AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia

AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia, Government Organization, Wisma Pertahahan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

PROGRAM JELAJAH PSIKOLOGIKAL WELLNESS AKRAB MINDEF : PERKASA DIRI (ZON TIMUR TERENGGANU /KELANTAN)Program ini merupakan ...
13/07/2026

PROGRAM JELAJAH PSIKOLOGIKAL WELLNESS AKRAB MINDEF : PERKASA DIRI (ZON TIMUR TERENGGANU /KELANTAN)

Program ini merupakan program pertama seumpanya dilakukan oleh Jawatankuasa AKRAB MINDEF. Terengganu telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah dimana program ini di laksanakan pada 2 Julai 2026 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Cawangan Besut.

Program ini bertujuan untuk meningkatan kesedaran mengenai kepentingan kesejahteraan psikologi dan kesihatan fizikal dalam kehidupan serta persekitaran kerja. Kesihatan mental dan fizikal yang baik adalah elemen penting bagi individu Perkasa Diri serta melahirkan minda yang sihat, emosi yang stabil dan mencapai prestasi cemerlang. Di samping itu, program ini memberi pendedahan kepada ahli AKRAB untuk mengelola sesuatu aktivti serta tingkatkan kemahiran dalam melakukan sesi kaunseling kelompok kecil atau individu.

Peserta yang terdiri daripada kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang bertugas di kem yang berada di Terengganu dan Kelantan. Empat orang fasilitator yang terdiri daripada jawatankuasa AKRAB MINDEF iaitu Pn W Norlida binti W Ismail (Penyelaras Terengganu/Kelantan), En Khairul Anuar bin Rosli (Penyelaras Perak merangkap Ketua Fasilitator), En. Osman bin Yusop (Penyelaras Negeri Sembilan) dan Pn Norzannah bin Md Nordin (Penyelaras Johor) serta penglibatan 11 orang ahli AKRAB Terengganu/Kelantan.

Pengisian :

Slot 1 : Ceramah

Program dimulakan dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh En.Mohd Shahlan bin Sidi Ahmad,Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut. ’Kesejahteraan Psikologi : Blueprint & Panduan Lengkap’ adalah tajuk yang telah disampaikan oleh penceramah. Topik ini telah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai komponen-komponen yang terdapat dalam isu kesihatan mental.

Slot 2 : ’Kenali Diri’

Pn W Norlida (Penyelaras Terengganu/Kelantan) telah menyampaikan taklimat mengenai apa itu AKRAB dan memperkenalkan barisan Jawatankuasa AKRAB dan ahli AKRAB Terengganu/Kelantan kepada para peserta.

Seterusnya adalah sesi ice breaking yang dikelola oleh En Khairul Anuar. Sesi ini bertujuan untuk memecahkan dinding perasaan yang membeku pada para peserta untuk mereka terlibat secara aktif dalam lakukan aktiviti.Peserta telah diberikan dalam beberapa kump**an untuk melahirkan semangat kerja berpasukan.

Sesi Kaunseling kelompok kecil dilakukan dengan penglibatan ahli AKRAB Terengganu /Kelantan. Di dalam sesi ini, ’Permasalahan di tempat kerja dan cara mengatasinya’ adalah topik untuk para peserta berkongsi serta menyuarakan masalah dan cara mengatasi permasalahan tersebut. Sepanjang sesi ini berlangsung, En Muhammad Shaharudin,Pegawai Psikologi CPPS MINDEF dan En.Osman(Penyelaras Negeri Sembilan) telah memantau pengisian yang dilakukan oleh ahli AKRAB yang bertindak sebagai pembimbing dalam kump**an kecil tersebut.

Slot 3 : ’Perisai Diri’

Para peserta perlu melakukan tugasan dalam bentuk Xplore Race. Terdapat 7 chekpoint yang perlu mereka selesaikan iaitu :
1.Maze Map
2.Ikut Langkahku
3.Piramid Plastik
4.Selamatkan Aku
5.Laguku
6.Tapak Telur
7.Kura-Kura.

