13/06/2026
Selangor terus komited ke arah kelestarian air dan masa depan rendah karbon 🌿💧
Sambutan Hari Air Sedunia 2026 & Hari Rendah Karbon Peringkat Negeri Selangor telah dirasmikan oleh YB Jamaliah Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor.
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) diwakili oleh Wakil Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ts. Noor Azmi Mat Said, bersama Naib Presiden YIM, Puan Nur Fadzlina Mahamad Razi serta pegawai-pegawai YIM yang lain bagi menyokong agenda kelestarian air negara.
Kerjasama strategik bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ini membangunkan Model Komuniti Lestari Berasaskan Air di Bestari Jaya melalui pendekatan ESG, ekonomi kitaran, teknologi pemantauan air dan konsep Living Lab sebagai platform inovasi dan rujukan kelestarian.