maqasid Syariah dan karamah insaniah yang menuntut keadilan sosial, memelihara kemaslahatan ummah, serta menjamin kebajikan rakyat.

2. Menghayati titah Baginda bahawa tadbir urus yang baik dan telus adalah prasyarat utama kemakmuran, JPM (Hal Ehwal Agama) bertekad memastikan pengurusan institusi serta belanjawan awam dilaksanakan atas dasar integriti, itqan (kesempurnaan kerja) dan akauntabiliti. Kuasa adalah amanah Allah ﷻ yang wajib dipertanggungjawabkan dengan sikap rendah hati, mendengari keluhan rakyat, dan mengurus harta awam sebagai dokumen moral demi mengutamakan kesejahteraan ummah.

3. Sehubungan itu, JPM (Hal Ehwal Agama) menyeru seluruh agensi agama dan umat Islam untuk mempraktikkan budaya kerja yang berhemah, memperkukuh perpaduan sosial, serta membuka ruang kerjasama dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Usaha berterusan ini amat penting bagi membina masyarakat mampan dan memartabatkan tamadun Islam yang membawa rahmat, keadilan, dan kemakmuran kepada sekalian alam.

SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
22 Julai 2026 | 16 Safar 1448 Hijrah

https://www.facebook.com/share/p/1D3UndwLw6/

https://www.instagram.com/p/DbF6yUlmgtS/

https://x.com/DrZulkifliHasan/status/2079882282941178136?s=20

https://www.threads.com//post/DbF7azhk17J?xmt=AQG0Yw_5_5mJJAmHZ9rLqSR6GuPABpHn27reZcJ5pZv5uA

Kenyataan Media

JPM (HAL EHWAL AGAMA) MENYOKONG PENUH TITAH DYMM SULTAN NAZRIN: MANTAPKAN TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN INKLUSIF BERTERASKAN MAQASID SYARIAH

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sempena Persidangan Dunia Ke-8 Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT 2026). Seruan Baginda agar negara Islam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan inklusif berasaskan prinsip 'Everyone Matters' amat bertepatan dengan aspirasi Islam. Prinsip ini sejajar dengan tuntutan Maqasid Syariah dan karamah insaniah yang menuntut keadilan sosial, memelihara kemaslahatan ummah, serta menjamin kebajikan rakyat.

2. Menghayati titah Baginda bahawa tadbir urus yang baik dan telus adalah prasyarat utama kemakmuran, JPM (Hal Ehwal Agama) bertekad memastikan pengurusan institusi serta belanjawan awam dilaksanakan atas dasar integriti, itqan (kesempurnaan kerja) dan akauntabiliti. Kuasa adalah amanah Allah ﷻ yang wajib dipertanggungjawabkan dengan sikap rendah hati, mendengari keluhan rakyat, dan mengurus harta awam sebagai dokumen moral demi mengutamakan kesejahteraan ummah.

3. Sehubungan itu, JPM (Hal Ehwal Agama) menyeru seluruh agensi agama dan umat Islam untuk mempraktikkan budaya kerja yang berhemah, memperkukuh perpaduan sosial, serta membuka ruang kerjasama dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Usaha berterusan ini amat penting bagi membina masyarakat mampan dan memartabatkan tamadun Islam yang membawa rahmat, keadilan, dan kemakmuran kepada sekalian alam.

SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
22 Julai 2026 | 16 Safar 1448 Hijrah

Address

Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60341086132

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pentadbiran Zon 2 JAWI:

Shortcuts

Share