06/06/2026
(๐๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ธ)
SUNGAI PETANI, 5 Jun 26 โ Mesyuarat Agung BAKAT 6 Woksyop Briged bagi Tahun 2026 telah diadakan di Garaj Pembaikan 6 Woksyop Briged, Kem Lapangan Terbang pada 05 Jun 2026.
Mesyuarat telah dimulakan dengan Ucapan Pembukaan dan Perasmian Mesyuarat Agung BAKAT pasukan bagi tahun 2026 oleh Mej Mohd Hafizuddin bin Hassan, Pegawai Pemerintah 6 Woksyop Briged. Seterusnya mesyuarat diteruskan oleh Puan Siti Sabariah binti Mokhtar selaku Pengerusi BAKAT 6 Woksyop Briged.
Antara fokus utama mesyuarat ini adalah untuk meneliti perkara-perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat tahun 2025 agar setiap isu yang tertangguh dapat diselesaikan secara tuntas dan berkesan. Selain itu, agenda mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Laporan Aktiviti dan Kewangan BAKAT pasukan pada tahun 2025, Pelantikan Ahli Jawatankuasa dan Rancangan Aktiviti BAKAT bagi tahun 2026. Mesyuarat ini juga turut membuka ruang bagi ahli-ahli BAKAT memberi cadangan dan usul baharu untuk memberi nilai tambah kepada pelaksanaan program BAKAT 6 Wokyop Briged pada masa hadapan. Seramai 54 Ahli BAKAT pasukan telah hadir bagi menjayakan mesyuarat BAKAT pada tahun ini.
Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan Majlis Ramah Mesra bersama 2 anggota kebajikan iaitu Niyaz Affan bin Mohd Yusof anak kepada 1154174 Kpl Mohd Yusuf bin Ismail yang mempunyai penyakit Speech Delay dan Nur Alisha Amanda binti Mohammad Amir anak kepada 1181457 Kpl Mohamad Amir bin Lazim yang mempunyai penyakit Jantung Double Outlet Right Ventricle. Majlis Ramah Mesra tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Pemerintah dan Pengerusi BAKAT. Majlis diteruskan dengan Majlis Jamuan Penghargaan kepada beberapa Ahli BAKAT yang suaminya telah bertukar keluar dan menamatkan perkhidmatan serta Ahli Jawatankuasa BAKAT tahun 2025.
Dalam ucapan penutup, Pengerusi BAKAT telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada ahli BAKAT yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah dirancang. Beliau berharap agar ia dapat dikekalkan dalam pelaksanaan aktiviti pada tahun-tahun yang akan datang.
- Bertukang Dan Berjuang