16/05/2022
MISI LONDON CRAFT WEEK 2022 (LCW) & MARKETING INTELLIGENT
9 - 15 MEI 2022
LONDON, UNITED KINGDOM
🇬🇧 🇲🇾
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah seminggu saya berada di kota London, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan bersama empat pegawai Kraftangan Malaysia. Lawatan kerja ini bersama delegasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke London Craft Week 2022 (LCW) dalam membantu menyelaras aktiviti pameran (guided tour) dan persiapan London Craft Week 2022 dan aktiviti penerokaan pasaran antarabangsa, kajian pasaran dan pembangunan produk baru yang turut diadakan di sana. Kami turut mengadakan lawatan ke pameran negara-negara lain yang turut sama menyertai London Craft Week 2022.
Saya amat berbangga penyertaan Kraftangan Malaysia dalam program ini kerana dapat mengetengahkan keunikan produk-produk kraf tempatan khususnya produk Tenunan Pahang dan berpeluang untuk terus menyelidik dalam aspek trend pasaran dan produk serta mendapat pendedahan secara langsung aliran semasa dan kehendak pasaran antarabangsa. Selain itu, melalui program ini juga dapat mempromosikan produk kraf Malaysia di persada antarabangsa serta memperkenalkan produk kraf Malaysia yang berkualiti tinggi setanding dengan negara-negara lain. Terima kasih kepada Kraftangan Malaysia yang telah bersama-sama membuat persiapan dalam misi lawatan ke London dan pihak Kementerian yang meluluskan misi lawatan ini.
Sekian.
Saya yang menjalankan amanah,
-AIDIDAH IBRAHIM🌸-