Setiap kump**an berjaya lakukan tugasan yang telah diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan serta semangat dan kerjasama berpasukan yang tinggi telah ditunjukan oleh para peserta.Di dalam permainan Xplore Race ini juga terdapat elemen yan tersirat dalam kehidupan seharian sebagai seorang individu samada di tempat kerja mahupun di dalam masyarakat.

Kesimp**an :

Sebelum mengakhiri program,satu perkongian bertajuk Perkasa Diri : Minda Sihat, Emosi Stabil dan Prestasi Cemerlang telah disampaikan oleh En. Khairul Anuar sebagai percambahan minda kepada para peserta berkaitan kepentingan kesihatan mental dalam memperkasa diri dan tips bagaimana untuk menguruskan emosi. Para peserta menzahirkan perasaan yang gembira dan semangat yang baru setelah mendapat segala input perkongsian ilmu dan aktivti yang dilaksanakan sepanjang program.

KURSUS PENGURUSAN KAUNTER DAN PERKHIDMATAN PELANGGAN BERKUALITI TAHUN 2026Kursus Pengurusan Kaunter dan Perkhidmatan Pel...
08/07/2026

KURSUS PENGURUSAN KAUNTER DAN PERKHIDMATAN PELANGGAN BERKUALITI TAHUN 2026

Kursus Pengurusan Kaunter dan Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti Tahun 2026 telah diadakan pada 2 hingga 3 Julai 2026 di Dewan Ibnu Sina, Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak dengan penyertaan seramai 35 orang terdiri daripada pegawai tentera, anggota, jururawat, paramedik dan kakitangan awam yang bertugas di barisan hadapan.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi, pengurusan aduan, kecerdasan emosi serta budaya kerja berorientasikan pelanggan. Peserta didedahkan kepada modul berkaitan pengurusan aduan E-Maklum Balas Pelanggan dan SISPAA, pengurusan kaunter, komunikasi terapeutik, etika perkhidmatan, simulasi situasi sebenar serta imej profesional. Kaedah ceramah, latihan dalam kump**an dan role-play berjaya meningkatkan keyakinan serta kecekapan peserta dalam mengendalikan pelanggan secara profesional.

Penggunaan Teknik Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid – PFA) turut memberi nilai tambah kepada peserta. Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharap dapat diteruskan secara berkala bagi memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Sabtu  27/6/2026Program kursus Kepimpinan Pemimpin Muda telah di adakan di dewan DIMik sekolah kebangsaan Kampung Selaya...
03/07/2026

Sabtu 27/6/2026

Program kursus Kepimpinan Pemimpin Muda telah di adakan di dewan DIMik sekolah kebangsaan Kampung Selayang

Kursus ini dihadiri seramai 45 orang pelajar sekolah yang terdiri dari pelbagai Jawatan iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya dan ketua serta penolong kelas.

Guru Besar Puan Sofia binti Abdullah telah merasmikan kursus tersebut
Di hadiri juga guru2 penyelaras bagi membantu perjalanan program

Ahli AKRAB mindef iaitu Encik Suhaili bin Sulaiman ( AKRAB Zon Utara ) telah di jemput sebagai penceramah bagi kursus tersebut

Antara Aktiviti dan Modul yang disampaikan ialah

* Displin dalam pasukan
* Etika ketika di dewan makan semasa berkursus
* Latihan dalam kump**an ( layak ke saya seorang pemimpin)
* Pembentangan kump**an mengikut tajuk
* Maruah sekolah dan maruah diri
* Ceramah Tentang Buli di sekolah

Kursus bermula pada jam 0800 pagi sehingga 1200 tghari

Di akhir kursus. Guru Besar dan Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas jalinan kerja sama AKRAB MINDEF bagi menjaya kan kursus kepimpinan pemimpin muda sk kamoung selayang bagi tahun 2026.

