Bendera Putih

Bendera Putih Bendera Putih membawa maksud kedamaian dan kesejahteraan. Ia juga membawa makna seseorang didalam kesusahan dan kritikal jika dikibarkan

Bantulah pengibar BENDERA PUTIH

31/07/2026

JOHAN GHAZALI (JOJO) beri tentangan sengit, namun tewas tipis‼️

Petarung sensasi negara, Johan "JoJo" Ghazali mempamerkan aksi penuh bertenaga dan agresif ketika berdepan wakil Lubnan, Ramadan Ondash, dalam pertarungan kategori Flyweight Muay Thai di The Inner Circle 24.

Walaupun berjaya memberikan saingan sengit sepanjang pertarungan, JoJo akhirnya terpaksa akur apabila tewas menerusi keputusan split decision, sekali gus menyaksikan Ramadan Ondash membawa pulang kemenangan yang cukup tipis.

Kekalahan ini pastinya bukan pengakhiran buat JoJo. Pada usia yang masih muda, beliau terus menunjukkan potensi besar untuk kembali lebih kuat dalam pertarungan akan datang.

Teruskan memberi sokongan kepada JoJo. Menang atau kalah, semangat juang dan keberaniannya tetap membanggakan Malaysia.

JOJO Ghazali vs Ramadan ONDASH ‼️

Jojo kalah lagi buat kali kedua berturut², nasib dia agak sikit baik kali ni masih mampu berdiri walaupun dah kena lead left-hook maut dari Ondash, dari situ lah yang buatkan judges kedua dengan ketiga pilih Ondash keluar selaku pemenang fight ni.

Agak kurang meyakinkan sebenarnya momentum Jojo masuk dekat round ke-2 dengan ke-3 tu.

'Taunting' Jojo dalam fight ni sebijik Rodtang tu.

Tapi benda positif dalam fight Jojo kali ni dia dah mula nampak banyak attack pakai kaki cuma damage dari legkick dengan kick to the body dia tu masih lagi belum betul² landed dengan keras lah.

Ondash macam biase lah, fight with passion dengan style brutal dengan relentless dia tu.

Dari sini lah Ondash akan naik slow² ke ranking teratas division flyweight sebab dia dah kalahkan 2 nama besar dalam division tu, Jojo dengan Suriyanlek, rasanya harapan Ondash nak jadi juara dunia sikit masa lagi dah mula nampakkan hasil.

Bagusnya Ondash ni head movement dia dengan body feint dia tu tersangat lah balance, banyak combination punches Jojo tak masuk tepat.

Precise dengan timing adalah satu benda paling penting untuk tentukan sesebuah fight tu.

Tadi timing Ondash is more powerful.

Takpelah, sama² kuat lah ni.

Anggap je lah Jojo ni masih dalam proses nak jadi lebih kuat lagi lepas ni sebab line up dia dalam training management dengan coaching pun kita tahu bukan individu cikai² ayam punya.

Kalah 4 kali dalam ONE championship dengan 2 kali berturut-turut bukan petanda yang baik tapi Jojo ni masih muda, perjalanan dia masih panjang.

Kalah tak bermakna dia tak kuat.

Tapi dari side Ondash, dia memang bijak pilih jalan dia nak terus daki puncak dunia dalam ONE ni.

Susah nak KO kan Jojo ni, dia punya defensive structure hand guard dekat muka tu cukup clean.

Teruskan memberi sokongan kepada JoJo. Menang atau kalah, semangat juang dan keberaniannya tetap membanggakan Malaysia.

🇲🇾 🥊 🇲🇾 🥊 🇲🇾 🥊 🇲🇾

Perketat kawalan aktiviti pendakian di seluruh negara, ini pendapat penggiat...Kuala Lumpur: Langkah Kementerian Sumber ...
31/07/2026

Perketat kawalan aktiviti pendakian di seluruh negara, ini pendapat penggiat...

Kuala Lumpur: Langkah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memperketat kawalan aktiviti pendakian di seluruh negara, termasuk mengehadkan aktiviti pendakian sehari (day hike) dan pendakian singkat (compress) di kawasan pergunungan berisiko tinggi, dilihat mampu meningkatkan tahap keselamatan pendaki.

Namun pelaksanaannya perlu seimbang supaya tidak menjejaskan industri rekreasi dan ekopelancongan.

Penasihat Kelab Jelajah Alpine Malaysia, Zainudin Lot, 50, berkata, langkah itu wajar dijadikan peluang untuk menilai semula prosedur operasi standard (SOP) pendakian supaya selari dengan peningkatan jumlah pendaki yang memilih konsep pendakian sehari dan pendakian singkat.

Jelasnya, pihak berkuasa bersama komuniti pendaki juga dapat mengenal pasti laluan berisiko tinggi dengan lebih berkesan, selain memastikan pendaki membuat persediaan lebih rapi melalui latihan dan maklumat terkini mengenai keadaan laluan.

