Keadilan Bandar Tun Razak

Keadilan Bandar Tun Razak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Keadilan Bandar Tun Razak, Political Party, 41-1, Jalan Dwitasik 1 , Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

KEADILAN BANDAR TUN RAZAK

Cabang Bandar Tun Razak | Membina Malaysia Madani bersama rakyat

Ikuti kami untuk info semasa, program komuniti & suara keadilan setempat demi kesejahteraan & keadilan untuk semua

Kita semua ada memory tersimpan ♥️♥️
13/05/2026

Kita semua ada memory tersimpan ♥️♥️

Begitulah….
13/05/2026

Begitulah….

Nik Zawawi ni sebenarnya nak serang Anwar Ibrahim, tapi Allah hina dia sehina hina darjat, itu pengajaran yang tersirat.

Jomzzz…
12/05/2026

Jomzzz…

Berita baik untuk semua‼️

Kiosk Telekesihatan kini berada di Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bagi memudahkan orang ramai melakukan saringan kesihatan dengan lebih pantas dan efisien. Kiosk ini direka khas untuk memberikan akses mudah kepada komuniti bagi memantau tahap kesihatan kendiri secara digital.

Berikut adalah butiran mengenai perkhidmatan ini:
Waktu Operasi;
📌Hari: Setiap Rabu
📌Masa: 9.00 Pagi – 5.00 Petang

Fungsi dan Parameter Kesihatan
Kiosk ini membolehkan anda melakukan pelbagai pemeriksaan kesihatan asas hanya dalam masa beberapa minit. Antara parameter yang boleh diukur termasuklah:

- Ketinggian & Berat Badan: Untuk pemantauan fizikal yang tepat.
- Komposisi Badan: Menganalisis lemak dan struktur badan.
- Suhu Badan: Pemeriksaan suhu automatik.
- Tekanan Darah: Memantau tahap tekanan darah semasa.
- Tahap Oksigen dalam Darah: Mengukur kadar tepuan oksigen (SpO2).

Kelebihan Menggunakan Kiosk Ini
- Laporan Automatik: Selepas pengukuran dilakukan, laporan kesihatan akan dimuat naik secara automatik ke dalam aplikasi BIG Pharmacy.
- Mudah & Pantas: Tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan keputusan asas kesihatan anda.
- Digital: Anda boleh mengakses rekod kesihatan anda pada bila-bila masa melalui peranti pintar.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyemak tahap kesihatan anda secara percuma dan mudah setiap hari Rabu.

Jaga diri, jaga kesihatan!
- pesan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak; Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail



Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Komuniti MADANI Parlimen ...
10/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Komuniti MADANI Parlimen Bandar Tun Razak hari ini. 👏🇲🇾

Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dalam memperkukuh hubungan komuniti, menyantuni rakyat dan membawa semangat MADANI terus dekat dengan masyarakat setempat.

🔹 Pengerusi Komuniti MADANI Bandar Tun Razak / Subzone 1
Kapten Bersekutu (PA) Jonathan Vela
Naib Ketua Keadilan Cabang Bandar Tun Razak

🔹 Subzone 2
Yogeswary A/P Sveloo
Ketua Komunikasi Keadilan Cabang Bandar Tun Razak

🔹 Subzone 5
Amarul Hisham Bin Jamil
Timbalan Ketua AMK Cabang Bandar Tun Razak

🔹 Subzone 6
Hanif Bin Lokman Hakim
Pengarah Strategi Keadilan Cabang Bandar Tun Razak

Selamat menjalankan amanah demi kesejahteraan komuniti Bandar Tun Razak. 💙

Kasih seorang ibu tidak pernah meminta balasan… Namun pengorbanannya menjadi kekuatan dalam setiap langkah kehidupan ❤️S...
10/05/2026

Kasih seorang ibu tidak pernah meminta balasan… Namun pengorbanannya menjadi kekuatan dalam setiap langkah kehidupan ❤️

Selamat Hari Ibu buat seluruh insan bergelar ibu.

Terima kasih kerana menjadi sumber kasih sayang, doa dan inspirasi tanpa henti.

Ikhlas daripada,
Datuk Azman Abidin
Pengerusi MPN Keadilan Wilayah Persekutuan
Ketua Cabang Keadilan Bandar Tun Razak 🌹

Terima kasih PMX 🫡
06/05/2026

Terima kasih PMX 🫡

Terima kasih YB yang prihatin ♥️
06/05/2026

Terima kasih YB yang prihatin ♥️

27 tahun bukan perjalanan mudah. Dari jalanan Reformasi…ke pentas pemerintahan negara.Dulu suara rakyat dipadam, hari in...
05/05/2026

27 tahun bukan perjalanan mudah. Dari jalanan Reformasi…ke pentas pemerintahan negara.

Dulu suara rakyat dipadam, hari ini suara rakyat memimpin.

Perjuangan ini bukan tentang seorang individu, tetapi tentang maruah, keadilan dan masa depan Malaysia 🇲🇾

Dari pengorbanan… dari air mata… akhirnya lahir sebuah harapan yang menjadi realiti.

Presiden KEADILAN kini Perdana Menteri Malaysia. Ini bukan kebetulan. Ini hasil perjuangan yang tidak pernah berhenti.

Reformasi bukan sekadar slogan, ia telah direalisasikan.

KEADILAN milik kita semua.Bersama kita bina Malaysia yang lebih adil, inklusif dan progresif.Jangan tunggu perubahan, ja...
04/05/2026

KEADILAN milik kita semua.

Bersama kita bina Malaysia yang lebih adil, inklusif dan progresif.

Jangan tunggu perubahan, jadi sebahagian daripadanya hari ini.
Daftar sekarang. Suara anda, masa depan kita. ✊🏻

Selamat Hari Pekerja 2026 buat seluruh warga kerja di Malaysia 🇲🇾 Setiap usaha, keringat dan pengorbanan anda adalah nad...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 buat seluruh warga kerja di Malaysia 🇲🇾

Setiap usaha, keringat dan pengorbanan anda adalah nadi kepada pembangunan negara. Tidak kira di mana anda berada, anda semua adalah wira sebenar yang menggerakkan Malaysia ke hadapan.

Dengan semangat Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa, marilah kita terus bekerja dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kebersamaan demi masa depan yang lebih gemilang.

Address

41-1, Jalan Dwitasik 1 , Bandar Sri Permaisuri
Kuala Lumpur
56000KUALALUMPUR

Telephone

+60391724200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Bandar Tun Razak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Keadilan Bandar Tun Razak:

Share