Wanita Keadilan Cabang Segambut

Wanita Keadilan Cabang Segambut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita Keadilan Cabang Segambut, Political Party, Segambut, Kuala Lumpur.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW12 Rabiul Awal 1448H | 25 Ogos 2026بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِاللهم صل وسلم...
25/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW
12 Rabiul Awal 1448H | 25 Ogos 2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita berpeluang menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H, bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan ini bukan sekadar memperingati hari kelahiran Baginda, tetapi menjadi ruang untuk kita menghayati kembali akhlak, perjuangan, kasih sayang dan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan.

Marilah kita meneladani sifat mulia Baginda — amanah, siddiq, tabligh dan fatanah — serta menerapkan nilai kasih sayang, kesabaran, keadilan dan ihsan dalam keluarga, masyarakat dan kehidupan seharian.

Semoga dengan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, semakin kukuh iman dan akhlak kita, serta semakin dekat hati kita untuk mengamalkan sunnah Baginda.

“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, teguhkanlah kami dalam mengikuti sunnah Baginda dan himpunkanlah kami bersama Baginda pada hari akhirat.”

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan Hari Kiamat serta yang banyak mengingati Allah.”
— Surah al-Ahzab, 33:21.

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Yang mengharapkan syafaat Rasulullah,
Wanita Keadilan Cabang Segambut




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, atas penganugerahan ...
24/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, atas penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri, sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Pengiktirafan ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada seluruh wanita untuk terus memimpin, menyumbang serta berbakti kepada rakyat dan negara.

Tahniah, Datuk Seri! Semoga terus cemerlang dalam mengangkat martabat pendidikan negara. 🌹

Ikhlas daripada
Wanita KEADILAN Cabang Segambut



21 Mei 2026Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.Wanita KEADILAN Cabang Segambut ingin menyatakan p...
21/05/2026

21 Mei 2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Wanita KEADILAN Cabang Segambut ingin menyatakan pendirian bahawa kami akan terus teguh berdiri bersama Parti Keadilan Rakyat dan seluruh kepimpinan parti dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.

Dalam apa juga keadaan, semangat perjuangan dan solidariti kami terhadap KEADILAN tidak akan luntur. Kami percaya setiap ujian yang dilalui akan terus mematangkan parti serta menguatkan semangat kebersamaan demi meneruskan agenda reformasi untuk rakyat dan negara.

Wanita KEADILAN Cabang Segambut akan terus komited memperkukuhkan perpaduan, mempertahankan perjuangan parti serta bersama-sama menggerakkan usaha demi memastikan KEADILAN terus kekal relevan dan diyakini rakyat.

Bersama kita melangkah, bersama kita mempertahankan perjuangan.





Selamat Hari Ibu buat seluruh insan bergelar ibu ❤️Hari ini adalah hari untuk kita menghargai setiap pengorbanan, kasih ...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat seluruh insan bergelar ibu ❤️

Hari ini adalah hari untuk kita menghargai setiap pengorbanan, kasih sayang dan doa yang tidak pernah putus daripada seorang ibu. Tidak kira setinggi mana kita melangkah, hati seorang ibu tetap menjadi tempat paling tenang untuk kita kembali.

Seorang ibu bukan sekadar membesarkan anak-anak, tetapi mendidik dengan penuh sabar, menguatkan dengan doa, dan berkorban dalam diam tanpa pernah meminta balasan. Kasih ibu terlalu besar nilainya, tidak mampu dihitung dengan kata-kata.

Buat semua ibu di luar sana, khususnya para ibu di Segambut, terima kasih kerana menjadi tiang kekuatan keluarga dan masyarakat. Semoga segala pengorbanan kalian dibalas dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik serta rahmat yang berpanjangan daripada Allah SWT.

“Hilang penat seorang ibu bila melihat anak-anaknya bahagia.”

Selamat Hari Ibu 🌷
Semoga syurga sentiasa dekat buat semua insan bernama ibu.

Ikhlas daripada,
Ketua Wanita Cabang Segambut

10/05/2026
PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUKKUALA LUMPUR, 7 Mac 2026 – Wanita KEADILAN Cabang Segambut dengan kerjasama KEADILAN Cabang S...
08/03/2026

PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2026 – Wanita KEADILAN Cabang Segambut dengan kerjasama KEADILAN Cabang Segambut serta Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Segambut telah menganjurkan Program Edaran Bubur Lambuk kepada orang ramai di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail pada petang semalam.

Bermula sekitar 3.30 petang hingga 4.30 petang, sebanyak 500 pek bubur lambuk telah diedarkan kepada para pengunjung dan peniaga di bazar tersebut sebagai tanda penghargaan serta perkongsian rezeki sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Edaran bubur lambuk ini diadakan bersempena bulan Ramadan sebagai usaha menyemarakkan semangat berkongsi rezeki di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pimpinan parti, jentera serta masyarakat setempat.

