08/10/2024
https://www.facebook.com/share/ZmkU3zpSFUhz1SEH/?mibextid=WC7FNe
๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ช๐๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฃ๐ฒ๐บ๐ถ๐น๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต ๐๐๐บ๐ถ๐ฝ๐๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ
๐ง๐ฎ๐ฏ๐๐ป๐ด ๐ญ๐ฌ๐ฌ ๐๐ถ๐น๐น๐ถ๐ผ๐ป
1. Dengan keadaan dan cabaran semasa Malaysia hari ini. Kelompok Bumiputera jelas kelihatan berhadapan dengan kesan yang amat besar berhubung kait dengan kedudukan ekonomi semasa negara dengan polisi kerajaan hari ini yang kelihatan seperti hanya melepas batuk ditangga dan tidak ada dasar dan pelaksanaan yang aggresif untuk membangun ekonomi Bumiputera. Dengan Dasar Kesamarataan di bawah slogan Malaysia Negara Berbilang Kaum, kaum Bumiputera akan terus hanyut dan tengelam di bumi sendiri. Menang Sorak Kampong Tergadai akan berterusan kerana perkara pokok pembahagian kek ekonomi negara akan terus melebar kerana tumpuannya hanya kesamarataan di peringkat B40 sahaja.
2. Sekiranya, tiada sebarang Intervensi daripada kerajaan secara aggresif dalam memangkin pemilikan hartanah (property ownership) di kalangan Bumiputera, maka PUTRA yakin dalam tempoh 10 tahun lagi peratusan aset pemilikan hartanah akan terus turun mendadak, manakala Tanah Rezab Melayu hanya tinggal 12% sahaja mengikut laporan oleh pihak-pihak yang berwibawa. Banyak Tanah Rezab Melayu tidak di ganti walaupun ianya perkara wajib mengikut undang-undang negara. Kerajaan perlu mengambil serius perkara ini, kerana ianya melibatkan survival Bumiputera pada masa akan datang. Peristiwa di bumi Palestin dan nasib melayu Singapura wajar menjadi pengajaran.
3. Merujuk kepada kenyataan REHDA Perak melalui Media Sinar Harian bertarikh 20 Sept 2024 yang lalu. Hanya 9.3% daripada 4588 telah terjual untuk tempoh 2 suku pertama tahun 2024 bagi kediaman bawah RM300,000. Ini menunjukkan potensi kepada kemampuan masyarakat di Negeri Perak khususnya terjejas dengan plan Pembangunan negara melalui konsep negara berpendapatan tinggi. Peratusan ini mencerminkan kepada negara secara keseluruhannya.
4. Justeru, melalui pembentangan Belanjawan yang akan datang, PUTRA mencadangkan agar pihak kerajaan perlu mengadakan satu skim galakan khusus kepada golongan Bumiputera dalam memiliki aset hartanah termasuk yang bernilai tinggi, terutama sekali di dalam kawasan bandar-bandar besar dan daerah-daerah yg sedang membangun. Syarat-syarat lain boleh dipertimbangkan seperti umur, pendidikan dan lain-lain yang tidak merumitkan.
5. Ini bertujuan untuk memastikan wujudnya persaingan di samping 'security of assurance' dalam mengelak atau mengekang sebarang dominasi yang mana dari segi Economy Power menunjukkan secara jelas Bumiputera jauh ketinggalan terbelakang dalam pemilikan hartanah seperti lot-lot kedai, di samping lot-lot dalam gedung dan lot-lot di menara-menara pencakar langit.
6. Sebuah Tabung Dana khas RM100 billion wajar ditubuhkan oleh kerajaan bagi tujuan memberi 100% pinjaman khusus bagi pemilikan asset hartanah di kawasan bandar. Aset hartatanah tidak hilang nilainya malah terus meningkat dan tidak seperti automobil yang susut nilainya mengikut tahun pengeluaran.
7. Pembahagian kek ekonomi ini perlu seimbang dengan sokongan daripada kerajaan bagi menstabilkan jurang pendapatan dikalangan kaum di Malaysia. Tidak cukup dengan slogan โRakyat Malaysia Mesti Bersatuโ tapi perlu seiring dengan perlaksanaan diterjemahkan melalui kehidupan sosial.
8. Seterusnya, dasar-dasar kerajaan hari ini lebih cenderung kepada mewujudkan projek-projek yang berimpak tinggi di mana kos-kos diserap masuk dalam tanggungan masyarakat. Di samping karenah birokrasi yang juga dimasukkan dalam kos-kos yang perlu di bayar oleh masyarakat. Projek DOSM yang dulu digembar-gemburkan sebagai contoh, apa jadi dengan status hari ini dan adakah telah menjadi projek gajah putih. Tak cukup dengan itu, diperkenalkan p**a MyDigital ID pun tidak pasti sejauh mana pelaksanaannya memberikan impak positif kepada masyarakat atau bakal menjadi projek sakit. Apakah projek-projek seperti ini diperkenalkan hanya bagi menghalalkan perbelanjaan kerajaan, yang sudah pastinya ianya akan memberikan kesan kepada aliran kewangan negara.
9. PUTRA mencadangkan juga agar kontraktor kecil Bumiputera diberikan penglibatan yang secara jelas dan khusus dalam projek-projek mega kerajaan yang mana syarat-syarat menjadi wajib kepada kontraktor-kontraktor utama yang memperolehi tender. PUTRA mendapat makluman, kontraktor-kontraktor kecil bumiputera hari ini mempunyai cabaran yang besar di bawah kerajaan hari ini dalam mendapatkan tender, walaupun tender-tender yang bernilai rendah.
10. PUTRA juga mencadangkan peniaga-peniaga kecil bumiputera di kawasan kerajaan tempatan yang mempunyai syarat dan pengalaman yang cukup perlu diberikan dan diadakan satu suntikan dana khas dalam mengembangkan perniagaan mereka. Ini sejajar dengan kesan kepada peningkatan hasil pendapatan dikalangan peniaga dan penjaja.
11. Kerajaan perlu menilai semula kos-kos perubatan di negara ini yang naik 12.6% menjangkau inflasi global 5.6% dengan memberikan suntikan tambahan dana atau memperkasakan Pharmaniaga yang merupakan salah satu Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Dengan keadaan hari ini pelbagai penyakit bersilih ganti ternyata memberikan kesan kepada perbelanjaan masyarakat. Seharusnya kerajaan mengetahui bagaimana cara untuk menurunkan kenaikan kos perubatan ini. Kita mempunyai pakar-pakar yang boleh menilai cara dan bagaimana dalam memastikan kos perubatan di Malaysia berada pada tahap yang menjadi keselesaan.
12. PUTRA tidak mahu, kononnya negara semakin maju tapi pemilikan hartanah dan ekonomi bumiputera khususnya, mundur dari tempoh setahun ke setahun mendatang. Satu gerak kerja drastik perlu dilaksanakan segera sebelum โbarah menjadi parahโ.
Oleh: Dr. Mohamad Izwan Zainal
Pengerusi Biro Ekonomi Merangkap ADT PUTRA
7 Oktober 2024