"Memperketat kawalan tidak seharusnya hanya di atas kertas, sebaliknya perlu disokong dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

"Antaranya menambah bilangan malim gunung yang berkemahiran mengurus risiko bagi aktiviti pendakian sehari dan pendakian singkat, menaik taraf laluan berisiko serta menambah baik kemudahan termasuk akses masuk dan keluar," katanya di sini.

Tambahnya, sistem permit pendakian juga penting bagi memudahkan pihak berkuasa merekod dan mengenal pasti individu atau kumpulan yang memasuki kawasan tertentu, sekali gus mempercepatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekiranya berlaku kecemasan.

"Bagi pendakian di kawasan berisiko tinggi, syarat tertentu boleh dipertimbangkan seperti pengesahan tahap kesihatan, pengalaman mendaki dan kecergasan fizikal bagi memastikan hanya individu yang benar-benar bersedia dibenarkan melakukan pendakian.

"Risiko kemalangan sentiasa ada dalam aktiviti luar, namun ia boleh dikurangkan melalui pendedahan, latihan dan pendidikan mengenai keselamatan.

"NRES juga boleh memperluaskan kempen kesedaran melalui risalah, taklimat terbuka serta program di sekolah dan institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan kefahaman mengenai risiko aktiviti pendakian," katanya.

Zainudin menambah, namun pelaksanaan dasar itu turut mempunyai beberapa cabaran yang perlu diberi perhatian.

"Prosedur permit yang mengambil masa boleh menyukarkan pendaki yang merancang pendakian secara spontan, selain menjadi kekangan kepada atlet larian denai yang memerlukan latihan berterusan di kawasan pergunungan.

"Saya berpendapat alasan mengurangkan kos operasi SAR tidak sepatutnya menjadi justifikasi utama memperketatkan kawalan kerana insiden sebenar juga boleh dijadikan medium meningkatkan kecekapan pasukan penyelamat," katanya.

Sementara itu, Malim Gunung, Zamri Arshad, 40, berkata, langkah berkenaan berpotensi memberi kesan kepada industri ekopelancongan sekiranya pelaksanaannya terlalu ketat.

Jelasnya, pengurangan jumlah pendaki akibat sekatan pendakian sehari, kuota permit dan syarat tambahan boleh menjejaskan pendapatan komuniti setempat yang bergantung kepada aktiviti pendakian seperti pengusaha inap desa, penyedia perkhidmatan pengangkutan pacuan empat roda dan pengangkut barang, pengusaha makanan serta peniaga peralatan rekreasi.

"Apabila jumlah pendaki berkurangan, keseluruhan rantaian ekonomi yang menyokong industri pendakian turut menerima kesan. Syarat penggunaan khidmat Malim Gunung Perhutanan (MGP), pemeriksaan kesihatan dan perlindungan insurans juga dijangka meningkatkan kos keseluruhan pendakian.

"Keadaan ini mungkin menjadi beban kepada pendaki baharu, pelajar dan mereka yang mempunyai bajet terhad, sekali gus mengurangkan penyertaan dalam aktiviti rekreasi ini," katanya.

Katanya, larangan pendakian singkat juga boleh menjejaskan pembangunan sukan larian denai dan penganjuran acara larian jarak jauh di kawasan pergunungan kerana kaedah itu sering dijadikan sebahagian daripada latihan atlet.

"Malah, tidak mustahil atlet atau peminat sukan lasak memilih menjalani latihan di negara jiran yang mempunyai garis panduan lebih fleksibel," katanya.

Tambahnya, prosedur permit yang terlalu rumit atau kuota pendakian yang terhad boleh mendorong segelintir individu memasuki laluan tanpa permit bagi mengelakkan kos dan syarat yang ditetapkan.

"Situasi ini boleh memberi kesan sebaliknya apabila pendakian tanpa permit dan tanpa pemantauan meningkatkan risiko pendaki sesat atau berlaku kemalangan," katanya.

Sementara itu, penggiat aktiviti mendaki gunung dan larian denai, Norzaimee Mohamad Subki, 44, berpandangan langkah memperketat kawalan di kawasan berisiko tinggi adalah wajar kerana keselamatan pendaki perlu diberi keutamaan.

Jelasnya, tidak semua gunung sesuai dijadikan lokasi pendakian sehari atau pendakian singkat kerana setiap gunung mempunyai cabaran tersendiri dari segi jarak, ketinggian, cuaca dan keadaan laluan.

"Ramai pendaki terikut-ikut dengan kemampuan orang lain tanpa benar-benar menilai kemampuan diri sendiri.

"Naik dan turun gunung dalam tempoh singkat memerlukan latihan, kecergasan, pengalaman serta persediaan yang mencukupi, bukan sekadar mengikut trend," katanya.

