RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
---------------------------------
(2)

RISDA berfungsi dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memainkan peranan penting dalam memperkasa dan menyokong pekebun kecil dalam industri getah. Ditubuhkan dengan matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi pekebun kecil getah, RISDA melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup pekebun kecil getah dan menggalakkan penanaman getah mapan.

14/06/2026

🤝 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐆𝐞𝐭𝐚𝐡, 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥

Program Kemakmuran Pekebun Kecil bukan sekadar program, tetapi bukti bahawa RISDA sentiasa dekat dengan komuniti pekebun kecil. ❤️🌱

Melalui pengagihan bakul makanan dan pelbagai inisiatif kebajikan, RISDA terus komited membantu pekebun kecil bukan sahaja dalam sektor getah, malah melalui pelbagai program bantuan yang disediakan.

Ada pertanyaan tentang bantuan RISDA? Jangan segan untuk hubungi pejabat RISDA berdekatan anda.

💪 RISDA Di Mana-Mana, Pekebun Kecil Di Hati.

14/06/2026

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun

"𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢." (𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐁𝐚𝐪𝐚𝐫𝐚𝐡: 𝟏𝟓𝟔)Seluruh Warga Kerja RISDA merakamkan...
13/06/2026

"𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢."
(𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐁𝐚𝐪𝐚𝐫𝐚𝐡: 𝟏𝟓𝟔)

Seluruh Warga Kerja RISDA merakamkan ucapan takziah kepada YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA serta seluruh ahli keluarganya di atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Hajah Ngainon binti Haji Kasmoin pada awal pagi ini.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-fatihah.

11/06/2026

ALHAMDULILLAH...
PERMULAAN YANG BAIK DI KG PAYA PASIR MARAN.

11 JUN 2026

Harga skrap yang menarik hari ini membuktikan bahawa hasil kebun getah masih mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pekebun kecil.

📍 Belian Getah Bergerak RISDA di Kg Paya Pasir ✅ 2 orang peserta ✅ Jumlah belian 1,395.00 kg ✅ Harga belian RM4.34/kg

Alhamdulillah, peserta terus menerima bayaran hasil jualan tanpa perlu bersusah payah menghantar ke pusat belian yang jauh.

📞 Berminat untuk menjual skrap? Hubungi En. Akmal (RPSB) 📱 011-1910 5979

Jom jual skrap kepada RISDA.
Komer terus ke kebun anda.💰🚚








RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐊𝐏 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐏𝐏 𝐌𝐔𝐀𝐑 / 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊 / 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓KHAMIS | 11 JUN 2026 | TANGKAKTimbalan Ketua Pengarah Pem...
11/06/2026

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐊𝐏 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐏𝐏 𝐌𝐔𝐀𝐑 / 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊 / 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓

KHAMIS | 11 JUN 2026 | TANGKAK

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan RISDA, YBrs. Encik Md Najip bin Ishak meneruskan siri lawatannya disini dengan mengadakan satu sesi perjumpaan bersama Penolong Pegawai Pertanian kawasan RISDA Daerah Muar / Tangkak dan RISDA Daerah Segamat bertempat di Pejabat RISDA Stesen Tangkak, Johor.

Sesi bersama warga kerja akar umbi di peringkat daerah ini dilaksanakan bagi membincangkan secara langsung pelaksanaan serta hala tuju inisiatif pembangunan yang dilaksanakan RISDA. Di sesi ini TKP Pembangunan turut memberi penerangan jelas berkenaan pelan strategik RISDA dalam mendepani pelbagai cabaran serta ketidaktentuan pada masa kini.

Sesi ini juga membuka ruang kepada pegawai dan kakitangan menyampaikan pandangan, cabaran serta cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan RISDA kepada pekebun kecil.

Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen tinggi RISDA dalam memastikan setiap program pembangunan dilaksanakan secara berkesan, selaras dengan keperluan semasa dan aspirasi pekebun kecil.

𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀, 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐀𝐑 / 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊KHAMIS | 11 JUN 2026...
11/06/2026

𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀, 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐀𝐑 / 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊

KHAMIS | 11 JUN 2026 | MUAR/TANGKAK

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, YBrs. Encik Md Najip bin Ishak hari ini mengadakan lawatan kerja ke RISDA Daerah Muar/Tangkak bagi meninjau pelaksanaan pelbagai inisiatif program pembangunan pekebun kecil di daerah ini.

Lawatan dimulakan di sebuah lot kebun getah di Kampung Serom yang menjadi lokasi aktiviti belian getah oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB). Pada hari ini, sebanyak 301.02 kilogram getah milik Tuan Haji Othman berjaya dijual pada harga RM4.70 sekilogram, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan beliau serta pekebun kecil di kawasan sekitar.

Delegasi seterusnya meneruskan lawatan ke Depo Pengumpulan Lateks Kampung Sagil bagi pelaksanaan Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK). Program tersebut diisi dengan taklimat aplikasi MyPK oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik bagi memperkukuh penggunaan teknologi digital dalam kalangan pekebun kecil.

Di lokasi sama, RPSB turut melaksanakan aktiviti demo pengiraaan peratus "Kandungan Getah Kering" serta pembelian lateks sebagai salah satu inisiatif RISDA untuk memastikan pekebun kecil memperoleh pulangan hasil yang lebih baik melalui penjualan lateks yang bernilai tinggi.

Turut hadir ialah Pengarah BPP; Tuan Haji Abd Rahim Hashim, Pengarah BPPT; Tuan Haji Ramlie Tumin, Pengarah BDPS; Tuan Haji Mohamad Asmizi Alias, Pengarah BBIP; Encik Esa Rahimin, Pengarah BTM; Encik Mohd Faizal Mohd Tajudin serta wakil PRB, Encik Wan Ahmad Muzzammil Arief.

Lawatan seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan RISDA melalui pelaksanaan program pembangunan yang berimpak tinggi seperti inisiatif Pembeli Getah Utama bagi memberi faedah langsung kepada pekebun kecil.

10/06/2026
10/06/2026
10/06/2026

RISDA PEMBELI GETAH UTAMA, SENTIASA BERSAMA PEKEBUN KECIL

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan daripada para pekebun kecil kepada RISDA dalam Program Pemasaran Getah. 🤝

Maklum balas positif daripada masyarakat menjadi pembakar semangat untuk RISDA terus memperkukuhkan perkhidmatan demi membantu meningkatkan kesejahteraan pekebun kecil.

Dengan pendekatan membeli hasil getah terus daripada pekebun, RISDA sentiasa berusaha memberikan kemudahan, ketelusan dalam urusan timbangan serta bayaran yang lebih mudah dan cepat.

💚 Dekat dengan pekebun
💚 Mudah urusan jualan getah
💚 Sentiasa turun padang membantu

RISDA bukan sekadar membeli hasil getah, tetapi terus bersama pekebun kecil dalam membina kehidupan yang lebih baik.

Jual getah dengan RISDA — rakan bersama pekebun kecil. 🌱





Address

Ibu Pejabat RISDA, KM 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067,, Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50990

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share