Umno-Platinum Hill Condo

Umno-Platinum Hill Condo Bersatu Bersetia Berkhidmat

11 September 2026 | JumaatWangsa Maju hadir Perhimpunan Agung UMNO Day - 3.          Kredit: Penerangan UMNO Platinum Hi...
13/09/2026

11 September 2026 | Jumaat

Wangsa Maju hadir Perhimpunan Agung UMNO Day - 3.







Kredit: Penerangan UMNO Platinum Hill Condo

09/09/2026

9 September 2026 | Rabu

Perhimpunan Agung UMNO 2026 - Day 1








Kredit : Penerangan Cawangan UMNO Platinum Hill Condo

28/08/26 | JumaatYBhg Datuk Seri Dr. Hj. Mohd Shafei Bin Abdullah bersama YBhg. Dato’ Lokman Noor Bin Adam telah hadir k...
28/08/2026

28/08/26 | Jumaat

YBhg Datuk Seri Dr. Hj. Mohd Shafei Bin Abdullah bersama YBhg. Dato’ Lokman Noor Bin Adam telah hadir ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia yang berlangsung di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Mesyuarat ini menjadi antara medan penting kepimpinan tertinggi parti dalam membincangkan hala tuju serta gerak kerja UMNO dalam menghadapi agenda-agenda besar parti yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Tumpuan kini pastinya turut terarah kepada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang bakal berlangsung pada 9 hingga 12 September ini. PAU 2026 bukan sekadar perhimpunan tahunan, malah menjadi medan penting untuk memperkukuh kesatuan, menyusun gerak kerja serta memperteguhkan iltizam seluruh kepimpinan dan akar umbi dalam mendepani cabaran politik semasa.

Dalam masa yang sama, persiapan menghadapi PRN Melaka turut menuntut kesiapsiagaan seluruh jentera parti. Kesatuan saf kepimpinan, kekuatan akar umbi serta gerak kerja yang tersusun perlu terus diperkasakan bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional berada pada tahap terbaik apabila tiba masanya untuk turun ke medan.

UMNO Wangsa Maju akan terus berdiri bersama kepimpinan parti, memperkukuh saf dan melaksanakan setiap amanah serta gerak kerja yang telah digariskan.

Insya-Allah, dengan kesatuan, disiplin dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur, kita terus mara membawa suara serta aspirasi rakyat.

Bersatu. Bersetia. Berkhidmat.
Demi agama, bangsa dan tanah air.







Kredit : Penerangan UMNO Cawangan Platinum Hill Condo

24 Ogos 2026 | IsninZIARAH KASIH | MENYANTUNI SAHABAT UMNO WANGSA MAJUYBhg. Datuk Seri Dr. Hj. Mohd Shafei Bin Abdullah,...
26/08/2026

24 Ogos 2026 | Isnin

ZIARAH KASIH | MENYANTUNI SAHABAT UMNO WANGSA MAJU

YBhg. Datuk Seri Dr. Hj. Mohd Shafei Bin Abdullah, diiringi YBhg. Dato' Lokman Noor Bin Adam, telah melapangkan masa menziarahi sahabat-sahabat UMNO Wangsa Maju yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ziarah pertama adalah Nor Akma (Abg Jack), Ahli UMNO Cawangan Taman Setapak Tengah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama isterinya. Alhamdulillah, keadaan Abg Jack dilihat stabil dan semakin menunjukkan perkembangan positif ke arah pemulihan.

Dalam masa yang sama, marilah kita bersama-sama mendoakan agar isteri beliau yang kini masih menerima rawatan rapi di ICU diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.

Ziarah kemudiannya diteruskan kepada Nor Azlan Mohd Jamir (Ucop), Ketua Cawangan Kg. Melayu Bumi Hijau yang kini sedang menerima rawatan dan dalam proses menjalani prosedur berkaitan masalah buah pinggang yang dihadapinya.

Kehadiran YBhg. Datuk Seri Dr. Hj. Mohd Shafei dan YBhg. Dato' Lokman bukan sahaja untuk bertanya khabar, malah sebagai tanda ingatan, keprihatinan dan semangat persaudaraan yang sentiasa terjalin dalam keluarga besar UMNO Wangsa Maju.

Sahabat ketika senang kita bersama, sahabat ketika diuji tetap kita santuni.

Semoga Abg Jack, isteri beliau serta Ucop diberikan kekuatan dan dikurniakan syifā’an ‘ājilan, syifā’an lā yughadiru saqaman — kesembuhan yang sempurna dan berpanjangan, insya-Allah.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.





Salam Maulidur Rasul 1448H.           Kredit: Penerangan UMNO Cawangan Platinum Hill Condo
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H.







Kredit: Penerangan UMNO Cawangan Platinum Hill Condo

Address

Pusat Aktiviti Masyarakat Jalan Melati Utama
Kuala Lumpur
53100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umno-Platinum Hill Condo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share