17/03/2026
*SESI LIBAT URUS OPS CEGAH PERKESO KUALA LUMPUR DENGAN KERJASAMA JKKP KUALA LUMPUR TAHUN 2026*
Pejabat PERKESO Kuala Lumpur telah melaksanakan Sesi Libat Urus OPS Cegah 2026 pada 17 Mac 2026 (Selasa) bertempat di Wisma PERKESO Kuala Lumpur. Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sesi libat urus ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah PERKESO Kuala Lumpur, En. Mohamad Haron Bin Othman, dan turut dihadiri oleh:
Ir. Ts. Hajah Habsah Binti Md Ishak (Pengarah JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Tn. Haji Zamzuri Bin Md Nor (Timbalan Pengarah (Operasi) JKKP), En. Harun Bin Bakar (Ketua Cawangan Pencegahan Ibu Pejabat PERKESO) dan Pn. Zarith Afzan Binti Zainal (Ketua Unit Keselamatan Industri Ibu Pejabat PERKESO).
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 40 majikan dan 59 peserta.
*Objektif Program* :
• Meningkatkan kesedaran keselamatan di jalan raya dan tempat kerja dalam kalangan warga kerja
• Memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pandangan melalui sesi dialog dua hala
*Impak dan Harapan* :
Pelaksanaan program ini bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan pekerja, malah menjamin kelestarian sosioekonomi masyarakat melalui pengukuhan budaya kerja yang selamat dan sihat.
Besarlah harapan PERKESO dan JKKP agar program ini dapat memberi kesedaran kepada majikan untuk memainkan peranan dalam mencegah kemalangan di jalan raya dan tempat kerja.
Inisiatif ini selaras dengan matlamat ‘Vision Zero PERKESO’, iaitu sasaran sifar kemalangan sebagai asas kepada kesejahteraan menyeluruh pekerja dan majikan.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak majikan yang hadir serta memberikan komitmen terhadap kejayaan program ini.