Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai

Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai Angkatan Muda Keadilan 2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026!63 tahun kita bersama sebagai sebuah negara.Dalam kepelbagaian, kita terus melangka...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026!

63 tahun kita bersama sebagai sebuah negara.

Dalam kepelbagaian, kita terus melangkah sebagai satu bangsa, membina Malaysia yang lebih harmoni, inklusif dan sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati, kerana kemajuan bukan sekadar pembangunan, tetapi apabila hasilnya dapat dirasai dan dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

Ayuh kita terus semarakkan semangat perpaduan, raikan kepelbagaian dan bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih baik. 🇲🇾❤️

Selamat Hari Malaysia!

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.

Daripada kami,
Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai





CAPTION 1:Jelajah  : Selamatkan Dana Rakyat telah berlangsung dengan jayanya di Bazaria Pantai malam semalam! 🇲🇾Sambutan...
13/09/2026

CAPTION 1:
Jelajah : Selamatkan Dana Rakyat telah berlangsung dengan jayanya di Bazaria Pantai malam semalam! 🇲🇾

Sambutan daripada komuniti setempat amat menggalakkan, khususnya daripada mereka yang hadir untuk mendapatkan penjelasan dan pencerahan berhubung isu RCI Tabung Haji.

Program dimulakan dengan Bacaan Doa Selamat Sempena Hari Malaysia 2026, sebelum diteruskan dengan sesi penerangan dan perkongsian oleh barisan panel:

🎙️ YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai

🎙️ Sdr. Syafiq Sunny
Ketua Penerangan Wilayah Persekutuan

🎙️ Sdr. Amir Zuhair
Pengerusi Daie Madani merangkap Ketua AMK Cheras

🎙️ Sdri. Amelia Zainabila
Exco AMK merangkap Ketua AMK Lembah Pantai

Isu Tabung Haji ini bukan soal politik. Ini soal amanah. Ini soal dana rakyat. Ini soal hak rakyat untuk tahu.

Kita tidak mahu rakyat hanya disuruh percaya. Rakyat mesti diberi fakta. Rakyat mesti diberi penjelasan. Rakyat mesti didengar.

Terima kasih kepada seluruh komuniti Lembah Pantai yang hadir!

Teruskan bertanya. Teruskan cakna. Teruskan bersuara. ✊🇲🇾

HariMalaysia2026 LembahPantaiDiHatiku

JEMPUTAN KE JELAJAH  : SELAMATKAN DANA RAKYATSemua warga Lembah Pantai dijemput ke Sesi Penerangan Isu Semasa (Jelajah  ...
09/09/2026

JEMPUTAN KE JELAJAH : SELAMATKAN DANA RAKYAT

Semua warga Lembah Pantai dijemput ke Sesi Penerangan Isu Semasa (Jelajah ) yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 12 September 2026 (Sabtu)
Masa: 8.30 malam
Lokasi: Bazaria Pantai @ Pantai Dalam

Majlis akan dimulakan dengan Bacaan Doa Selamat Sempena Hari Malaysia 2026 dan disusuli dengan Sesi Penerangan Isu Semasa.

Senarai Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil
2. ⁠Ustaz Fikri Abdul Aziz
3. ⁠Ustaz Amir Zuhair
4. ⁠Sdri Amelia Zainabila

Semua dijemput hadir!

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai memandang serius dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, bahawa wakil...
07/09/2026

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai memandang serius dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, bahawa wakil Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2014.

Dakwaan melibatkan campur tangan kuasa asing bukan perkara kecil kerana menyentuh kedaulatan dan integriti demokrasi Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua AMK Lembah Pantai, Amelia Zainabila, bersama ahli-ahli AMK Lembah Pantai telah membuat laporan polis pada Ahad, 6 September 2026, agar dakwaan tersebut disiasat oleh pihak berkuasa.

Lebih-lebih lagi, Kedutaan AS di Malaysia telah menafikan dakwaan tersebut.

Jika benar, kemukakan bukti. Jika tidak benar, tarik balik kenyataan.

Kedaulatan negara bukan bahan retorik politik.




