Biro Sukarelawan, NGO & Khidmat Masyarakat Srikandi Kelantan

Biro Sukarelawan, NGO & Khidmat Masyarakat Srikandi Kelantan Sebuah biro di bawah kendalian Srikandi BERSATU Negeri Kelantan.

1). Intipati Teks Ucapan YAB Perdana Menteri Mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) Pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Pa...
30/07/2021

1). Intipati Teks Ucapan YAB Perdana Menteri Mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) Pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Yang Berlangsung Di Dewan Rakyat Pada
26 Julai 2021.

2). Prestasi semasa ekonomi Malaysia

Kenyataan Media oleh Srikandi BERSATU Negeri Kelantan mengenai pengumuman KPM berhubung pengambilan khas guru secara bes...
21/06/2021

Kenyataan Media oleh Srikandi BERSATU Negeri Kelantan mengenai pengumuman KPM berhubung pengambilan khas guru secara besar-besaran.

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝑶𝑵𝑬-𝑶𝑭𝑭 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

𝐒𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐝𝐢 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Datuk Dr. Radzi Jidin mengenai pengambilan khas 18,702 guru secara one-off yang akan bermula pada bulan Julai ini.

Pengambilan guru secara besar-besaran ini diperlihatkan dapat membantu menyelesaikan masalah pengangguran graduan dan kekurangan guru yang berlaku sejak tahun 2016. Usaha KPM ini pastinya dapat memberi pelbagai manfaat terutamanya bagi menghadapi masalah kekurangan guru di luar bandar khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Walaupun negara berdepan dengan pelbagai cabaran disebabkan pandemik COVID-19, 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 dapat membuktikan kejayaan mereka dalam melaksanakan salah satu 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 melalui penyediaan pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat. Semoga inisiatif yang baik ini dapat diteruskan untuk masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

NOR AINA BINTI ZAKARIA
KETUA SRIKANDI BERSATU NEGERI KELANTAN

21 Jun 2021, Kota Bharu

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biro Sukarelawan, NGO & Khidmat Masyarakat Srikandi Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Biro Sukarelawan, NGO & Khidmat Masyarakat Srikandi Kelantan:

Share