Akademi Latihan Ketenteraan

Akademi Latihan Ketenteraan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Latihan Ketenteraan, Armed forces, ALK-UPNM, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Akademi Latihan Ketenteraan memberi pelajaran dan latihan kepada Pegawai Kadet dalam membina ciri-ciri penting ketenteraan, menanam semangat berdisplin, taat setia, kegigihan terhadap tugas dan memberi pengetahuan ketenteraan yang asas Pegawai Kadet.

๐‘จ๐‘ฐ๐‘น ๐‘ถ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต๐‘บ ๐‘ฉ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฌ๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ 2026 ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก  ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ -...
12/06/2026

๐‘จ๐‘ฐ๐‘น ๐‘ถ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต๐‘บ ๐‘ฉ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฌ๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ 2026 ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ - ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” (๐—ฆ๐—Ÿ๐—ฃ-๐—ž๐—ง๐—จ)

12 Jun 2026 โ€” Satu sesi ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ณ ๐˜–๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด ๐˜‰๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ง๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ telah dilaksanakan oleh Panglima Operasi Udara, Yang Berbahagia Lt Jen Datoโ€™ Masro bin Kaliwon TUDM, dengan penglibatan dari PK dari ALK serta PK SLP-KTU di Dewan Tun Templer 2, Maktab Tentera Diraja. Turut menyambut ketibaan Panglima Operasi Udara ialah Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Mejar Jeneral Shaiful Azuan bin Ariffin TUDM dan Komandan ALK, Brig Jen Datoโ€™ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan operasi udara, kepimpinan ketenteraan serta peranan strategik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam mempertahankan kedaulatan negara. Selain menambah pengetahuan profesional, sesi ini turut menjadi platform untuk meningkatkan pemahaman para PK terhadap cabaran dan tuntutan perkhidmatan dalam era pertahanan moden.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan pegawai muda yang berwibawa, berintegriti serta bersedia memikul amanah dalam menjaga keselamatan negara.

Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah ALK, Lt Kol Mohamad Danial Azhardillah bin Azaluddin, Pegawai Memerintah SLP-KTU, Lt Kol Rozniza binti Abdul Kadir TUDM dan staf ALK, staf SLP-KTU dan Pegawai TUDM dari MTD.


๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ (๐—Ÿ๐—œ) ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž)12 Jun 2026 โ€“ Seramai 23 orang Pegawai Kadet (PK) Akademi La...
12/06/2026

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ (๐—Ÿ๐—œ) ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž)

12 Jun 2026 โ€“ Seramai 23 orang Pegawai Kadet (PK) Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) yang sedang menjalani Latihan Industri (LI) di Pangkalan Udara Subang dan Pangkalan Udara Sendayan telah menghadiri Sesi Taklimat Pemantauan Latihan Industri yang telah diadakan di Auditorium ALK.

Sesi taklimat tersebut telah disampaikan kepada Brigedier Jeneral Datoโ€™ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK, dan turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Latihan serta Jurulatih Pegawai yang berkaitan.

Sesi pemantauan ini dilaksanakan sebagai platform bagi menilai tahap kemajuan pelaksanaan LI oleh PK, selain memberi peluang kepada mereka untuk membentangkan perkembangan semasa tugasan, projek serta tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh organisasi penempatan masing-masing.
Pemantauan yang dilaksanakan secara berterusan dan sistematik ini juga bertujuan memastikan setiap tugasan dan projek yang dilaksanakan adalah selaras dengan keperluan program pengajian serta memenuhi hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pelaksanaan mekanisme pemantauan ini merupakan satu inisiatif penting dalam memastikan setiap PK melaksanakan tanggungjawab mengikut skop penugasan yang telah ditetapkan oleh ALK dan UPNM. Melalui pemantauan yang berkesan, pelaksanaan LI dapat diperkasakan sekali gus memastikan objektif latihan serta hasil pembelajaran yang digariskan dapat dicapai dengan optimum.

