21/12/2025
Semalam berlangsung dengan penuh semangat dan aura luar biasa!
Anjuran Pergerakan Pemuda W.P, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Perseketuan, Dato’ Alif, bersama barisan Pemuda UMNO W.P. telah menggegarkan jalan raya ibu kota menerusi konvoi Ride In motosikal ke Heritage Valley, Kuala Lumpur, bersempena KL Bike Week 2025.
Program ini bukan sekadar konvoi, malah turut membuka ruang perkongsian idea apabila rombongan sempat meluangkan masa dalam sesi podcast di mana Dato' KPN yang juga merupakan panel podcast membincangkan komuniti, minat anak muda dan budaya permotoran yang semakin berkembang.
Sambutan KL Bike Week 2025 nyata mantap dan luar jangkaan, membuktikan acara ini diterima baik oleh peminat motosikal dari pelbagai latar belakang. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada Pemuda Wilayah di atas penganjuran yang tersusun dan bertenaga.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Fried Chicken yang sudi berkongsi rezeki dan tampil sebagai penaja kami, sekaligus memeriahkan lagi program ini. Alhamdulillah.
-InKLBikeWeek
.P