LIGA FPL CLASSIC ANAK PANTAILiga FPL Classic Anak Pantai kini dibuka kepada semua peminat Fantasy Premier League di Lemb...
01/09/2026

LIGA FPL CLASSIC ANAK PANTAI

Liga FPL Classic Anak Pantai kini dibuka kepada semua peminat Fantasy Premier League di Lembah Pantai untuk menyertai saingan dan menguji pengetahuan, strategi serta kemahiran dalam mengurus pasukan.

DEADLINE GAMEWEEK 3: Saturday 5th September @ 2:30am

Peserta berpeluang untuk bersaing dalam liga secara kompetitif serta merebut kedudukan terbaik sepanjang saingan berlangsung.

Pendaftaran kini dibuka.

Borang penyertaan boleh diakses melalui kod QR yang disediakan pada hantaran ini dengan kerjasama Khidmat Malaysia.

SYARAT PENYERTAAN:

1. Terbuka kepada semua Pengurus pasukan FPL yang berminat.
2. Peserta perlu mengikuti akaun media sosial KHIDMAT 🇲🇾 dan anakpantai121
3. Walaupun Liga FPL Classic Anak Pantai ini terbuka kepada semua namun status pemenang adalah tertakluk kepada semakan daftar pemilih SPR. Hanya peserta yang disahkan sebagai telah memenuhi syarat No. 2 dan merupakan pengundi Lembah Pantai akan layak menerima hadiah
4. Sekiranya peserta yang berada di kedudukan pemenang tidak memenuhi syarat kelayakan, kedudukan tersebut akan diberikan kepada peserta seterusnya yang memenuhi syarat.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Liga FPL Classic Anak Pantai dan buktikan keupayaan anda sebagai pengurus pasukan.

Hadiah-hadiah wang tunai menanti anda. Tunggu apa lagi? Imbas kod QR sekarang dan bawa kawan-kawan anda untuk memeriahkan lagi Liga FPL Classic Anak Pantai.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69!69 tahun merdeka, 69 tahun kita bersama membina Malaysia.Ayuh kibarkan Jalur Gem...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69!

69 tahun merdeka, 69 tahun kita bersama membina Malaysia.

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, raikan kepelbagaian dan terus semarakkan semangat Merdeka dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia. 🇲🇾❤️

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Daripada kami, Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai.





30/08/2026

Hari ini, AMK Lembah Pantai bersama lebih 300 riders telah menyertai Program Ride Penyerahan Jalur Gemilang yang turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Program ini menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan anak muda, di samping mengajak rakyat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan cinta akan negara. 🇲🇾

Ayuh, kita teruskan usaha menyatukan rakyat dan menyemarakkan semangat kebersamaan demi Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.

Selamat Hari Kebangsaan 2026! ❤️🇲🇾





SALAM MAULIDUR RASUL 1448H12 Rabiulawal hadir membawa kembali ingatan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ins...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

12 Rabiulawal hadir membawa kembali ingatan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi teladan dalam kehidupan dan perjuangan.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyemai kasih, memperkukuh ukhuwah serta membimbing kita untuk meneladani akhlak, amanah dan perjuangan Baginda dalam setiap langkah.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Salam Maulidur Rasul 1448H.




Selamat Ulang Tahun Kelahiran, YAB Dato' Seri Anwar IbrahimSemoga terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan ketabahan da...
10/08/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Semoga terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan ketabahan dalam memimpin negara serta membawa Malaysia ke arah yang lebih maju dan sejahtera!

Teruskan perjuangan, teruskan khidmat untuk rakyat!





27/07/2026

GENERASI MUDA, SUARA BAHARU

YB Dato' Seri Fahmi Fadzil, Ketua Penerangan KEADILAN telah menghadiri program Generasi Muda, Suara Baharu yang berlangsung di Dewan Sivik, Petaling Jaya.

Program tersebut turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama ribuan anak muda dari pelbagai latar belakang bagi mendengar aspirasi, pandangan dan idea generasi muda ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih baik.

Dalam program ini juga, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah menerima seramai 3,075 anggota baharu, mencerminkan keyakinan serta semangat generasi muda dan rakyat untuk bersama memperkukuh perjuangan parti dalam membina Malaysia yang lebih progresif, adil dan inklusif.

Semoga ruang seperti ini terus menjadi wadah untuk anak muda menyuarakan pandangan, menyumbang idea dan memainkan peranan sebagai ejen perubahan demi masa depan negara.





Address

Kuala Lumpur
59200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share