Dalam sesi tersebut, Komandan ALK turut menyampaikan amanat, pandangan serta nasihat berkaitan aspek profesionalisme, disiplin dan komitmen yang perlu sentiasa diterapkan oleh setiap PK sepanjang tempoh pelaksanaan LI.

Adalah diharapkan agar sesi taklimat ini dapat terus memperkukuh proses pelaksanaan dan pemantauan LI, di samping membantu PK dalam memperkemas dokumentasi serta pelaporan latihan masing-masing. Usaha ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan kualiti latihan, pembangunan kompetensi serta pembentukan bakal pegawai yang berketerampilan, berpengetahuan dan berintegriti tinggi.


๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—š๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—”๐——๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ...
10/06/2026

๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—š๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—”๐——๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—ž ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—”๐—ง๐— ) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

10 Jun 2026 โ€“ Komandan ALK, Brig Jen Datoโ€™ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, telah mempengerusikan Lembaga Komandan ALK Siri 3/2016 bagi Pemilihan PK Terbaik sempena Istiadat Pentauliahan Diraja PK ATM Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 27 Jun 2026 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Pelaksanaan lembaga ini bertujuan mengenal pasti dan memilih PK terbaik yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek akademik dan ketenteraan, malah mempunyai kualiti kepimpinan, integriti serta jati diri yang tinggi sebagai bakal pemimpin ATM.

Seramai 24 orang PK ALK telah terlibat dalam pemilihan ini, iaitu lapan (8) orang PK daripada setiap Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Pemilihan dilaksanakan secara holistik berdasarkan kriteria kepimpinan, disiplin, pencapaian akademik, kecergasan fizikal serta keterampilan yang dinilai sejak mereka menjejakkan kaki ke ALK sebagai PK.

Pemilihan ini turut mencerminkan komitmen ALK dalam memperkasa pembangunan modal insan ketenteraan yang profesional, kompeten dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi ATM untuk melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkualiti, berwibawa dan berkaliber.

Sehubungan itu, proses pemilihan ini menjadi salah satu medium penting dalam melengkapkan Istiadat Pentauliahan Diraja PK ATM Tahun 2026, bagi mengiktiraf kecemerlangan PK ALK terbaik yang akan ditauliahkan sebagai pegawai muda ATM yang berintegriti, berwibawa dan bersedia menggalas amanah mempertahankan kedaulatan negara.


๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž)9 Jun 2026 โ€“ Syarahan Pertolongan Cemas tel...
09/06/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž)

9 Jun 2026 โ€“ Syarahan Pertolongan Cemas telah diadakan di Auditorium ALK melibatkan jurulatih yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan latihan bersama Pegawai Kadet (PK). Syarahan telah disampaikan oleh Mejar (Dr) Kavinesan a/l Rajasegeran, Pegawai Perubatan ALK.

Objektif penataran adalah menambah pengetahuan jurulatih mengenai langkah dan tindakan awal yang perlu diambil ketika menghadapi situasi kecemasan semasa pelaksanaan latihan melibatkan PK.

Sepanjang sesi penataran, jurulatih telah diberikan pendedahan berkaitan asas pertolongan cemas iaitu bantuan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR), sawan dan strok haba. Jurulatih turut didedahkan dengan pengetahuan berkenaan langkah dan tindakan awal yang perlu diambil terhadap mangsa sebelum menerima bantuan perubatan seterusnya.

Selain itu, aspek keselamatan, pengurusan risiko serta tindakan sewajarnya semasa insiden kecemasan turut diberi penekanan bagi memastikan jurulatih lebih bersedia dan kompeten dalam mengendalikan sebarang situasi kecemasan yang tidak dijangka. Sesi penataran diakhiri dengan sesi soal jawab di mana pengajar berkongsi pengetahuan kepada jurulatih melalui sesi tersebut.

Adalah diharapkan agar ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat diaplikasikan secara berkesan dalam pelaksanaan latihan, seterusnya menyumbang ke arah pembangunan persekitaran latihan yang lebih selamat, sistematik dan berkualiti.


๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ (๐—Ÿ๐—œ)7 Jun 2026- Seramai 30 orang PK ALK yang sedang m...
07/06/2026

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ (๐—Ÿ๐—œ)

7 Jun 2026- Seramai 30 orang PK ALK yang sedang menjalani LI di Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM) telah menghadiri Sesi Taklimat Pemantauan Latihan Industri yang diadakan di Auditorium ALK.

Sesi taklimat tersebut telah dibentangkan kepada Brigedier Jeneral Datoโ€™ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK, dan turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah, Ketua Jurulatih, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Latihan serta Jurulatih Pegawai yang berkaitan.
Penganjuran sesi taklimat ini bertujuan untuk menilai dan memantau kemajuan pelaksanaan LI oleh PK, di samping memberi ruang kepada mereka untuk membentangkan perkembangan semasa tugasan, projek serta tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh organisasi penempatan masing-masing.

Selain itu, sesi ini juga berperanan memastikan setiap penugasan dan projek yang dilaksanakan adalah selaras dengan keperluan program pengajian serta hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh UPNM.

Pemantauan yang dilaksanakan secara berkala dan sistematik ini merupakan salah satu mekanisme penting bagi memastikan setiap PK melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan mengikut skop penugasan yang telah ditetapkan oleh ALK dan UPNM. Usaha ini secara tidak langsung dapat menjamin keberkesanan pelaksanaan Latihan Industri serta memastikan objektif dan hasil pembelajaran yang digariskan dapat dicapai dengan berkesan.

Komandan ALK turut menzahirkan pandangan, nasihat dan penekanan berkaitan aspek profesionalisme, disiplin serta komitmen sepanjang tempoh LI.

Adalah diharapkan agar sesi taklimat ini dapat memberikan panduan yang lebih jelas kepada PK dalam memperkemaskan pelaksanaan, pemantauan dan dokumentasi LI masing-masing, seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti latihan, pembangunan kompetensi serta pembentukan bakal pegawai yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti tinggi.


๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” (๐——๐—˜๐—ช๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ6 Jun 2026 โ€“ Dua P...
07/06/2026

๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” (๐——๐—˜๐—ช๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

6 Jun 2026 โ€“ Dua Pegawai Kadet telah terlibat dalam Persidangan Dewan Mahasiswa (DEWA) kali ke-4 sesi 2026 yang bertempat di Dewan Senat UPNM. Dewan Mahasiswa ini bertujuan membincangkan dan menyuarakan isu-isu berkaitan dasar, akademik, kebajikan serta pembangunan mahasiswa.

Kluster yang diwakilkan oleh PK adalah seperti berikut:

1. Kluster Akademik - 3017820 PK 2 LKPL Mohd Zaim Mukhriz bin Abdullah

2. Kluster Kebajikan - 376471 PK 2 LKPL Airell Raiyan bin Mohd Zaimi Sham

Amat membanggakan apabila 376471 PK 2 LKPL Airell Raiyan Bin Mohd Zaimi Sham telah dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik bagi Kluster Kebajikan dalam sesi Dewan Mahasiswa kali ini. Pencapaian ini membuktikan bahawa penglibatan Pegawai Kadet bukan sahaja cemerlang dalam aspek ketenteraan dan akademik, malah turut aktif menyuarakan pandangan serta memperjuangkan kebajikan mahasiswa secara profesional dan berwibawa.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada Pegawai Kadet yang lain untuk terus melibatkan diri dalam platform kepimpinan dan perwakilan mahasiswa demi kemajuan warga UPNM amnya dan warga ALK khususnya.


๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ž ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—•6 Jun 2026 - Brigedier Jeneral Dato'...
06/06/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ž ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—•

6 Jun 2026 - Brigedier Jeneral Dato' Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK telah mengadakan kunjungan hormat kepada Lt Jen Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Angkatan Bersama
di MK AB, Kuantan.