14hb Mei 2026Memenuhi slot Penceramah Jemputan bagi tajuk "Apply Asset Management" & Emotional Intelligence di Akademi T...
03/07/2026

14hb Mei 2026

Memenuhi slot Penceramah Jemputan bagi tajuk "Apply Asset Management" & Emotional Intelligence di Akademi Tentera Darat Port Dickson bagi Kursus Staff &Taktik Gred 2 Siri 2/2026.

Peserta kursus ini terdiri daripada Pegawai berpangkat Kapten & Mejar dari semua Kor Tentera Darat Malaysia.

Tahniah Puan Noraaini binti Abu Hassan atas perkongsian ilmu ini.

AKRAB Sarawak, 22.6.2026 PROGRAM MEMPERKENALKAN AKRAB MINDEF SARAWAK SEMPENA JELAJAH PENGARAH MINDEF SARAWAKSempena Jela...
02/07/2026

AKRAB Sarawak, 22.6.2026

PROGRAM MEMPERKENALKAN AKRAB MINDEF SARAWAK SEMPENA JELAJAH PENGARAH MINDEF SARAWAK

Sempena Jelajah Pengarah MINDEF Sarawak ke Sibu, Sarawak pada 22-23 Jun 2026, telah berlangsung Program Memperkenalkan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MINDEF Sarawak kepada warga awam MINDEF Sibu Sarawak

Program ini telah dijayakan oleh 5 orang Ahli AKRAB MINDEF Sarawak yang terdiri daripada:
1. Penyelaras AKRAB Negeri Sarawak
2. 2 orang Ahli AKRAB dari Zon Kuching/Samarahan*
3. 2 orang Ahli AKRAB dari Zon Sibu

Sesi taklimat disampaikan bagi memberi pendedahan tentang *peranan & fungsi AKRAB* sebagai sistem sokongan emosi dan mental untuk warga awam. Pendekatan "D.E.N.G.A.R"- Dengar, Empati, Nasihat, Galak, Awal Kesan, Rahsiakan - diperkenalkan sebagai teras perkhidmatan AKRAB.

Pengarah MINDEF Sarawak, YBrs. Encik Azlan Bin Othman dalam ucapannya menyambut baik inisiatif ini dan menegaskan komitmen pihak pengurusan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan mental warga awam sentiasa terpelihara. Beliau menyeru semua warga kerja agar tidak teragak-agak untuk mendapatkan sokongan AKRAB apabila diperlukan.

LAPORAN PENYERTAAN, PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN DELEGASI MALAYSIA KE 4TH INTERNATIONAL MINANGKABAU LITERACY FESTIVAL (IML...
29/06/2026

LAPORAN PENYERTAAN, PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN DELEGASI MALAYSIA KE 4TH INTERNATIONAL MINANGKABAU LITERACY FESTIVAL (IMLF) WORLD CONGRESS 2026

1. PENDAHULUAN

4th International Minangkabau Literature Festival (IMLF) World Congress 2026 telah berlangsung pada 3 hingga 7 Jun 2026 di Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia bersempena sambutan 100 Tahun Jam Gadang. Festival bertaraf antarabangsa ini menghimpunkan penulis, pemuisi, akademik, pengkaji, budayawan, penggiat seni dan delegasi dari pelbagai negara bagi meraikan literasi, kesusasteraan, budaya serta perkongsian ilmu merentasi sempadan.

Puan Lilis Asyura binti Mohd Yatim, ahli AKRAB MINDEF telah dipilih sebagai delegasi Malaysia bagi menyertai festival ini serta terlibat secara aktif dalam pelbagai pengisian program termasuk sebagai Narasumber bagi program IMLF Goes To School, pembacaan puisi antarabangsa, penerbitan antologi antarabangsa, program kelestarian alam sekitar serta persembahan puisi teater antarabangsa yang melibatkan kerjasama tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia.

2. PENGISIAN DAN PENGLIBATAN PROGRAM

Sepanjang festival berlangsung, peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang merangkumi seminar literasi, forum budaya, pembacaan puisi antarabangsa, program pendidikan komuniti, aktiviti kelestarian alam sekitar serta persembahan seni dan budaya.

