PTPTN Negeri Wilayah Persekutuan

PTPTN Negeri Wilayah Persekutuan Awesome

Kalian guna saluran apa untuk bayar balik PTPTN?​ Potongan gaji atau debit terus? Kalau Min kaedah potongan gaji jadi pi...
01/06/2026

Kalian guna saluran apa untuk bayar balik PTPTN?​
Potongan gaji atau debit terus? Kalau Min kaedah potongan gaji jadi pilihan.

Psstt... belum daftar bayaran melalui potongan gaji atau debit terus lagi?

Mohon sekarang dengan mudah melalui aplikasi web myPTPTN:​
https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing​

Daftar sekarang tau! Sebab ada sesuatu yang menanti kalian pada 1 Jun nanti 😎

DIRGAHAYU TUANKU ​Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah ​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang d...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU ​

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah ​
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ​

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku ​

Pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.​

Sembah takzim daripada: ​

Pengerusi, Ahli Lembaga Pengurusan serta Warga PTPTN ​

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/ 2026M 🌙​Aidiladha mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dalam member...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/ 2026M 🌙​

Aidiladha mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dalam memberi dan kekuatan dalam melepaskan.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan membawa keberkatan, ketenangan dan kasih sayang dalam kehidupan kita semua.​

Ikhlas daripada seluruh Warga PTPTN 💙​


Cuba angkat tangan para guru yang dulu pernah pinjam PTPTN 🙋‍♂️🙋‍♀️Dulu duduk dalam dewan kuliah sebagai pelajar. Hari n...
16/05/2026

Cuba angkat tangan para guru yang dulu pernah pinjam PTPTN 🙋‍♂️🙋‍♀️

Dulu duduk dalam dewan kuliah sebagai pelajar. Hari ni berdiri depan kelas membimbing generasi baru p**a.

Daripada dibantu untuk sambung belajar, kini jadi insan yang membantu anak bangsa capai impian mereka.

Kadang-kadang satu peluang pendidikan tu… kesannya boleh ubah lebih daripada satu kehidupan.

Selamat Hari Guru buat semua pendidik hebat di luar sana.

Tag cikgu yang paling kalian ingat sampai hari ni 👇



Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu di seluruh dunia! 💐Ibu,Kasihmu tidak pernah meminta balasan,Lelahmu tidak ...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu di seluruh dunia! 💐

Ibu,
Kasihmu tidak pernah meminta balasan,
Lelahmu tidak pernah kau tunjukkan,
Doamu sentiasa mengiringi setiap langkah kehidupan.
Terima kasih kerana menjadi kekuatan,
Di sebalik diam dan setiap pengorbanan.

Buat semua ibu, mama, umi dan mak, kalianlah cinta pertama yang kekal selamanya. ❤️

Ikhlas daripada seluruh Warga PTPTN.


MAJLIS JASAMU DAN ANUGERAH PENGHARGAAN PEJABAT PTPTN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUANPejabat PTPTN Negeri Wilayah Persekutuan ...
10/05/2026

MAJLIS JASAMU DAN ANUGERAH PENGHARGAAN PEJABAT PTPTN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Pejabat PTPTN Negeri Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Penganugerahan Eksekutif Jualan Terbaik dan Eksekutif Operasi Terbaik bagi menghargai pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2025.

Majlis turut diraikan bersama sesi penghargaan sempena persaraan Pengurus Besar Kanan Jabatan Operasi Cawangan, Encik Mohd Rusdi bin Ismail atas segala jasa, komitmen dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau.

Majlis ini telah berlangsung pada Sabtu, 9 Mei 2026 bertempat di Restoran Rebung, Putrajaya.

Lebih kurang 100 orang kakitangan bersama ahli keluarga telah hadir bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan lagi silaturrahim dan ukhuwah yang terjalin.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga kebersamaan ini terus berkekalan dan dipertemukan lagi pada majlis akan datang.

"Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar di tepi perigi;
Ukhuwwah dierat kasih bertaut bersih,
Kenangan indah kekal di hati"🌹


Yay! Dividen Simpan SSPN 2025 dah dapat sebanyak 4.10 peratus 🎉Mulai 7 Mei 2026, penyata simpanan boleh disemak melalui ...
06/05/2026

Yay! Dividen Simpan SSPN 2025 dah dapat sebanyak 4.10 peratus 🎉

Mulai 7 Mei 2026, penyata simpanan boleh disemak melalui myPTPTN.

Min yakin, yang rajin menyimpan mesti senyum lebar tengok dividen kali ni kan? Inilah bukti Simpan SSPN terus kekal sebagai pilihan simpanan pendidikan yang berbaloi dan patuh syariah.

Terima kasih kerana terus setia bersama Simpan SSPN 💙

Muat turun myPTPTN di:
https://bit.ly/m/myPTPTN


PTPTN telah mengumumkan agihan dividen Skim Simpan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2025 sebanyak 4.10%.​Pem...
06/05/2026

PTPTN telah mengumumkan agihan dividen Skim Simpan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2025 sebanyak 4.10%.

Pemberian dividen Simpan SSPN sebanyak 4.10% ini memberi manfaat kepada 6.07 juta akaun pendeposit Simpan SSPN, melibatkan peruntukan berjumlah RM505.68 juta.​

Agihan dividen ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing melalui myPTPTN mulai 7 Mei 2026 (Khamis).​

Terima kasih kepada semua pendeposit atas kepercayaan berterusan menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama simpanan pendidikan anak-anak, di samping menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan.​


Address

Kuala Lumpur
50470

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PTPTN Negeri Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share