04/09/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐃𝐑𝐄𝐍’𝐒 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐎𝐅 𝐅𝐔𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘, 𝐒𝐇𝐀𝐍𝐆𝐇𝐀𝐈, 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐀𝐙𝐈𝐙𝐀𝐇🇲🇾🤝🇨🇳
Hospital Tunku Azizah (HTA) berbesar hati menerima kunjungan Mr. David Men, Chief International Operations Officer, Children’s Hospital of Fudan University, Shanghai, China pada 3 September 2026 bagi sesi lawatan dan pertukaran ilmu.
Lawatan ini membuka ruang kepada perkongsian pengalaman, kepakaran dan amalan terbaik dalam perkhidmatan kesihatan pediatrik, selain mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan serta fasiliti yang disediakan oleh kedua-dua institusi.
Antara pengisian lawatan termasuk:
‣ Pembentangan Pengenalan Hospital Tunku Azizah
‣ Pengenalan Jabatan Pediatrik
‣ Pengenalan Children’s Hospital of Fudan University
‣ Lawatan ke Wad 9D, Unit Neonatal dan Klinik Pediatrik HTA
🤝 Sesi ini diharapkan dapat membuka ruang untuk meneroka potensi kerjasama pada masa hadapan dalam bidang pediatrik, neonatal, latihan dan perkongsian kepakaran antara kedua-dua institusi.
Semoga kunjungan ini memberi manfaat dalam usaha bersama memperkasa perkhidmatan kesihatan kanak-kanak di peringkat nasional dan antarabangsa.