Kor Kesihatan Diraja Page

Kor Kesihatan Diraja Page Kor Kesihatan Diraja adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia

Jom bersama-sama menyaksikan detik peluncuran Aplikasi MyZULU Health dan Program Kesihatan Sosial dan Kerohanian Organis...
14/09/2026

Jom bersama-sama menyaksikan detik peluncuran Aplikasi MyZULU Health dan Program Kesihatan Sosial dan Kerohanian Organisai (KSKO).
Kedua-dua inisiatif ini adalah satu langkah ke arah transformasi kesihatan yang lebih digital, tersusun dan menyeluruh! 💪🩺
Ianya yang bakal diluncurkan secara rasminya pada:
📅 19 September 2026
⏰ 0930 – 1030H
📍 Pangkalan TLDM, Lumut
Mari bersama-sama memeriahkan majlis peluncuran ini!

Jom bersama-sama menyaksikan detik peluncuran Aplikasi MyZULU Health dan Program Kesihatan Sosial dan Kerohanian Organis...
13/09/2026

Jom bersama-sama menyaksikan detik peluncuran Aplikasi MyZULU Health dan Program Kesihatan Sosial dan Kerohanian Organisai (KSKO).

Kedua-dua inisiatif ini adalah satu langkah ke arah transformasi kesihatan yang lebih digital, tersusun dan menyeluruh! 💪🩺

Ianya yang bakal diluncurkan secara rasminya pada:

📅 19 September 2026
⏰ 0930 – 1030H
📍 Pangkalan TLDM, Lumut

Mari bersama-sama memeriahkan majlis peluncuran ini!

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INSTITUT PERUBATAN PENERBANGAN KE KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATANKUALA LUMPUR, 1 Sept 26...
06/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INSTITUT PERUBATAN PENERBANGAN KE KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN

KUALA LUMPUR, 1 Sept 26 – Pengarah Institut Perubatan Penerbangan (IPP), Brig Jen (Dr) Rosli bin Kolob telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK), Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh. Kunjungan tersebut merupakan kunjungan sulung beliau kepada selepas mengambil alih pemerintahan IPP, selain menjadi kesempatan untuk mendapatkan pandangan dan amanat kepimpinan dalam melaksanakan tanggungjawab menerajui pasukan.

Dalam pertemuan tersebut, KPPK telah menerima perkembangan semasa berkaitan pengoperasian dan pelaksanaan perkhidmatan di IPP, termasuk aspek perubatan penerbangan serta perkara-perkara berkaitan kesiapsiagaan dan pembangunan keupayaan institut. Perbincangan turut memberi ruang kepada kedua- dua pihak untuk menyampaikan pandangan dan penekanan terhadap hala tuju perkhidmatan perubatan penerbangan selaras dengan keperluan semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kunjungan hormat tersebut mencerminkan hubungan profesional serta rantaian pemerintahan yang erat antara kepimpinan organisasi dalam memastikan pelaksanaan perkhidmatan perubatan penerbangan sentiasa berada pada tahap yang optimum. Kunjungan diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai tanda penghargaan.

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2026 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK), Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh te...
06/09/2026

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2026 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK), Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) yang disambut oleh Ketua Pengarah BPKP, Brig Jen Dato’ Pahlawan Ts. Fazillah bin Ibrahim. Turut hadir mengiringi kunjungan hormat tersebut ialah Brig Jen (Dr) Faridzal Harrymen bin Mohd Din, Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan serta kerjasama strategik antara Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) dan BPKP, khususnya dalam menyokong pelaksanaan perkhidmatan serta keperluan fasiliti kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam kesempatan tersebut, kunjungan hormat ini turut menjadi salah satu wadah bagi menzahirkan penghargaan dan mengeratkan hubungan profesional antara kedua-dua pihak, lebih-lebih lagi bersempena dengan KPPK yang bakal menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi.

Selain itu, kunjungan hormat ini turut menjadi platform bagi memperkukuh persefahaman dan kerjasama antara kedua-dua bahagian dalam memastikan aspek perkhidmatan kejuruteraan serta fasiliti kesihatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

Kunjungan diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati antara kedua-dua pihak sebagai tanda penghargaan serta simbolik hubungan kerjasama yang erat dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan dan sokongan teknikal kepada warga ATM.

