26/04/2022
Sebak sayu rasa tengah malam semalam di Jakarta. Terjumpa anak-anak hidup di jalanan kecil menari di jalan sambil bawa tabung. Bila berbual dengar nasib hidup mereka terasa sedih. Seorang adik ni cari rezeki bantu mak dan adik-adik. Baru 8 tahun. Bila cerita tentang ayah menangis. Ayahnya meninggal dunia kemalangan. Ada seorang remaja perempuan 11 tahun p**a ibu bapa bercerai kini tinggal dengan ibu di jalanan.
Adik-adik lapar tak? Lapar Ustaz. Seorang tu kenal saya. Katanya selalu lihat di tik tok ustaz membantu orang. Kami belikan nasi goreng ayam. Selepas itu lihat tempat tinggalnya di jalanan. Rasa kasihan sangat. Mereka tak minta dilahirkan dimana dan siapa ibubapa mereka. Tapi nampak anak ni berusaha kuat mencari rezeki buat ibu dan adik-adik.
Hari ni saya bawa mereka shoping baju raya dan kasut. Menangis sebak waktu solat dengan mereka di bilik hotel saya. Ajak mereka berehat di hotel. Baru duduk di sofa terlelap tidur. Allahuakbar. Semoga Allah bantu dan capaikan cita-cita mereka. Ada yang nak jadi cikgu, pemain bola,askar, doktor.
Cerdik pandai anak ini. Teringat anak di rumah. Saat kita tidur lena dan makan sedap ada orang diuji begini.