Sepanjang program berlangsung, para sukarelawan turut berpeluang beramah mesra dan menyantuni para pengunjung bazar yang hadir, sekali gus memeriahkan suasana Ramadan di kawasan tersebut.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif untuk mendekati masyarakat serta menyemai nilai kebersamaan melalui aktiviti kebajikan sempena bulan Ramadan.







LAWATAN KE BAZAR RAMADAN TAMAN TUN DR ISMAILKUALA LUMPUR, 27 Februari 2026 – Satu lawatan ke Bazar Ramadan Taman Tun Dr ...
06/03/2026

LAWATAN KE BAZAR RAMADAN TAMAN TUN DR ISMAIL

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2026 – Satu lawatan ke Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail telah diadakan pada 27 Februari 2026 bagi meninjau persiapan serta perjalanan perniagaan peniaga sempena kedatangan bulan Ramadan.

Lawatan tersebut telah disertai oleh YB Fadhlina Siddiq bersama Ketua Wanita Keadilan Wilayah Persekutuan, Pn Jamilah Awang, Ketua Wanita Cabang Segambut, Pn Hjh Zainab Nayan, ahli Jawatankuasa Cabang Segambut serta Serikandi Wilayah Persekutuan.

Sepanjang lawatan yang berlangsung dari jam 4.00 perang hingga 5.00 petang itu, rombongan telah meninjau beberapa gerai peniaga di bazar berkenaan di samping beramah mesra dan menyantuni para peniaga serta pengunjung yang hadir.

Program ini turut menjadi platform untuk mendengar pandangan serta maklum balas daripada peniaga berkaitan persiapan Ramadan serta cabaran yang dihadapi dalam menjalankan perniagaan.

Secara keseluruhannya, lawatan ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif untuk mengeratkan hubungan antara pimpinan, jentera wanita dan masyarakat setempat.




11 Januari 2026 (Sabtu)Segambut, Kuala LumpurPROGRAM BACK TO SCHOOL 2026Alhamdulillah, Wanita KEADILAN Cabang Segambut s...
25/02/2026

11 Januari 2026 (Sabtu)
Segambut, Kuala Lumpur

PROGRAM BACK TO SCHOOL 2026

Alhamdulillah, Wanita KEADILAN Cabang Segambut sekali lagi berjaya menganjurkan Program Back To School 2026 sebagai inisiatif tahunan bagi menyambut permulaan sesi persekolahan tahun ini.

Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga asnaf khususnya golongan B40 dan ibu tunggal dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, usaha kecil ini diharap dapat memberi kelegaan serta suntikan semangat kepada para ibu bapa dan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan ceria.

Seramai 30 orang pelajar sekolah rendah dari sekitar Segambut telah menerima bantuan berupa kelengkapan sekolah.

Bantuan telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Zainab bt Nayan bersama Cik Navinah a/p Kaveri, Ketua & Timbalan Ketua Wanita Cabang Segambut, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap kebajikan komuniti setempat khususnya dalam aspek pendidikan anak-anak.

Semoga usaha ini menjadi asbab kepada kejayaan anak-anak ini pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh barisan AJK Wanita KEADILAN Cabang Segambut serta para sukarelawan atas komitmen dan dedikasi yang diberikan dalam menjayakan program ini.




𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.Saya ingin me...
19/02/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Saya ingin mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Segambut. Semoga bulan yang mulia ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh keimanan serta menyemai nilai kasih sayang dan keprihatinan dalam masyarakat.

Semoga setiap amal ibadah kita diterima Allah SWT dan Ramadan kali ini membawa ketenangan, keberkatan serta rahmat yang berpanjangan buat kita semua. Aameen.

Selamat menunaikan ibadah puasa dan memperbanyakkan amal kebajikan. 🌙

Ramadan Kareem!

Ikhlas daripada,
Zainab binti Nayan
Ketua Wanita KEADILAN Cabang Segambut



𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat yang meraikanny...
19/02/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat yang meraikannya, khususnya warga di Segambut. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran dan kesihatan yang berpanjangan buat anda sekeluarga.

Semoga tahun ini membuka lebih banyak peluang kejayaan, memperkukuh perpaduan serta terus menyemarakkan semangat keharmonian dalam komuniti kita.

𝙂𝙤𝙣𝙜 𝙓𝙞 𝙁𝙖 𝘾𝙖𝙞 ! 🏮

Ikhlas daripada,
Zainab binti Nayan
Ketua Wanita KEADILAN Cabang Segambut


Address

Segambut
Kuala Lumpur
51100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Keadilan Cabang Segambut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share