16/04/2026
PAMERAN DAN PROMOSI ASKAR WATANIAH BERTEMPAT DI KOLEJ PENGAJIAN KESELAMATAN DAN PENYIASATAN MALAYSIA (KPKPM)
CYBERJAYA, 15 April 2026 β Pameran dan Promosi Askar Wataniah telah diadakan pada 15 April 2026 bertempat di Auditorium Kolej Pengajian Keselamatan dan Penyiasatan Malaysia (KPKPM).
Pelbagai aktiviti dan pameran menarik dianjurkan sepanjang program berlangsung seperti taklimat pengenalan Askar Wataniah, pameran senjata dan pameran alat komunikasi tentera bagi memberi pendedahan awal berkenaan dengan tentera serta meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peranan dan kesiapsiagaan Askar Wataniah.
Program ini menerima sambutan dan sokongan yang amat memberangsangkan daripada pelajar kolej tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut, mendaftar serta menunjukkan minat yang tinggi dan komitmen jitu untuk menyertai Askar Wataniah.