12/06/2026
Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Kursus Canva and AI Tools for Graphic Editing (Zon Sabah) pada 18 hingga 21 Mei 2026 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah.
Kursus ini telah disertai oleh 35 orang peserta dalam kalangan warga KKM dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang terdiri daripada pelbagai gred dan skim perkhidmatan. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan Canva serta aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan bahan grafik yang lebih kreatif, profesional dan berkesan.
Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan kepada teknik reka bentuk grafik, penghasilan kandungan digital serta penggunaan pelbagai alat AI yang dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti penyampaian maklumat dalam pelaksanaan tugas harian.