01/06/2021
Sudah berapa kali MCO dilaksanakan tetapi masih ada majikan/senior managers/middle managers tidak faham (ataupun pura-pura tak faham) maksud SOP (standard operating procedures) kehadiran 20% ke tempat kerja dan ini masih berlaku di syarikat-syarikat ternama di Malaysia. Sila maklum:
1) 20% kehadiran BUKAN dikira dalam satu department sahaja. Perlu dikira secara keseluruhan dalam satu premis/pejabat.
2) 20% adalah maksimum. Bukan perlu ada di premis/pejabat pada satu masa 20%. Kalau sorang pun tak pergi ke pejabat, lagi bagus. Ini menunjukkan syarikat itu sudah efficient dan boleh jadi produktif secara independant.
3) Pergi pejabat atas urusan PERLU berada di pejabat secara fizikal sahaja. Contoh: sistem belum dimuatnaik secara online jadi perlu ke pejabat untuk execute kerja. Ataupun server down, technician perlu ke pejabat untuk perbetulkan server dan sebagainya. Kalau semua boleh dibuat secara online dan dari rumah, tak perlulah untuk pergi ke pejabat. Asalkan kerja jalan walau dimana pun tempat bekerja.
4) Semua mesyuarat mesti dilaksanakan melalui Online. Mesyuarat secara fizikal bersama orang lain adalah TIDAK DIBENARKAN.
Ramai majikan (managers & HR department) gagal dalam percubaan untuk "break the chain of this pandemic" atas sebab berikut:
1) Nak tunjuk department rajin dan konon banyak kerja pada big boss. Akan tetapi manager ini hanya kerah orang bawahan pergi pejabat. Dia sendiri tidak muncul. Kalau muncul pun hanya datang tak sampai setengah jam pada waktu pagi kemudian keluar entah ke mana sehingga hampir waktu untuk punch out. Ini yang dinamakan Abuse of Power dan sangat tidak produktif sebab kerja tidak jalan.
2) Tidak peka dan kurang faham serta tidak peduli terhadap SOP lockdown.
3) Tidak faham atau tidak peduli objektif dan inisiatif kerajaan untuk hapuskan wabak Covid-19.
4) Majikan/Manager tiada sifat empati.
HR Department perlu tegas saring semua pengeluaran surat kebenaran bekerja di pejabat. Mintak cukup maklumat dan bukti sebab-sebab dan apa perlunya sangat pekerja pergi ke pejabat. HR Department juga perlu keluarkan Company Policy & HR SOP mengenai bekerja di pejabat serta jadual berkala sanitasi premis selagi wabak Covid-19 masih wujud. Kalau ada keperluan berada di pejabat, pastikan dibahagikan sama rata antara pekerja didalam department tersebut (termasuk Ketua Jabatan juga), bukannya seorang sahaja yang perlu ke pejabat, sila ada jadual alternate work at office & work from home (perlu bersikap adil). Ini semua tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin (no health hazard). Sebagai rakyat kita patuh SOP, jadi, mainkan peranan sebagai majikan memandangkan peratusan rakyat yang dijangkiti wabak Covid-19 daripada tempat kerja juga tinggi. Ingat, matlamat kita semua nak hapuskan wabak Covid-19.
Kalau tak faham, jangan malu bertanya hanya kerana pangkat "Manager". Lebih patut rasa malu kalau tak tahu dan buat salah. Jangan aniaya pekerja. Kalau pekerja positif Covid-19, boleh juga berjangkit pada keluarganya...renungkanlah kalau ada anak kecil, warga emas atau isteri mengandung terkena jangkitan. Nauzubillah minta disimpang...semoga kita semua dilindungi dari wabak covid-19 & penyakit2 kronik, kuatkanlah kesihatan kami. Aamiin ya rabbal aalamiin.