Pertemuan ini bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik dalam aspek pembangunan modal insan serta bertukar pandangan mengenai hala tuju latihan masa hadapan bagi memastikan standard profesionalisme dan keupayaan Pegawai ATM sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Turut berlangsung adalah sesi Lawatan Pegawai Kadet (PK) ALK ke MK AB. Lawatan ini turut dihadiri oleh Lt Kol Mohamad Danial Azhardillah bin Azaluddin, Pegawai Memerintah ALK. Sesi lawatan dimulakan dengan Sesi Taklimat Operasi oleh Kol Mohd Haryzal bin Ismail, Pengarah Operasi Domestik.

Lawatan ini dilengkapkan dengan Sesi Dialog PK bersama PAB. Dalam sesi ini, PAB telah memberikan panduan kepimpinan merujuk kepada pengalaman beliau. PAB juga amat menekankan kepentingan untuk meningkatkan dan mengekalkan kecergasan fizikal seorang pemimpin. "๐™‰๐™ค ๐™ฅ๐™–๐™ž๐™ฃ, ๐™ฃ๐™ค ๐™œ๐™–๐™ž๐™ฃ", merupakan pencetus semangat kepada semua PK ALK.

Perkongsian ini diharap dapat menimba ilmu pengetahuan serta mempersiapkan PK ALK untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai ATM pada masa hadapan.


06/06/2026
๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐‘ด๐‘ผ๐‘ณ๐‘ป๐‘ฐ๐‘บ๐‘ท๐‘ถ๐‘น๐‘ป ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘จ๐‘ณ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ MARINA ISLAND PANGKOR, LUM...
06/06/2026

๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐‘ด๐‘ผ๐‘ณ๐‘ป๐‘ฐ๐‘บ๐‘ท๐‘ถ๐‘น๐‘ป ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘จ๐‘ณ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

MARINA ISLAND PANGKOR, LUMUT, PERAK, 6 JUN 2026 โ€“ PK 4 KSM Adam Iskandar bin Rossuhaimi telah menyertai Perak Multisport Festival 2026 yang berlangsung di Marina Island Pangkor, Lumut, Perak.

Penyertaan ini mencerminkan tahap kecergasan fizikal yang cemerlang, semangat juang yang tinggi serta disiplin yang kukuh dalam kalangan Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), sejajar dengan tuntutan kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dengan catatan masa 1 jam 30 minit 53 saat, beliau berjaya memperoleh tempat pertama bagi kategori Sprint Triathlon Men 16โ€“29, yang melibatkan acara renang sejauh 750 meter, berbasikal 20 kilometer dan larian 5 kilometer.

Secara keseluruhannya, penyertaan ini terus memperkukuh peranan ALK dalam melahirkan bakal pemimpin ATM yang holistik, berdisiplin, berdaya tahan dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran.


๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž)5 Mei 2026 - S...
06/06/2026

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž)

5 Mei 2026 - Sesi Taklimat Laluan Kerjaya dan Wacana Ilmu oleh Lt Kol Mohd Hizami bin Mohd Zaini, Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera, Pusat Pengajian Pertahanan National bersama 121 PK Darat Tahun Akhir ALK telah dilaksanakan di Auditorium, ALK.

Program ini menjadi platform interaksi dua hala yang memberi peluang kepada PK Darat Tahun Akhir untuk mengetahui secara lebih dekat berhubung peluang kerjaya serta meningkatkan pengetahuan dalam perkhidmatan Tentera Darat.

Perkongsian ini diharap dapat menyuntik semangat, membina karakter serta mempersiapkan PK Darat Tahun Akhir untuk menggalas tanggungjawab sebagai bakal Pegawai Tentera Darat. Turut hadir, Pegawai Memerintah ALK, Lt Kol Mohamad Danial Azhardillah bin Azaluddin.


Address

ALK-UPNM, Kem Perdana Sungai Besi
Kuala Lumpur
57000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Latihan Ketenteraan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category