🔥 JOM MERIAHKAN KKD MOVES 26 🔥Pelbagai aktiviti menarik menanti anda — Pameran FAST, Cabaran CPR, Saringan Kesihatan, Va...
05/09/2026

🔥 JOM MERIAHKAN KKD MOVES 26 🔥

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda — Pameran FAST, Cabaran CPR, Saringan Kesihatan, Vaksinasi & banyak lagi! 💥

🚨 Tempat semakin terhad — jangan tunggu lagi!

⏰ Pendaftaran ditutup pada 7 SEP 2026 (Isnin ini)

Daftar sekarang sebelum terlambat!

KUNJUNGAN HORMAT AKS J9 KE HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN (HTAA), KUANTANKUANTAN, 1 September 2026 – Bahagian J9, Markas A...
04/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT AKS J9 KE HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN (HTAA), KUANTAN

KUANTAN, 1 September 2026 – Bahagian J9, Markas Angkatan Bersama telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara perkhidmatan kesihatan ketenteraan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Delegasi telah diketuai oleh Brig Jen (Dr) Shamsul Bahary bin Muhamad, selaku Asisten Ketua Staf J9, bersama pegawai dan staf Bahagian J9, Markas Angkatan Bersama. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Dr Sarifuddin bin Saad, Pengarah HTAA, bersama Dr Rafidah binti Mohd Salleh, Timbalan Pengarah Perubatan 2, dan Encik Boniface Basin anak Nyirob, Timbalan Pengarah Pengurusan HTAA.

Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara perkhidmatan kesihatan ATM dengan HTAA melalui perkongsian kepakaran, latihan bersama dan penyelarasan tindak balas perubatan ketika kecemasan serta bencana. Delegasi turut diberikan penerangan mengenai keupayaan dan pengoperasian HTAA sebagai hospital rujukan utama di Pahang, selaras dengan pendekatan whole-of-government dan whole-of-society dalam memperkukuh kesiapsiagaan kesihatan negara. Inisiatif ini turut membuka ruang kepada pembangunan kerjasama strategik yang lebih luas pada masa hadapan.

🎉 SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN 🎉Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada Jeneral Tan Sri A...
04/09/2026

🎉 SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN 🎉

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat.

Semoga Allah SWT mengurniakan Yang Berbahagia Tan Sri keberkatan usia, kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui Tentera Darat serta terus cemerlang berbakti demi agama, bangsa dan negara.

Tulus Ikhlas Daripada:

LT JEN DATO’ (DR) ZULKEFFELI BIN MAT JUSOH
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN
DAN WARGA KOR KESIHATAN DIRAJA


MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI DAN ANGGOTA LAIN - LAIN PANGKAT BAHAGIAN PERKHIDMATAN KESIHATANKUALA LUMPUR, 27 Ogos 20...
03/09/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI DAN ANGGOTA LAIN - LAIN PANGKAT BAHAGIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2026 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK), Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat melibatkan 1 Pegawai dan 10 anggota lain - lain pangkat Kor Kesihatan Diraja.

Majlis pemakaian pangkat tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan mereka dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.

KPPK turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua terlibat yang dinaikkan pangkat serta berharap agar terus mengekalkan prestasi cemerlang dan komited dalam menjalankan tugas demi kecemerlangan organisasi.

Turut hadir ialah Pegawai Memerintah HAT TM dan Pegawai Memerintah 94 HAT.

SESI TOWNHALL DAN  PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATANKUALA LUMPUR, 27 Ogos 2026 – Bahag...
03/09/2026

SESI TOWNHALL DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2026 – Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) telah menganjurkan Sesi TownHall sebagai platform interaksi dan perkongsian pandangan antara warga BPK bagi membincangkan isu serta permasalahan yang dihadapi dalam pelbagai aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan.

Sesi TownHall kemudiannya diteruskan dengan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan kepada 18 orang warga BPK yang terpilih.

Penghargaan ini diberikan sebagai tanda pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi, integriti dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab, di samping sumbangan mereka dalam memperkukuh kecemerlangan penyampaian perkhidmatan organisasi.

Address

Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Kementerian Pertahanan, Jalan Tekpi, Off Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kor Kesihatan Diraja Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share