20/03/2026
Alunan takbir yang bergema pada malam ini menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan hadirnya Syawal yang mulia.
Semoga segala amalan yang telah dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT serta segala kekhilafan diampuni.
Pihak sekolah dengan penuh rasa hormat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga sekolah, para ibu bapa serta komuniti setempat.
Maaf Zahir dan Batin.
Andai terdapat salah dan silap sepanjang pergaulan, tutur kata mahupun dalam urusan, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.
Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan terus mengeratkan hubungan silaturahim antara kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri π
Ikhlas daripada:
Pentadbir & Warga Sekolah
SMKBTR