Katanya, bagi laluan yang mempunyai tahap risiko tinggi, aktiviti pendakian sehari wajar dihadkan kepada pendaki yang benar-benar cergas, berpengalaman dan bersedia menghadapi cabaran.

"Pendekatan itu bukan untuk menyekat minat orang ramai terhadap aktiviti mendaki tetapi bagi mengurangkan risiko kemalangan.

"Paling penting, setiap pendaki perlu mengenali kemampuan diri, menghormati gunung dan memastikan setiap ekspedisi berakhir dengan semua peserta pulang dalam keadaan selamat," katanya.

Terdahulu, NRES memperketat kawalan aktiviti pendakian di seluruh negara, termasuk mengehadkan 'day hike' atau 'compressed hike' di kawasan pergunungan berisiko tinggi, bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kos SAR.

Disiarkan pada: Julai 31, 2026 @ 6:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/07/1392130/perketat-kawalan-aktiviti-pendakian-di-seluruh-negara-ini-pendapat-penggiat

Kuala Lumpur: Langkah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memperketat kawalan aktiviti pendakian di seluruh negara, termasuk mengehadkan aktiviti pendakian sehari (day hike) dan pendakian singkat (compress) di kawasan pergunungan berisiko tinggi, dilihat mampu meningkatkan tahap kese...

31/07/2026

TIPS....

31/07/2026

Sensor

31/07/2026

JOHAN GHAZALI (JOJO) beri tentangan sengit, namun tewas tipis‼️

Petarung sensasi negara, Johan "JoJo" Ghazali mempamerkan aksi penuh bertenaga dan agresif ketika berdepan wakil Lubnan, Ramadan Ondash, dalam pertarungan kategori Flyweight Muay Thai di The Inner Circle 24.

Walaupun berjaya memberikan saingan sengit sepanjang pertarungan, JoJo akhirnya terpaksa akur apabila tewas menerusi keputusan split decision, sekali gus menyaksikan Ramadan Ondash membawa pulang kemenangan yang cukup tipis.

Kekalahan ini pastinya bukan pengakhiran buat JoJo. Pada usia yang masih muda, beliau terus menunjukkan potensi besar untuk kembali lebih kuat dalam pertarungan akan datang.

Teruskan memberi sokongan kepada JoJo. Menang atau kalah, semangat juang dan keberaniannya tetap membanggakan Malaysia.

🇲🇾🥊

JOJO Ghazali vs Ramadan ONDASH ‼️

Jojo kalah lagi buat kali kedua berturut², nasib dia agak sikit baik kali ni masih mampu berdiri walaupun dah kena lead left-hook maut dari Ondash, dari situ lah yang buatkan judges kedua dengan ketiga pilih Ondash keluar selaku pemenang fight ni.

Agak kurang meyakinkan sebenarnya momentum Jojo masuk dekat round ke-2 dengan ke-3 tu.

'Taunting' Jojo dalam fight ni sebijik Rodtang tu.

Tapi benda positif dalam fight Jojo kali ni dia dah mula nampak banyak attack pakai kaki cuma damage dari legkick dengan kick to the body dia tu masih lagi belum betul² landed dengan keras lah.

Ondash macam biase lah, fight with passion dengan style brutal dengan relentless dia tu.

Dari sini lah Ondash akan naik slow² ke ranking teratas division flyweight sebab dia dah kalahkan 2 nama besar dalam division tu, Jojo dengan Suriyanlek, rasanya harapan Ondash nak jadi juara dunia sikit masa lagi dah mula nampakkan hasil.

Bagusnya Ondash ni head movement dia dengan body feint dia tu tersangat lah balance, banyak combination punches Jojo tak masuk tepat.

Precise dengan timing adalah satu benda paling penting untuk tentukan sesebuah fight tu.

Tadi timing Ondash is more powerful.

Takpelah, sama² kuat lah ni.

Anggap je lah Jojo ni masih dalam proses nak jadi lebih kuat lagi lepas ni sebab line up dia dalam training management dengan coaching pun kita tahu bukan individu cikai² ayam punya.

Kalah 4 kali dalam ONE championship dengan 2 kali berturut-turut bukan petanda yang baik tapi Jojo ni masih muda, perjalanan dia masih panjang.

Kalah tak bermakna dia tak kuat.

Tapi dari side Ondash, dia memang bijak pilih jalan dia nak terus daki puncak dunia dalam ONE ni.

Susah nak KO kan Jojo ni, dia punya defensive structure hand guard dekat muka tu cukup clean.

Teruskan memberi sokongan kepada JoJo. Menang atau kalah, semangat juang dan keberaniannya tetap membanggakan Malaysia.

🇲🇾🥊

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60139979314

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bendera Putih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category