Penglibatan utama sepanjang festival adalah sebagai Narasumber dalam program IMLF Goes To School yang diadakan di SMAN 1 Bukittinggi. Dalam sesi tersebut, Puan Lilis Asyura telah menyampaikan perkongsian bertajuk *“Mimpi Kecil, Langkah Besar”* yang menekankan kepentingan keyakinan diri, keberanian untuk bermimpi, penghargaan terhadap diri sendiri serta ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Sesi perkongsian tersebut menampilkan konsep “Confident Comes First” yang menggalakkan pelajar untuk membina keyakinan diri sebagai langkah pertama ke arah mencapai impian. Pelajar turut didedahkan kepada kepentingan menghargai diri sendiri, membantu diri sebelum membantu orang lain serta mempertahankan impian walaupun berdepan dengan cabaran dan pandangan negatif daripada persekitaran.

Sesi tersebut turut melibatkan interaksi dua hala bersama pelajar yang berkongsi impian, cabaran serta pandangan mereka mengenai kegagalan, keyakinan diri dan usaha mencapai cita-cita. Pelajar juga mengemukakan persoalan berkaitan cara menjadi seorang pengucap awam yang baik serta kaedah mengatasi perasaan gemuruh ketika berhadapan dengan khalayak.

Aktiviti refleksi yang dijalankan memberi peluang kepada pelajar untuk menghargai diri sendiri serta individu yang sentiasa hadir dalam kehidupan mereka ketika menghadapi kesukaran, kegagalan mahupun kejayaan. Sesi ini sekali gus mengukuhkan mesej bahawa setiap kejayaan bermula dengan langkah kecil dan bahawa seseorang itu adalah apa yang difikirkannya.

Selain itu, peserta turut terlibat dalam program pembacaan puisi antarabangsa bersama pemuisi dan penulis dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Brunei Darussalam, India, Jepun, Australia, Switzerland, Itali, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Aktiviti ini menjadi platform pertukaran budaya, idea dan pengalaman melalui karya sastera.

Peserta juga menyertai program penanaman pokok sempena sambutan 100 Tahun Jam Gadang yang membawa mesej kelestarian alam sekitar selaras dengan tema “Dari Literasi ke Lestari”.

3. PERSEMBAHAN ANTARABANGSA DAN PENCAPAIAN

Salah satu penglibatan utama sepanjang festival adalah penyertaan dalam persembahan puisi teater dan musikalisasi puisi antarabangsa melalui kump**an gabungan Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia yang dikenali sebagai “Grup Suara Tiga Serumpun”.

Persembahan bertajuk “Karang Sumpah Tiga Muara” menghimpunkan elemen puisi, teater dan artistik gerak yang menampilkan kerjasama erat antara pengkarya dari tiga negara serumpun. Penyertaan ini merupakan satu amanah besar yang diberikan kepada beliau untuk mewakili Malaysia dalam persembahan antarabangsa yang menonjolkan nilai budaya, sejarah dan persaudaraan Nusantara.

Hasil persembahan tersebut telah berjaya meraih pengiktirafan sebagai Juara Apresiasi 1 Antarabangsa dalam Lomba Puisi Antarnegara Indonesia 2026. Pengiktirafan tersebut merupakan satu pencapaian yang membanggakan hasil kerjasama seni dan budaya rentas negara yang berjaya mengetengahkan nilai persaudaraan serumpun melalui medium puisi, teater dan artistik gerak.

Di samping itu, karya puisi bertajuk “Saksi Yang Berdetik” hasil nukilan Puan Lilis Asyura turut dipilih untuk diterbitkan dalam antologi antarabangsa “Simfoni 100 Puisi: Dari Literasi ke Lestari” yang diterbitkan bersempena sambutan 100 Tahun Jam Gadang dan menghimpunkan karya penulis dari pelbagai negara.

