15/05/2026
*PBSK Cheras & Bandar Tun Razak Pertaruh Calon Terbaik ke APBN 2026*
Semangat kepimpinan belia terus diperkasa apabila Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras & Bandar Tun Razak secara rasmi menghantar penyertaan bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 melibatkan kategori individu dan persatuan.
Penyertaan kali ini mengetengahkan tokoh-tokoh belia yang aktif, berpengaruh dan komited dalam pembangunan komuniti serta kerja kesukarelawanan di peringkat akar umbi.
Bagi
1. Kategori Individu Lelaki :
Saudara Zairin Adam dari Persekutuan Pengakap
Saudara Mohd Fiqri Furqan dari Gerakan Belia 4B Bandar Tun Razak
2. Kategori Individu Perempuan :
Saudari Han Li Peng mewakili YMM Cheras
3. Kategori Persatuan :
Kelab Belia Pangsapuri Seri Malaysia
Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan PBSK Cheras & Bandar Tun Razak dalam melahirkan belia yang berdaya saing, progresif dan menjadi pemangkin pembangunan masyarakat.
Penilaian telah diadakan pada 11 Mei 2026, dan semoga semua calon yang diketengahkan mampu mencipta kejayaan dan mengharumkan nama kawasan Cheras & Bandar Tun Razak di pentas APBN 2026.