06/08/2026
Kunjungan Hormat Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) ke Pejabat YBhg. Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara pada 5 Ogos 2026.
Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara LJBM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam aspek penguatkuasaan Akta Juruukur Bahan 1967 [Akta 487] serta mempertingkatkan kerjasama antara agensi bagi membendung amalan penyediaan perkhidmatan ukur bahan oleh individu atau entiti yang tidak berdaftar.