4. DAPATAN DAN IMPAK PROGRAM

Penyertaan dalam IMLF Ke-4 telah memberi pendedahan yang amat bermakna dari aspek pembangunan diri, literasi antarabangsa, diplomasi budaya serta jaringan profesional.

Penglibatan sebagai satu-satunya Narasumber dari Malaysia dalam program IMLF Goes To School membuka ruang perkongsian pengalaman dan perspektif Malaysia kepada generasi muda Indonesia, sekali gus memperkukuhkan hubungan pendidikan dan budaya antara kedua-dua negara.

Penyertaan dalam persembahan tiga negara, pembacaan puisi antarabangsa serta penerbitan antologi antarabangsa p**a membuktikan bahawa seni, budaya dan literasi mampu menjadi medium penyatuan masyarakat yang merentasi perbezaan bahasa, negara dan latar belakang.

Festival ini turut membuka peluang untuk membina jaringan profesional bersama penulis, pemuisi, akademik dan penggiat budaya dari pelbagai negara yang berpotensi menjadi asas kepada kerjasama antarabangsa pada masa hadapan.

5. PENUTUP

Secara keseluruhannya, penyertaan dalam 4th International Minangkabau Literature Festival (IMLF) World Congress 2026 telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi pengalaman yang amat berharga dari aspek pembangunan diri, literasi, jaringan antarabangsa dan diplomasi budaya.

Amanah yang diberikan sebagai Narasumber, penglibatan dalam penerbitan antologi antarabangsa, penyertaan dalam program kelestarian alam sekitar serta persembahan puisi teater tiga negara yang berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa merupakan pencapaian yang membanggakan dan secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke pentas literasi dunia.

Penyertaan ini membuktikan bahawa literasi, seni dan budaya bukan sahaja berperanan sebagai medium ekspresi kreatif, malah mampu menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat dunia melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan nilai kemanusiaan sejagat. Pengalaman ini turut memperkukuhkan keyakinan bahawa usaha memartabatkan bahasa, sastera dan budaya mampu menjadi sebahagian daripada diplomasi budaya yang membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Disediakan oleh:

Pn. Lilis Asyura binti Mohd Yatim
AJK Venture AKRAB MINDEF

📌 SIMPOSIUM AKRAB KEMENTERIAN PERTAHANAN TAHUN 2026Pada 11 Jun 2026 (Khamis), telah berlangsung dengan jayanya Simposium...
12/06/2026

📌 SIMPOSIUM AKRAB KEMENTERIAN PERTAHANAN TAHUN 2026

Pada 11 Jun 2026 (Khamis), telah berlangsung dengan jayanya Simposium AKRAB Kementerian Pertahanan Tahun 2026 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur dengan tema “3P: Profesional, Prihatin & Proaktif”.

Program anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan ini telah menghimpunkan ahli-ahli AKRAB dan warga Kementerian Pertahanan bagi memperkukuhkan peranan AKRAB sebagai rakan pembimbing yang berkesan dalam organisasi.

Majlis telah dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan, nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam, bacaan ikrar serta bacaan doa. Seterusnya, majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pertahanan.

Antara pengisian utama simposium adalah Forum “Di Sebalik Sesi Bimbingan, Kisah, Cabaran dan Intervensi Berkesan Ahli AKRAB” yang menampilkan panel-panel berpengalaman iaitu:

🎙️ Moderator
• En. Azmi bin Mohamed Demyati

🎙️ Ahli Panel
• Pn. Norshila binti Ahmad Azizi
• En. Suhaili bin Sulaiman
• Pn. Nor Hayati binti Ahmad Mokhtar

🎙️ Penceramah
• Pn. Shazila binti Shariff Khan

Forum ini telah membuka ruang perkongsian pengalaman, cabaran serta pendekatan intervensi yang berkesan dalam membantu warga organisasi menghadapi pelbagai isu psikologi dan kesejahteraan emosi.

