28/08/2025
PROGRAM MEET & GREET POLIS SRI HARTAMAS
IPD Brickfields - 28 Ogos 2025, Jam 1215 hrs bertempat di Jalan 26/70A Desa Sri Hartamas telah diadakan Program Meet & Greet yang dijalankan oleh anggota Kpl Hafiz bersama Konst Syafiq.
Tujuan program diadakan adalah untuk menunjukkan kehadiran pihak Polis di tempat awam serta berkongsi tips pencegahan jenayah kepada masyarakat yang ditemui disamping mendengar permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat.
Selain itu turut diedarkan risalah penggunaan aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) serta risalah Pencegahan Jenayah kepada masyarakat.
Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan menerusi talian Hotline IPD Brickfields di talian 03-22979268 dan Balai Polis Sri Hartamas di talian 03-62019222.