Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Laman Rasmi Facebook Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Medium bagi hebahan, pemakluman, perkongsian aktiviti, program, lawatan, operasi atau tindakan khas yang dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG GERAKAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPURPada 14 Ogos 2026, telah diadakan Mesyua...
14/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG GERAKAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Pada 14 Ogos 2026, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat ini dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Polis Kuala Lumpur dan Panglima 12 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan serta wakil daripada agensi penguatkuasaan yang terlibat, antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Markas 12 Briged Tentera Darat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Perbadanan Putrajaya (PPJ).

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaras gerakan keselamatan secara bersepadu di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya khususnya dalam aspek penguatkuasaan. Ianya turut bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara agensi penguatkuasaan yang terlibat.

Dalam mesyuarat yang sama, turut diadakan penyampaian Buku Khidmat Bakti Penguatkuasa oleh Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur TPj Mohd Muzammer bin Jamaluddin kepada semua wakil agensi yang terlibat.

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini menjadi platform untuk menyelaras perancangan antara agensi yang terlibat bagi memastikan pelaksanaan gerakan keselamatan di Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama serta komitmen berterusan semua agensi penguatkuasaan amat penting dalam memastikan aspek keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang sentiasa berada pada tahap yang baik.





14/08/2026

๐Ÿ“บ๐Ÿ‘ฎ :TINDAKAN KHAS TERHADAP PENJAJA-PENJAJA WARGA ASING YANG BERNIAGA DI SEKITAR PASAR BORONG KUALA LUMPUR

๐Ÿ—“๏ธ KHAMIS, 13 OGOS 2026.
๐Ÿ•˜ 09.00 PAGI
๐Ÿ“Œ PASAR BORONG KUALA LUMPUR

Laporan Penuh Ops di FB DBKL :
https://www.facebook.com/share/p/1BgTQdCXYj/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ”‚ Jangan lupa untuk, ' follow, like, comment & share '

14/08/2026
๐Ÿ“‘๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ   : UCAPAN SALAM TAKZIAHUcapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kamal Naazaha bin Mohamad N...
13/08/2026

๐Ÿ“‘๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ : UCAPAN SALAM TAKZIAH

Ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kamal Naazaha bin Mohamad Nasirruddin.

Ikhlas daripada :
Pengarah, pegawai serta wargakerja Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


13/08/2026

๐Ÿ“บ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ : BARISAN PENGUAT KUASA DBKL SERI SEMANGAT MERDEKA BERSAMA KOMUNITI ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Bingkisan video Pada 12 Ogos 2026 (Rabu), semangat kemerdekaan berkumandang di Program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak, anjuran Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak.

Turut memeriahkan program ini ialah kehadiran YB Datoโ€™ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bersama Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, yang disertai oleh pengarah-pengarah jabatan, wakil agensi serta pemimpin komuniti setempat.

Program ini turut diisi dengan perbarisan kawad anggota Penguat Kuasa DBKL yang diiringi persembahan Pasukan Pancaragam, di samping penyampaian Jalur Gemilang kepada agensi dan rakan strategik serta pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan awam dan agensi.

Kehadiran dan penglibatan aktif barisan Penguat Kuasa DBKL dalam program ini turut mencerminkan komitmen jabatan dalam memperkasa hubungan baik dengan komuniti setempat, selain menjalankan tugas penguatkuasaan harian.

Program seumpama ini menjadi titik pertemuan antara DBKL, pemimpin masyarakat, komuniti dan rakan strategik, sekali gus menyuntik semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan.






๐Ÿ“ธ Kredit:

KEJOHANAN BADMINTON KAKITANGAN WANITA JABATAN PENGUATKUASAANPada 12 Ogos 2026 (Rabu), telah diadakan Kejohanan Badminton...
13/08/2026

KEJOHANAN BADMINTON KAKITANGAN WANITA JABATAN PENGUATKUASAAN

Pada 12 Ogos 2026 (Rabu), telah diadakan Kejohanan Badminton Kakitangan Wanita Jabatan Penguatkuasaan sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti sukan dan riadah.

Kejohanan ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama dalam kalangan kakitangan wanita Jabatan Penguatkuasaan.

Turut hadir bersama dalam menjayakan kejohanan ini ialah Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, TPj Mohd Muzammer bin Jamaluddin, yang telah meluangkan masa untuk hadir serta memberikan sokongan dan dorongan kepada para peserta.

Penganjuran kejohanan badminton ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan wanita daripada pelbagai bahagian di Jabatan Penguatkuasaan.

Diharapkan penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dapat diteruskan bagi mewujudkan warga kerja yang sihat, cergas dan bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan.



BARISAN PENGUAT KUASA DBKL SERI SEMANGAT MERDEKA BERSAMA KOMUNITI ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPada 12 Ogos 2026 (Rabu), semangat kemerdekaan mewar...
13/08/2026

BARISAN PENGUAT KUASA DBKL SERI SEMANGAT MERDEKA BERSAMA KOMUNITI ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pada 12 Ogos 2026 (Rabu), semangat kemerdekaan mewarnai Program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak, anjuran Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak.

Turut memeriahkan program ini ialah kehadiran YB Datoโ€™ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bersama Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, yang disertai oleh pengarah-pengarah jabatan, wakil agensi serta pemimpin komuniti setempat.

Program ini turut diisi dengan perbarisan kawad anggota Penguat Kuasa DBKL yang diiringi persembahan Pasukan Pancaragam, di samping penyampaian Jalur Gemilang kepada agensi dan rakan strategik serta pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan awam dan agensi.

Kehadiran dan penglibatan aktif barisan Penguat Kuasa DBKL dalam program ini turut mencerminkan komitmen jabatan dalam memperkasa hubungan baik dengan komuniti setempat, selain menjalankan tugas penguatkuasaan harian.

Program seumpama ini menjadi titik pertemuan antara DBKL, pemimpin masyarakat, komuniti dan rakan strategik, sekali gus menyuntik semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan.




Address

No. 17 Menara Penguatkuasa DBKL, Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share

Category