Turut berlangsung ialah penyampaian Anugerah AKRAB Kementerian Pertahanan, pelancaran Portal Pengurusan Kualiti AKRAB serta laman sesawang rasmi AKRAB Kementerian Pertahanan, sebagai usaha memperkukuhkan sistem pengurusan dan jaringan komunikasi AKRAB pada masa hadapan.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu, aktiviti energizer dan ceramah bertajuk “Empati Membina Kekuatan Emosi” yang memberi pendedahan mengenai kepentingan empati dalam membentuk kesejahteraan mental dan hubungan interpersonal yang positif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, panel forum, urus setia, ahli jawatankuasa serta seluruh ahli AKRAB dan peserta yang telah memberikan komitmen dan sokongan sepanjang penganjuran program ini.

Semoga Simposium AKRAB Kementerian Pertahanan Tahun 2026 menjadi pemangkin kepada pengukuhan budaya kerja yang sihat, penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta pembentukan warga organisasi yang lebih profesional, prihatin dan proaktif.





UCAPAN TAKZIAHDengan penuh rasa dukacita, warga AKRAB Kementerian Pertahanan (MINDEF) merakamkan ucapan takziah atas pem...
10/06/2026

UCAPAN TAKZIAH

Dengan penuh rasa dukacita, warga AKRAB Kementerian Pertahanan (MINDEF) merakamkan ucapan takziah atas pemergian sahabat dan ahli AKRAB yang dihormati,

Mendiang Encik Yoharaaj a/l Velosamy
AKRAB Kedah/P.Pinang/Perlis
Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
Markas Wilayah Laut 3, Kementerian Pertahanan

Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh keluarga, rakan sekerja serta warga AKRAB MINDEF.

Kami menzahirkan rasa simpati dan belasungkawa yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Jasa, dedikasi dan kenangan bersama mendiang akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Salam takziah daripada seluruh warga AKRAB MINDEF.

“Pergi tidak kembali, namun jasa dan kenangan akan sentiasa terpahat di hati.”

HEBAHAN JEMPUTAN KE PROGRAM SIMPOSIUM AKRAB KEMENTERIAN PERTAHANAN TAHUN 2026Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sukacit...
09/06/2026

HEBAHAN JEMPUTAN KE PROGRAM SIMPOSIUM AKRAB KEMENTERIAN PERTAHANAN TAHUN 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Simposium AKRAB Kementerian Pertahanan Tahun 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Auditorium Wisma Pertahanan

Program ini bakal menampilkan sesi bual bicara, perkongsian ilmu serta cabutan bertuah yang pastinya memberi manfaat dan inspirasi kepada semua peserta.

Sehubungan itu, kehadiran semua Ahli AKRAB Kementerian Pertahanan amatlah dialu-alukan bagi bersama-sama memeriahkan program ini serta sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada warga AKRAB yang sentiasa komited dalam membudayakan perkhidmatan psikologi, kesejahteraan dan semangat kesukarelawanan di kementerian.

Marilah kita bersama-sama meraikan peranan dan sumbangan AKRAB dalam memperkukuhkan budaya kerja yang positif, prihatin dan proaktif selaras dengan tema program:

“3P: Profesional, Prihatin & Proaktif”

Jumpa anda di Simposium AKRAB 2026!




🌟 SEKALUNG TAHNIAH 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan W Norlida Binti W Ismail atas pelantikan sebagai Ahli ...
14/05/2026

🌟 SEKALUNG TAHNIAH 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan W Norlida Binti W Ismail atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Publisiti dan Multimedia merangkap Penyelaras Negeri AKRAB Kementerian Pertahanan bagi Negeri Terengganu dan Kelantan bagi sesi 2025/2026

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam memperkukuhkan peranan AKRAB serta menyumbang idea, komitmen dan khidmat bakti yang terbaik kepada organisasi.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus maju jaya dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan.

Ikhlas daripada
Cawangan Pengurusan Psikologi &
Jawatankuasa AKRAB Kementerian Pertahanan
Sesi 2025/2026

Address

Wisma Pertahahan, Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
53000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share